SELEPAS beberapa hari menelusuri jalan sekitar Beijing selain mendaki tembok besar China yang begitu menakjubkan, pengembaraan diteruskan sejauh 912 kilometer ke bandar Xian yang terkenal dengan kawasan penempatan komuniti Islam.
Perjalanan bermula dengan menaiki kereta api biasa yang mengambil masa 13 jam. Jadi untuk menjamin keselesaan, waktu malam menjadi pilihan supaya tiba menjelang pagi di ibu kota wilayah Shaanxi itu.
Kabin katil bertingkat sesuai untuk kami berempat yang lengkap dengan penghawa dingin dan cerek dibayar pada harga RM170 seorang, semua tempahan dibuat secara atas talian dan tiket kereta api dikirim ke alamat hotel penginapan di Beijing. Mudah sekali!
Pelbagai jenis makanan halal dijual di sekitar Xian terutama di petempatan komuniti Islam di bandar itu.
Kereta api biasa yang dinaiki untuk ke Xian dari Beijing yang mengambil masa hampir 13 jam
Mengisi masa bermain catur dalam kabin yang menempatkan dua katil bertingkat untuk empat orang.
Sebaik keluar dari stesen kereta api, jelas sekali maklumat hasil pembacaan terpampang di depan mata. Sahihlah bandar ini adalah satu-satunya di China yang mempunyai tembok lengkap mengelilinginya. Malahan, di sini jugalah lokasi bermulanya Laluan Sutera ke Istanbul, Turki melalui Asia Tengah dan Iran.
Dipendekkan cerita, jadual hari pertama menjejakkan kaki ke Xian dipenuhi dengan mengunjungi kompleks bersejarah yang menempatkan ribuan patung ukiran, tentera Terracota di daerah Lintong.
Kami menaiki kereta sewa yang mengenakan harga yang berpatutan untuk ke muzium berkenaan dan petempatan pertama di tengah bandar Xian, termasuk tiketnya sekali. Menariknya, laluan di kiri kanan menuju ke lokasi bersejarah ini dipenuhi dengan pohon buah pisang kaki dan delima yang rasanya begitu manis, ditambah dengan harganya yang begitu murah.
Jus delima antara minuman yang dijual di sekitar bandar Xian
.
Kedua-dua hasil tuaian penduduk tempatan ini dijual pada harga kurang RM20 bagi setiap kotak dengan anggaran 15 biji.
Ternyata kompleks ini antara tarikan utama pelancong, kunjungan kami beberapa minggu sebelum tibanya musim sejuk pada akhir November dengan suhu kira-kira 2 darjah Celsius bukan penghalang untuk ribuan pengunjung membanjiri lokasi itu.
Ribuan patung tanah liat yang ditemui penduduk setempat membuktikan strategi perang amalan lampau yang unik.
Berlaku sesuatu yang agak melucukan ketika tiba di sini, pemandu kereta sewa kami yang juga bagaikan pemandu pelancong tiba-tiba memberitahu dia ada cara untuk menjimatkan kos kerana katanya warga tempatan dikenakan harga tiket yang lebih murah berbanding pelancong asing. Ya situasi yang sama juga berlaku di Malaysia kan.
Ketika itu, tertanya-tanya juga apa maksud lelaki itu dan sebaik dimaklumkan kami berempat sama-sama tertawa. Nak tahu apa katanya: "Saya rasa wajah encik seperti rakyat tempatan, jadi biar masuk ikut laluan penduduk di sini dan puan pula guna laluan pelancong." Cuak juga jadinya, mana tahu kalau-kalau petugas di kaunter tiba-tiba bertanyakan sesuatu, nak jawab apa ya?
Rupanya si pemandu pelancong itu memang dah ada 'kaki' di situ, tiket yang diserahkan lebih awal kepada kami hanya sebagai syarat untuk masuk ke kompleks berkenaan. Memasuki ruang khusus yang menempatkan patung tanah liat pelbagai rupa itu sememangnya menakjubkan. Begitu hebat kreativiti insan yang melaksanakan tugasan itu suatu ketika dulu semata-mata untuk mengaburi mata lawan.
Salah satu patung pahlawan dengan gaya menarik dipamerkan di muzium berkenaan.
Bayangkan lebih 7,000 patung itu memiliki wajah berbeza, pakaian seragam tentera pelbagai pangkat, kereta kuda dan senjata. Malahan, setiap patung itu dibentuk dengan gaya berlainan, seolah-olah mencerminkan anggota tentera yang hidup di zaman Dinasti Qin. Maharaja China, Qin Shu Huang mengarahkan rakyatnya membina patung tentera itu bagi melindungi kehidupannya selepas baginda meninggal dunia.
Ia ditemui secara tidak sengaja oleh seorang petani pada 1970an dan kerja-kerja penggalian bermula pada 1974 hingga sekarang. Kepenatan dengan tinjauan lebih tiga jam di muzium itu, kami sekeluarga seterusnya pulang menaiki kereta yang disewa ke hotel bajet yang telah ditempah awal. Petempatan komuniti Islam di Xian itu dibentuk daripada puluhan lorong kecil dengan bangunan kediaman dan kedai di kiri kanan jalan, ditambah dengan binaan beberapa masjid.
Minuman campuran kurma China dan buah pear yang begitu menyegarkan.
Pelbagai jenis 'sambal' yang dihasilkan daripada cili kering yang diusahakan penduduk setempat turut menarik perhatian ramai.
Jajan berasaskan kekacang menjadi antara produk yang sinonim dengan penduduk Xian.
Komunitinya bagaikan biasa dengan kehadiran rakyat Malaysia dan mudah membantu menunjuk jalan ke destinasi yang ingin dituju - sama ada kedai makan, pasar pagi, mahu pun laluan ke kawasan jualan umpama pasar karat di Ipoh dan Rope Walk di Georgetown, Pulau Pinang. Tidak lupa juga pasar malam yang begitu terkenal dengan kehadiran pelancong serata dunia. Memang menarik!
Antara penjaja yang memenuhi ruang pasar pagi setiap hujung minggu di kawasan petempatan Islam Xian.
Bagi kami sekeluarga, makanan bukan masalah kerana di situ majoriti umat Islam menjalankan perniagaan dan majoritinya kedai makan. Jadi, menu makanan kami sentiasa berubah-ubah selama empat hari disitu, sama ada sarapan, tengah hari atau malam. Malahan, premis makanan halal itu jaraknya hanya beberapa minit berjalan kaki dari hotel bajet kami.
Cakoi dan soya segar antara menu sarapan kami sepanjang empat hari di Xian.
Umpama roti telur dan murtabak...memang menyelerakan.
Keutuhan pegangan agama komuniti Islam di situ tentunya terserlah dengan binaan Masjid Agung Xian yang usiannya mencecah 1,276 tahun, di mana ia dibangun pada tahun 742 iaitu tahun pertama pemerintahan Kaisar Tia Bo dari dinasti Tang (618-907).
Keutuhan pegangan agama komuniti Islam di situ tentunya terserlah dengan binaan Masjid Agung Xian yang usiannya mencecah 1,276 tahun, di mana ia dibangun pada tahun 742 iaitu tahun pertama pemerintahan Kaisar Tia Bo dari dinasti Tang (618-907).
Lihat sebelum ini Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim di Negara Cina....
9 comments:
bestnya pakcik ibnu dpt jalan2 ke sana. Alhamdulillah.
Pa ni admin?/ lebai? Sibuk islam tempat org., kat Malaysia ni Islam dihancurkan oleh parti PAS dan pemimpin2nya, mcm mana tu?
Bukti terbaru, ni hah!!!
``Peguam yang mewakili Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di London melawan Sarawak Report (SR) dalam perbicaraan berkaitan dana yang disalurkan ke parti itu, mengakui rakaman audio suara yang menjadi kontroversi mengaitkan suara Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz, adalah asli.``
Maknanya, betul itu suara Nik Abduh Nik Adbul Aziz!!!
Menipu tu ajaran Islam ke???
Guane gamok anon admin aka ibnu?
Apa nii tuan ibnu..tak ajak pun..😠😠😠😦😢😛😜😝😜😜
Hoi menate beruk mu..bodoh supa keldai
apa citer lebai, peguam ngaku itu suara Nik Abduh. dalam suara itu Nik Abduh ngaku terima RM90 juta....saman...jangan tak saman...ni mesti barua DAPigs (ini yg akan dikata oleh macai PAS)
PAS turut menerima dedak 1MDB? Betul ker?
Dulu Ibnu Hasyim ada siar petikan yang menyebut .....semua cina adalah kafir....eh, siar pula cina Islam di China. Baru anda tahu, ada orang cina beragama Islam, begitu juga di Malaysia dan ramai mereka menyertai DAP. Kenapa banyak gelaran termasuk kafirharbi kat DAP? Apakah kalau bangsa cina SEMESTINYA KAFIR HARBI kalau masuk DAO. Kalau masuk PAS bukan kafir harbi. Saya tak faham, ayat quran surah mana atau hadis mana yg tuan-tuan petik ini? .....dari Hussain Lee, saudara baru, Cina Muslim.
Woi barua-barua dedak pakatan, cukup-cukuplah kamu melakukan kerja syaitan menfitnah Ibnuhasyim, ajaran Islam, ulama Islam dan jemaah Islam seperti parti Islam PAS.
Kita tahu kamu semua barua-barua dedak pakatan amat bencikan PAS sebab PAS berusaha gigih memperjuangkan agama Islam dan hak umat Islam. Kamu juga bencikan PAS sebab PAS tidak mahu bersekongkol dengan musuh Islam.
Malanglah barua-barua dedak pakatan seperti kamu jika kamu hanya melihat kebenaran setelah kamu mati kerana jirat China, wang neraka, pasukan menangis professional dan musik klasik tidak dapat melindungi kamu dari siksaan neraka.
Assalamualaikum Tuan Ibnu Hasyim,
Wah seronok melihat tuan melawat negara China.
Bagaimana kita boleh membezakan antara China Islam dan China kafir? Adakah mereka masih berpegang teguh pada ajaran Islam walaupun mereka ditindas oleh rejim China Komunis?
Bagaimana nak membezakan antara restoran atau gerai makanan halal dan tidak halal?
Adakah harga makanan halal di China lebih murah berbanding dengan harga makanan halal di negara kita?
Adakah terdapat hotel Islam di negara China?
Post a Comment