1. PADA 2 Jun 2018, pihak Indahnya Islam telah melancarkan kempen membaca al-Quran bersempena dengan peristiwa Nuzul al Quran.
2. Kempen tersebut mendapat perhatian Kementerian Pendidikan sehingga Twitter Kementerian turut mempromosikan kempen tersebut.
3. Namun, barangkali setelah mendapat komen daripada beberapa pihak, Twitter pihak Kementerian yang mempromosi kempen membaca al Quran tersebut kelihatan hilang dari page Twitter Kementerian.
4. Timbul persoalan di sini: Apakah kempen membaca al Quran tersebut tidak selari dengan garis panduan Twitter Kementerian sehingga dibuang dari laman tersebut? atau apakah kempen membaca al Quran tersebut tidak bertepatan dengan falsafah pendidikan Malaysia Baru?
Atau apakah akaun twitter Kementerian ada masalah?
Moga Allah membantu usaha menghidupkan al Quran dikalangan masyarakat.
Dr Ahmad Sanusi Azmi
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
No comments:
Post a Comment