Sunday, June 24, 2018

Larangan Memandu Wanita Arab Saudi Tamat Hari Ini.




RIYADH : Larangan memandu ke atas golongan wanita Arab Saudi ditamatkan secara rasmi hari ini, satu pembaharuan bersejarah yang dijangka mengaktifkan era baru gerakan sosial.
Penarikan semula larangan itu yang diadakan selepas operasi besar-besaran ke atas aktivis wanita adalah sebahagian daripada usaha Putera Mahkota Mohammed Salman untuk memodenkan negara pengeluar minyak itu.
Ribuan pemandu wanita dijangka menguasai jalan raya sebaik saja larangan berusia lebih sedekad yang dianggap sebagai satu penindasan terhadap wanita itu ditamatkan.
"Ia adalah detik bersejarah untuk semua wanita di Arab Saudi," kata penyampai televisyen Saudi, Sabika al-Dosari yang terus memandu beberapa minit selepas larangan itu ditamatkan di timur bandar Al-Khobar.
Tindakan berkenaan diramalkan menyuntik transformasi terhadap ramai wanita kerana membantu mereka membebaskan diri dari bergantung kepada pemandu atau saudara lelaki, sekali gus membawa kepada penjimatan wang yang amat besar.
"Masa yang terbuang kerana perlu menunggu ketibaan pemandu sudah berakhir," kata seorang penuntut jurusan farmasi berusia 21 tahun, Hatoun Dakhil.
"Kami tidak lagi memerlukan lelaki untuk memandu," katanya.
Kerajaan Arab Saudi awal bulan ini, buat pertama kali sejak beberapa dekad lalu mula mengeluarkan lesen memandu untuk golongan wanita, termasuk ke atas individu yang membuat keputusan menukar permit memandu antarabangsa mereka kepada lesen memandu negara berkenaan. - AFP




4 comments:

  1. Tahniahh..org bkn islam memandang negativ terhadap arab saudi sebelom nii..benda remeh nii dh cemarkn nama saudi dimata rakyat khususnya dibarat..🚙🚘🚗🚕🚖🚛🚚

    ReplyDelete

  2. percaya atau tidak kerajaan negeri terengganu ikuti style blogger ibnu hashim berdakwah:

    syabas pak ibnu hashim.


    Kerajaan PAS Terengganu tidak menghalang pelancong bukan beragama Islam dari dalam atau luar negara untuk melakukan aktiviti pelancongan, termasuk “berbikini” di kawasan pulau dan pantai negeri itu.

    Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohamad Nor Hamzah berkata kerajaan menghormati hak orang bukan Islam untuk “berbikini”, walaupun asas perjuangan parti itu ialah memartabatkan agenda Islam.

    “Setakat ini kita kekal dengan peraturan sedia ada, sebab pelancong ada hak mereka yang tersendiri khususnya bukan Islam (untuk berbikini).

    “Kita bersikap toleransi dalam mengurus keadaan yang ada secara harmoni dan kasih sayang. Kebebasan diberi kepada pelancong bukan Islam dengan syarat ia tidak melampaui batas dan setakat ini keadaan di pulau pelancongan terkawal dan pemantauan dibuat,” katanya kepada FMT mengulas kebimbangan pihak tertentu kononnya di bawah pentadbiran PAS aktiviti pelancongan Terengganu akan dihalang, terutama kepada pelancong asing yang tidak menutup aurat.

    Mohamad yang juga Adun Bukit Payong berkata kerajaan PAS Terengganu berpuas hati dengan garis panduan ditetapkan kerajaan negeri terdahulu, khususnya melibatkan aktiviti pelancongan di negeri itu

    ReplyDelete
  3. http://celahgelegar.blogspot.com/2018/06/pecaya-atau-tidak-separuh-bogel.html?m=1



    Tuan ibnu tlg buka link nii..ada gambar best..lobai2 pas jgn tgk..nanti kena serangan jantung...kikiki..

    ReplyDelete
  4. Inilah contoh pemikiran dijajah oleh barat sessat. Arab saudi laksanakan kerana Islam , tapi dia paham seolh-olah kerana orang bukan Islam pndang negatif.

    Nasihat: Sila bebaskan kamu dari penjajahan pemikiran spesis jahat terutama dari barat.

    ReplyDelete