Friday, June 08, 2018

Jutawan S/Nurhaliza Memberi Penerangan Kepada M/Penasihat K'jaan.


HALAMAN HIBURAN

PENYANYI nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin hari ini menemui Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) di Menara Ilham.

Penyanyi bergelar jutawan itu dijangka untuk memberi penerangan kepada MPK berhubung industri muzik negara, keusahawanan dan juga penggunaan media sosial secara umum.
Penyanyi berusia 39 tahun itu tiba berpakaian baju kurung moden berwarna biru cair.
MPK yang dipengerusikan Tun Daim Zainuddin ditubuhkan pada 12 Mei lalu untuk memberi nasihat berhubung ekonomi dan kewangan kerajaan.
Selain Daim, MPK dianggotai bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Hassan Marican dan ahli ekonomi terkemuka, Prof. Jomo Kwame Sundaram.
Majlis berkenaan mengadakan mesyuarat harian bersama syarikat berkaitan kerajaan, ketua agensi. – myMetro Online

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah.

sejak PH menang dan Tun Mahathir kembali sebagai PM, ramai yang ingin menyumbang.

Rasa nya raya tahun ini, berduyun-duyun rakyat akan berkunjung ke rumah Tun Mahathir dan Anwar..

Anonymous said...

Ya,,ini baru betul2 bersekongkol dgn org zalim. Siapa yg menafikan kezaliman mahathir,,tiada melainkan pajatan haprak yg terdiri drpd pengkhianat pas dan umno,,dan pengkhianat ugama dan bersekongkol dgn kapir dap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails