Thursday, June 07, 2018

Manipulasi Baru Suku Billion (257Juta) Serangn Ke Atas Agung Macam Hutang Negara?



A. Kadir Jasin menulis "For 16 months to April this year, a total of RM256.9 million had been allocated to the Yang di-Pertuan Agong for purposes of accommodation, residence and palace, personal items, aircraft and transportation, training and escort equipment, clothing and ceremonial items, gifts and souvenirs, overseas visits and salaries of palace staff."

("Selama 16 bulan hingga April tahun ini, sejumlah RM256.9 juta telah diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tujuan penginapan, kediaman dan istana, barangan peribadi, pesawat dan pengangkutan, peralatan latihan dan pengiring, pakaian dan upacara barangan, hadiah dan cenderahati, lawatan ke luar negara dan gaji kakitangan istana. ")


Kemudian kita pula disajikan dengan 'skrin capture' spreadsheet Microsoft Exel dengan perincian perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong melalui WhatsApp, Telegram, facebook dan We Chat, seperti yang katakan oleh A. Kadir Jasin, kini semacam "tukang canang" Pakatan Harapan. Mengikut sebaran itu, dalam tempoh hanya 16 bulan, sejumlah RM256, 907, 470 telah dibelanjakan oleh Sultan Muhammad V dari Kelantan untuk pelbagai tujuan termasuk perjalanan persendiriannya di luar negara.




Adakah sebarang ini benar atau manipulasi seperti hutang negara bagi tujuan tertentu? 
Mengikut laman The Third  Force bahawa "spreadsheet" yang diedarkan itu adalah palsu dan sengaja dibuat untuk menjadikan rakyat melawan Institusi Beraja di Malaysia.Kenyataan ini dikuatkan dengan membandingkan perbelanjaan sebenar perbelanjaan Agong pada 2017 dan 2018 yang rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Lihat di bawah.




Daripada perbelanjaan yang melibatkan 231 pegawai hanya RM13.5 juta sahaja dan ini jauh daripada apa yang digembar gembur oleh pihak A. Kadir Jasin.

Apakah tujuan permainan persepsi dan manipulasi ini? Adakah untuk melemahkan kedudukan raja-raja Melayu serta menekan mereka supaya tunduk kepada kehendak kerajaan Pakatan Harapan?

Permainan ini bukan sahaja melemahkan raja-raja Melayu tetapi membuatkan kedudukan Islam makin lemah dengan kedudukan kerusi bukan Islam sekarang ini 85 daripada 222 yang sebahagian besar berada di Pakatan Harapan.


Bersambungan...
perbandingan perbelajaan Agong dan PM, siapa lebih banyak?

ABBAS MOHD NOOR

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

6 comments:

ikan said...

itu la dulu kata kuat sangat sekarang tengok je cif jebon jadi menteri. menteri pertahanan ko. sila la jadi pembangkang je ye dah 60 tahun tu...ingat jangan ponteng nanti 16 julai ni.. masuk dalam diari

Anonymous said...

Itu sudah menghina Raja. PAS sepatutnya cepat-cepat lah buat demo untuk mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Islam.

Kalau Hadi yang kena hentam dan di tuduh pada hal baru sikit... Walaun-Walaun sanggup mandi berdarah.

Anonymous said...


Wah tuan punahsihat rejim pakatan dahulu mempunyai berlidah biru memperjuangkan pertuanan Melayu tetapi sekarang tuan punahsihat mempunyai roket merah sehingga sanggup menghina Agong. Selepas ini tuan punahsihat mahu lakukan apa pula untuk mengampu pertuanan roket.

Mengapa tuna punahsihat tidak mahu dedahkan kos belanjawan PM setiap bulan semasa TDM menjadi PM dahulu dan PM sekarang?

Wah tuan punahsihat pakatan kepala bapak hipokrit !

Anonymous said...


Wah sekarang barua-barua ternakan pakatan seperti barua dedak pakatan 10:48 AM sudah berani menghina Agong. Nampaknya barua-barua ternakan pakatan adalah penderhaka dan pengkhianat yang sepatutnya dihalau keluar dari negara ini.

Anonymous said...


Woi barua-barua dedak pakatan , cukup-cukuplah menjaja fitnah untuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS untuk menutup kelemahan dan kegagalan rejim pakatan. Mana semua janji pakatan semasa PRU14?

Nampaknya semua janji pakatan telah ke laut apabila rejim pakatan memungkiri semua janji pakatan. Kasihanlah pengundi-pengundi pakatan yang telah di'kecing hancing' oleh barua dan pemimpin-pemimpin pakatan.

Sekarang pencapaian rejim pakatan yang dibanggakan oleh barua-barua buta, pekak dan dungu ialah peningkatan harga barangan yang menindas rakyat ! Eloklah tu.

Kita yakin rakyat akan menggulingkan rejim pakatan dalam PRU15 ! Adios !

Anonymous said...


PEMBETULAN KOMEN June 7, 2018 at 12:47 PM :

Wah tuan punahsihat rejim pakatan dahulu mempunyai lidah biru sibuk memperjuangkan parti pertuanan Melayu tetapi sekarang tuan punahsihat menjadi khadam parti roket sehingga sanggup menghina Agong. Selepas ini tuan punahsihat mahu lakukan apa pula untuk mengampu pertuanan roket?

Mengapa tuana punahsihat tidak mahu dedahkan kos belanjawan PM setiap bulan semasa TDM menjadi PM dahulu dan PM sekarang? Ada beranikah?

Wah tuan punahsihat pakatan kepala bapak hipokrit !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails