Monday, June 11, 2018

Kuasa MPKM Makin Dicurigai, Walaupun Dihadiri S/Norhaliza.


MAJLIS Penasihat Kerajaan (atau sebenarnya penasihat Perdana Menteri?) semakin dicurigai peranan dan kuasa mereka dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.


Majlis seakan-akan ‘kitchen cabinet’ ini telah mula menunjukkan peranan sebagai menteri sejak mula-mula dilantik sejurus selepas kerajaan dibentuk. Semua anggotanya mempunyai hubungan baik dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.
Mereka juga mempunyai pengaruh dan kekayaan yang besar, yang perlu dibimbangi kesannya pada kerajaan. Banyak pihak sudah mula meragui keperluan penubuhan majlis ini sejak awal lagi, tetapi pertimbangan mengenai usaha membantu kerajaan baharu mungkin menyebabkan mereka sedia menerimanya.
Ramai merasa tidak senang dengan pilihan Mahathir itu, tetapi mengambil pendekatan tunggu dan lihat dan tidak mahu melawan arus menentang penubuhan majlis itu. Selepas sebulan PH menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan menubuhkan kerajaan di Putrajaya, majlis ini semakin dicurigai.
Hari ini, bekas hakim Gopal Sri Ram membuat kenyataan menyelar Daim kerana didakwa mengarahkan Ketua Hakim Negara, Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Zulkefli Ahmad menemuinya dan menuntut mereka melepaskan jawatan.
Daim yang tidak mempunyai sebarang kuasa dalam bidang ini dikecam kerana cuba campurtangan dalam hal ehwal kehakiman. Kenyataan Sri Ram ini kemudian disokong oleh Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP. Dalam satu kenyataan hari ini, Ramkarpal menyokong pendirian Sri Ram itu sekiranya benar, dan mengecam Daim yang melakukan tindakan di luar bidangnya itu.
Kenyataan Sri Ram dan Ramkarpal ini menarik perhatian kepada Majlis Penasihat Kerajaan yang telah menunjukkan pengaruhnya pada masa Kabinet belum dilantik posisi-posisi penting. Majlis ini telah mendapat liputan meluas dari media dan sering bercakap mewakili kerajaan dalam hal dasar, di samping mengadakan sesi-sesi pertemuan dengan wakil masyarakat termasuk penyanyi Datuk Siti Nurhaliza. – Mynewshub.cc

7 comments:

  1. mesti si babi ni ada masalah hati.. bila hati dah busuk inilah apabila taat kepada tuang presideng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya Omak dan Apak lu panggil lu babi pada setiap hari....kasihankan.

      Delete
    2. 10.40 a.m.
      Kamu kecek ape ke benda ha...

      Delete
  2. Cek hati lu sendiri.. busukkkkkk
    he he

    ReplyDelete
  3. wahai June 11, 2018 at 11:11 AM
    "Agaknya Omak dan Apak lu panggil lu babi pada setiap hari....kasihankan."
    Itu sebab lu tersa sangat.

    nak komen tapi takde idea. Bahasa kasarnya bodoh!.
    ha ha ha.

    ReplyDelete
  4. Risiko yang di ambil oleh Daim dan Mahathir boleh membuat mereka hilang kekayaan dan di hina.

    Adalah tidak masuk akal Daim yang telah bersama Mahathir di ketepikan sedangkan telah terbukti jasa dan pengorbanan berani beliau.

    Oleh itu hubungan baik antara Daim dan Mahathir bukannya masalah.

    Kerja gila tiga suku ini pernah di buat oleh PAS dengan mencadangkan pemimpin yang goyang telur dan tidak ada apa-apa peranan dalam kebangkitan rakyat di syorkan jadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  5. Entah pelik sungguh org yg dh lama bersara tiba2 memainkan peranan penting dalam krjaan skrg, merekalah yg suatu masa mngmbil ksptan semasa era perintahan dr m yg dulu, skrg sekali lg watak2 licik muncul kembali,

    ReplyDelete