Tuesday, June 12, 2018

Malaysia Minta Pinjaman Dari Jepun.



KUALA LUMPUR: Malaysia akan memohon pinjaman dari Jepun selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menerangkan situasi kewangan negara kepada rakan sejawatannya dari negeri itu, Shinzo Abe.

Menurut Dr Mahathir, jika diluluskan, pinjaman itu akan dibuat dalam mata wang yen.

Katanya, kerajaan Jepun akan mempertimbangkan permintaan ini.

Dalam satu sidang media bersama, kedua-dua Perdana Menteri turut mengulas mengenai cadangan membina sebuah kampus universiti Jepun di Malaysia.

Sidang media berkenaan dibuat selepas pertemuan empat mata dua pemimpin berkenaan di Tokyo, sempena lawatan luar negara pertama Dr Mahathir sejak memegang jawatan Perdana Menteri 10 Mei lalu.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan hal mengenai perjanjian pertahanan Malaysia-Jepun. - Astro Awani

6 comments:

Anonymous said...

tambah hutang lagi
yen ka apa ka hutang tetap hutang
ingatkan hebat sangat
sapa pun pandai buat utang

Anonymous said...

Lagi lambat la PAS nak tunai manifestonya lagu ni......ko guano PakHasyim

Anonymous said...

Ciss.. teruk2 najib tak lah sampai meminjam dari negara luar dan tak juga meminta sedekah dari rakyat.. hampeh....

Anonymous said...

Kata negara dah banyak hutang tapi kerajaan baru nak gandakan lagi kesengsaraan rakyat utk menanggung hutang. Pemimpin baru dilantik rakyat bukan utk menyisahkan rakyat tapi rupanya pemimpin kerajaan baru ni pun suka berhutang juga. Sama 2x5 dgn kerajaan lama. Yg jadi mangsa rakyat juga. Ingatlan janji nak selamatkan negara dan rakyat sebaliknya makin menyusahkan rakyat. Menyesal aku mengundi ph. Negara boleh lingkup macam ni. Rakyat dah kena tipu.

Anonymous said...

Tak payah nak alih tajuk la. Isu sekarang ialah kerajaan kegagalan kerajaan baru tak menepati janji. Kalau tak mampu nak tunaikan lain kali jgn mudah buat janji. Ini adalah kerajaan mumafik. Jgn dok berdalih dgn berbagai alasan lagi. Menyisakan rakyat saja. Kalau berlaku lagi pru sudah pasti 200% kerajaan baru ini akan kalah teruk. Kalau percaya isytiharkan semula pru.... ada berani ke haa....?

Anonymous said...

Terbaik...
Betul tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails