Friday, June 29, 2018

Konon PH Kurangkan Pekerja, Tapi Maszlee Ada 10 Pegawai Khas?




IBARAT paku dulang paku serpih, kata orang tapi dia yang lebih.

Itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) yang kononnya dikatakan penyelamat rakyat daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Sebelum ini, PH lantang bersuara mengutuk tindakan kerajaan terdahulu itu kononnya menggajikan terlalu ramai staf untuk kepentingan politik yang digelarnya sebagai ‘lantikan politik’.
Malah, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga selepas beberapa hari berkuasa mengumumkan bahawa kerajaan PH menamatkan kontrak 17,000 staf lantikan politik ini.
Jelasnya, langkah itu kononnya lagi diambil bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan berikutan terlalu banyak pembaziran semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun, tular di media sosial sejak semalam mengenai satu paparan skrin dari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa Menterinya, Dr. Maszlee Malik mempunyai seramai 10 orang Pegawai Khas.
Perkara itu jelas menimbulkan persoalan ramai netizen terutama sekali mengenai keperluan Dr. Maszlee yang berjaya mempunyai jumlah Pegawai Khas seramai itu.
Lebih menarik, bilangan kakitangan bagi jawatan tersebut tidak termasuk Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Setiausaha Sulit (SUS) dan Setiausaha Akhbar (SUA) bagi menteri.

Kesahihan senarai pegawai untuk menteri baharu itu masih belum lagi dapat disahkan namun sudah tersebar dengan luas di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Jika perkara ini benar, ia jelas kelihatan pelik dan membingungkan buat ramai pihak memandangkan kerajaan PH sebelum ini terlalu pantas bertindak menamatkan kontrak kakitangan awam terdahulu.
Lebih menyedihkan, kontrak kakitangan awam itu ditamatkan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang menyaksikan mereka semua terpaksa menyambut perayaan dalam suasana sedih.
Perkara ini juga menyebabkan netizen membuat spekulasi sama ada kakitangan awam sebelum ini dibuang demi memuatkan kerajaan baharu dengan staf lantikan politik mereka tersendiri.
Jika difikirkan secara logik, mengapa Dr. Maszlee memerlukan pegawai khas seramai itu? Bukankah ini juga satu pembaziran untuk pihak kerajaan PH sendiri yang mahu berjimat-cermat?
Orang ramai juga kini mahukan penjelasan daripada Dr. Maszlee sendiri mengenai tugas sebenar 10 orang pegawai khas ini dalam kementerian berkenaan.
Adakah pegawai-pegawai ini dilantik kerana mereka merupakan pendukung setia kepada parti dan juga menteri? Atau mereka ini hanya pembantu yang hanya dilantik untuk mengikuti ke mana sahaja Dr. Maszlee berada?
Dalam pada itu, tinjauan ke laman web KPM hari ini juga menyaksikan senarai kakitangan pejabat menteri itu telah dikemas kini dan tiba-tiba hanya tinggal seorang sahaja pegawai khas kepada Dr. Maszlee.
Netizen menerusi laman Twitter juga menyedari perkara itu dan bingung apabila senarai panjang berkenaan telah berubah dramatik seolah-olah dikemaskini sejak isu ini tular.
Sehingga kini, Kementerian Pendidikan serta Dr. Maszlee masih belum memberikan penjelasan mengenai perkara kontroversi itu.
Sekiranya ini semua benar, sudah terang lagi bersuluh kerajaan PH juga sama sahaja mengamalkan pembaziran dalam pentadbiran mereka walhal selama ini terlalu lantang menuduh BN berbuat demikian. – MYNEWSHUB.CClhal selama ini terlalu lantang menuduh BN berbuat demikian. – MYNEWSHUB.CC

16 comments:

Anonymous said...

Kira ok le tu..2 kementerian jd 1..pengajian tinggi & pendidikan. Jangan jadi bahlol

Anonymous said...

Babi betol le umno+pas ni..kata kit siang jadi pm..xjadi pn pembohong..lahanat betol le puak2 ni..babi anjing umno pas ni.Lagi 1.mohon bekukan je le akaun umno pas..lgpun dh confirm suara org tu amik duit ..tggu apa lg? Haramjadah puak2 ni

Anonymous said...

Ph terbaik

Anonymous said...

Ha ha ha.
Dah meroyan. bagusnya tak mencarut. ha ha ha.

Anonymous said...

macam mana nak sumbang untuk bantu Hassan Ali yang kena bayar RM 250, 000 kepada Khalid?

Saja je tanya...

Anonymous said...

Ya, kitar semula isu lama, dah tak ak modal nak komen.
perangai budak-budak..

Anonymous said...

Mampos le jwbnya..haha

Anonymous said...

Isu semasa boss..bekukan je akaun pas sekali

Anonymous said...

Nak masukkan sumbangan ke akaun parti nanti kena beku pulak...

Sian Hassan Ali ..

Anonymous said...

Ada Tadika dan Sekolah Rendah/Menegah. Kena kerap kemaskini kan Module dan Soalan Peperiksaan. Pembangunan Pendidikan sangat di perlukan ketika ini.

Peringkat Pengajian Tinggi termasuk lah swasta merangkumi bidang pendidikan, pengurusan, perundangan, kejuruteraan, perubatan dan Teknologi.

Latihan Kemahiran seperti vokasional dan politeknik.. kejururawatan sebagai contoh.

University khusus untuk pertahanan dan bidang keselamatan untuk melahirkan pegawai yang berkaliber.

Pengajian Agama termasuk lah pondok-pondok yang bersepah-sepah.

Pengurusan pengajian di luar negara bagi pelajar yang cemerlang dalam bidang yang khusus.

Rasa nya 10 orang tu tak cukup... Kerajaan PH mengutamakan Pendidikan dari projek yang membazir kononnya nak tunjuk pembangunan.

Anonymous said...

Mulia hassan ali lagi dari khalid sebab hassan ali cegah penjualan arak dikawasan melayu dan bendung perjudian du shah alam tapi khalid bela penganjuran pesta arak. Dalam islam arak dan judi haram bayar denda tak semestinya khalid bebas sebab akhirat itu pasti janji allah benar.

Anonymous said...

Puak ph apa kes msti nak libatkan pas sedangkan tiada kenemengena dng pas. Dah terang lagi bersuluh puak ph anti pas sebab pas perjuangkan islam. Ph tak anti umno sebab puak ph pun dari bake umno jugak.

Anonymous said...

Sebab tu cakap biar serupa bikin nikan dah jadi isu. Dah jdi menteri takkan tak reti buat keja sampy pembantu begitu ramai. Sama macam yg lepas aja

Anonymous said...

Rasa nya 10 orang tu tak cukup... Kerajaan PH mengutamakan Pendidikan dari projek yang membazir kononnya nak tunjuk pembangunan. Tapi ecrl dulu 55bil sekarang 70bil tak membazir ke tu?

Anonymous said...

Dah kalah terima lah hakikat...jangan belagak menang, ITU GILA namanya...

Anonymous said...

Barua dedak pakatan sokong membabi buta.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails