Tuesday, June 19, 2018

Kadar SST (Cukai Jualan &Khidmat) Perlu Lebih Mampu, Bawah 10% -BRO



KUALA LUMPUR – Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) hari ini mengulangi pandangan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan semula, perlu ditetapkan pada kadar lebih mampu iaitu di bawah 10 peratus.

Kenyataan Bendahari BRO, Mustakim Manaf itu sebagai menyokong pandangan disuarakan oleh Naib Presiden persatuan itu, Datuk Wira Ameer Ali Mydin, sebelum ini.

“SST sewajarnya ditetapkan pada kadar yang bukannya 10 peratus tetapi satu angka yang perlu dibincangkan serta dipersetujui bersama oleh semua pihak berkaitan.

“Ini bukanlah mudah kerana membabitkan satu keputusan di peringkat pembuat dasar. Oleh itu, pihak Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) mungkin perlu mendengar pandangan penggiat industri ini juga,” katanya kepada pemberita di luar mesyuarat CEP di sini, hari ini.

Mustakim yang juga Pengarah GRV Toy Store Sdn Bhd iaitu pemegang francais Hamleys Toy Store di Malaysia dan Singapura, turut memaklumkan CEP mengenai sokongannya terhadap pandangan Ameer Ali bahawa SST tidak harus melebihi 10 peratus.

“Ini merupakan penilaian dan angka yang saksama dan perlu turut mengambil kira pandangan pihak industri, ” katanya.

Dalam pertemuan dengan CEP baru-baru ini, Ameer Ali berkata (pasaraya besar) Mydin telah membelanjakan hampir RM20 juta bagi pemasangan sistem pembayaran patuh GST.

Beliau juga dilaporkan berkata akan bersedia untuk menerima pelaksanaan semula SST bagi menggantikan GST dan berharap peralihan itu akan berjalan lancar.

Selain itu, Mustakim berkata persatuan itu juga berkongsi beberapa cabaran yang dihadapi oleh kalangan peruncit serta idea dan cadangan untuk perhatian pihak CEP.

“Kalangan ahli CEP juga amat bekerjasama dan agak teruja. Ini penting bagoi membolehkan mereka memahami cabaran sebenar yang kami hadapi dan selain maklum bahawa sentimen pengguna juga tidak kurang pentingnya,” katanya.

Malah, katanya, sentimen pengguna juga merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh para peruncit.

​​”Peruncit akan mendapat manfaat besar selagi pasaran memiliki faktor positif atau selesa. Ini memandangkan pengguna sudah mulai pulih daripada impak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tiga tahun lepas selain masalah kos sara hidup yang tinggi,” katanya.

Mengulas prospek perniagaan, BRO juga yakin beberapa dasar yang dilaksanakan kerajaan baharu turut menampakkan impak positif.

“Kami mempunyai unjuran positif secara keseluruhannya untuk enam bulan akan datang dan ia jelas diterjemahkan menerusi angka yang membuktikan bahawa perbelanjaan pengguna kini lebih baik,” katanya.

Berikutan itu, kata Mustaqim, para peruncit sewajarnya mengambik kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing pada masa ini.

Beliau berkata, sejak GST ditetapkan pada kadar sifar, persatuan itu turut melihat aliran jumlah pengguna yang lebih ramai di pusat beli-belah.

“Beri tempoh tiga bulan hingga enam bulan lagi dan pasaran sepatutnya menyaksikan hala tuju lebih tepat,” katanya.

Selain itu, mengulas Hamleys, Mustakim berkata syarikat itu turut mencatat peningkatan dari segi angka walaupun mainan itu bukan barangan keperluan ketika pengguna lebih tertumpu kepada isu yang menjadi keutamaan mereka. – BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

Sial pak hasyim..ringgit dh melantun2 kena kepala mak ibnu hasyim..patot jd isu ni

Anonymous said...

Ingat, rm masih belum pulih. Pelabur asing ada sejarah buruk zaman mahathir. Politik wang masih diingati zaman mahathir.

Anonymous said...

buat apa marah 'kepala mak ibnu', marah ibnu hasyim le. Mak kamuu ajar begitu, bila marah sesorang carut ibunya. Itu perangai huduh penyokong PH.

Tak semua penyokong PH begitu. Yang tu cuma balaci pecacainya saja. Yang jenis kucing kurap saja. ha ha ha.

Pandai pula marah orang sebut, ha ha ha.

Anonymous said...


Barua-barua ternakan pakatan memang bangang berlapis-lapis. Setiap kali rejim pakatan melakukan kezaliman, barua pakatan yang berlagak 'suci' akan menyalahkan dan memaki hamun ulama Islam dan umat Islam seperti ibnuhasyim yang berani mendedahkan kezaliman rejim pakatan sambil barua pakatan membela kezaliman pakatan !

Woi barua pakatan, mana semua janji pakatan? Semua janji pakatan sudah ke Lautan Pasifik ! Barua dan pengundi pakatan hanya mampu telan kahak sahaja !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails