Sunday, June 03, 2018
Kepada Penggugat Hak Istimewa Melayu/Islam, Belum Sebulan Kuasai Putrajaya..
Surat Terbuka Kepada Mereka Yang Hendak Menggugat Hak Keistimewaan Melayu/Islam
Surat terbuka ini aku tujukan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum tanpa prejudis. Tujuannya adalah agar orang Melayu/Islam mesti mempertahankan hak mereka walaupun dengan darah manakala orang bukan Melayu mesti rasional dalam membuat tuntutan. Hal ini demi mengekalkan keharmonian kehidupan rakyat dan kesejahteraan Negara.
Belumpun sebulan PH menguasai Putrajaya macam-macam desakan dan kebiadapan dilakukan oleh pemimpin dan penyokong PH terhadap hak-hak keistimewaan Melayu. Manakala keputusan PM Mahathir boleh dibaca sebagai mengiyakan kehendak dan katadua DAP. Hak keistimewaan Melayu memang kontradik dengan prinsip DAP.
Bukan sahaja DAP, boleh kata bukan Melayu memang sebolehnya mahu hak keistimewaan Melayu dihapuskan. Malangnya ada dari kalangan Melayu pro-PH yang konon berfikiran terbuka, bersetuju hak itu dihapuskan demi sebuah Negara Malaysia yang maju, adil dan berdaya saing.
Apa yang aku faham hak keistimewaan Melayu ini sudah termaktub sebagai kontrak sosial apabila Tanah Melayu merdeka. Antara kompromi timbal balasnya ialah orang bukan Melayu khususnya Cina dan India diberi kerakyatan mengikt prinsip Jus Soli.
Prinsip Jus Soli ini diperkenalkan oleh British pada 1945 dan dilaksanakan oleh gagasan Malayan Union pada tahun 1946. Prinsip penjajah ini lebih menguntungkan pendatang atau imigran kerana mereka dapat memperoleh kerakyatan dengan mudah.
Ok. Maknanya, aku beri satu dan dapat satu. Engkau setuju dan aku setuju. Kalau ketika itu bukan Melayu tak setuju Melayu diberi hak keistimewaan maka sudah pasti Melayu juga tidak akan prinsip Jus Soli. Bukan begitu?
Maka sejak belum merdeka lagi kaum Cina dan India sudah berkayuh sampan pulang ke tanah leluhur mereka. Sepatutnya tiadalah timbul soal kompromi yang sebenarnya sangat menguntungkan bangsa Cina dan India itu. Maka, Tanah Melayu sepatutnya dikuasai oleh orang Melayu dan bangsa pribumi yang lain sepenuhnya.
Pendatang yang dibawa bekerja di lombong dan estet termasuk dengan anak cucu mereka sepatutnya diberi dua pilihan iaitu sama ada pulang ke negara asal atau terima untuk hidup di bawah naungan pemerintahan Melayu. Bukan begitu? Bolehlah pembaca melihat apa yang diamalkan di Indonesia?
Ok.Mudah kata, kalau bukan Melayu menuntut atau mencabar hak keistimewaan Melayu agar dihapuskan baik secara terang atau halus, maka apa salahnya dirungkaikan semula kontrak sosial era merdeka dulu. Bersetujukan untuk dimansuhkan kerakyatan yang dijadikan tukar ganti itu? Kalau bersetuju, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. Orang mengantuk disorongkan bantal.
Ini bukan bercakap tentang sensitiviti bangsa atau semangat asobiyah. Aku bercakap mengikut apa yang aku faham dari sejarah penubuhan negara. Melalui surat terbuka ini, aku mengajak rakyat Malaysia seluruhnya berfikiran rasional agar jangan ditimbulkan lagi rasa tak berpuas hati yang boleh mengundang bencana. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji.
Jangan ada Melayuku bersikap bodoh sombong yang nanti kuburmu dikencing oleh anak cucumu sendiri di kemudian hari. Jangan ada cabar-mencabar, dendam kesumat dan segala unsur yang boleh menyebabkan tanah air ini bermandi darah lagi. Sarang tebuan jangan dijolok. Jangan kejutkan harimau dari tidur dengan menarik ekornya.
Surat terbuka ini merujuk kepada cubaan menghapuskan JAKIM, pelantikan AG, penghinaan kepada Yang Dipertuan Agong dan peranan parti chauvanis DAP yang sedang menungggang Mahathir, PAN dijadikan terompah dan PKR dijadikan tali pemacunya. Tunggulah apa lagi selepas ini. Aku ingatkan bangsa ini, “jangan terhantuk baru terngadah”.
#NekadBersamaIslam
#MalaysiaSejahtera
BayangDiAir
3/6/2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Menyesalnya tak pangkah Pas. Kalaulah boleh direverse pru14
Siapa sangka UMNO semasa Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Tun Abdul Razak yang pernah menentang Komunis dengan bantuan Askar Melayu dan " Home Guard" tiba - tiba dibawah pimpinan Najib bukan sahaja menjalin persahabatan dengan Komunis bahkan sanggup menggadaikan tanah - tanah strategik seperti Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi dan memberi projek - projek raksaksa kepada Komunis China.
Kejahilan sebilangan Orang Melayu mendorong orang Melayu tersebut menyokong dan mengundi Pakatan kerana mereka terpedaya dengan pelbagai janji dalam manifesto pakatan tanpa memikirkan kesan buruk jangka panjang ke atas agama Islam dan hak kaum Melayu Islam.
Malangnya sebaik sahaja rejim pakatan berkuasa, pakatan enggan melaksanakan semua janji pakatan dalam PRU14. Maka jelaslah pengundi-pengundi pakatan telah di'kencing hancing' oleh pakatan ! Nasi telah jadi bubur dan pengundi pakatan menjadi 'lebai malang' !
Siapa cerdik dan siapa bodoh sekarang?
Sepatutnya mereka mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam untuk menggulingkan kerajaan BN supaya PAS boleh membentuk kerajaan Islam untuk melindungi agama Islam dan hak umat Islam dan rakyat dan negara ini dari puak rasis anti-Islam dan puak penyamun.
Malangnya PAS kalah di pantai barat kerana sebilangan pengundi Melayu terpedaya dengan pelbagai fitnah yang dicipta dan disebarkan oleh barua-barua @ cybertrooper ternakan pakatan untuk memburuk-burukkan parti Islam PAS. Maka kita tidak merasa hairan pemimpin-pemimpin pakatan telah menentang RUU anti-berita palsu kerana pakatan tidak boleh menang tanpa berita palsu.
Akhirnya terbentuklah rejim pakatan di mana bilangan pemimpin kafir adalah lebih ramai dari pemimpin Melayu. Akibatnya pemimpin Melayu terpaksa tunduk kepada desakan pemimpin kafir yang menjadi majoriti dalam rejim pakatan dan akhirnya pemimpin Melayu menjadi boneka puak kafir.
Sebaik sahaja rejim pakatan terbentuk, puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi sudah mula berani melakukan provokasi terhadap umat Islam dengan menghina ajaran Islam, institusi Islam dan ulama Islam, mendesak rejim pakatan menghapuskan institusi Islam seperti JAKIM dan mempertikai hak kaum Melayu Islam secara terbuka.
Alhamdulilah Yang DiPertuan Agong Sultan Muhammad V bersikap tegas membela agama Islam dan hak umat Islam termasuk kaum Melayu Islam di negara ini.
Marilah kita semua umat Islam memberikan sokongan dan kesetiaan kepada Yang DiPertuan Agong Sultan Muhammad V dan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam untuk membela dan melindungi agama Islam dan hak umat Islam di negara ini di mana umat Islam adalah rakyat majoriti (67%).
Marilah kita semua umat Islam menggulingkan rejim pakatan dalam PRU15 !!
https://penburukonline.blogspot.com/2018/06/ulamak-keparat.html
ANAK-ANAK DAJAL SEDANG MENFITNAH ULAMA ISLAM
Sekarang terdapat penganut liberal dan syiah yang sedang sibuk menyebarkan pelbagai novel dan artikel karut marut untuk menyesatkan umat Islam, menfitnah, memburuk-burukkan dan menghina ulama-ulama Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam (Ahlus Sunnah wal Jamaah ) dan menghasut orang ramai membenci Islam kerana ulama-ulama Islam ini menentang ideologi liberalisme dan syiah yang sesat lagi menyesatkan !
Apabila ulama Islam yang baik dipandang serong, pemimpin-pemimpin munafik sekular liberal dan kafir harbi pula dipandang suci dan mulia oleh manusia sesat, inilah tanda akhir zaman sudah hampir !
Maka bergembiralah syaitan dan iblis kerana terdapat manusia bodoh yang sudi menjadi khadam syaitan dan iblis.
PEMBETULAN Komen 9:17 pm:
Sekarang terdapat penganut liberal dan syiah yang sedang sibuk mencipta dan menyebarkan pelbagai novel dan artikel karut marut untuk menyesatkan umat Islam, menfitnah, memburuk-burukkan dan menghina ulama-ulama Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam (Ahlus Sunnah wal Jamaah ) dan menghasut orang ramai membenci ulama Islam kerana ulama-ulama Islam ini menentang ideologi liberalisme dan syiah yang sesat lagi menyesatkan !
Kami rakyat kpd SPB Yang DiPertuan Agong akan sentiasa berpegang pada janji dan taat setia kami kpd DYMM SPB YDA dan sentiasa berdiri di hadapan untuk mempertahankan YDA dan Raja2 Melayu sekiranya dikhianati oleh mana2 pihak dan golongan yg memusuhinya
Kami umat islam sedia berjuang hingga titisan darah yg terakhir. Pesanan kpd pihak2 tertentu jangan cuba bermain api dalam urusan yg berkaitan dgn kedudukan istimewa raja2 melayu dan agama islam di negara ini dan tolong hormati hak keistimewaan orang melayu. Orang2 melayu yang bersekongkol dgn golongan ini adalah pengkhianat kpd agama bangsa dan negara.
Post a Comment