Thursday, June 21, 2018

Mohd Amar Seru Anggota UMNO Sertai PAS



KOTA BHARU – Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini menyeru mana-mana anggota UMNO yang memperjuangkan Islam untuk menyertai parti itu.

Beliau berkata PAS sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana pihak yang boleh menerima dasar parti itu untuk bersama PAS bagi terus memartabatkan Islam di Malaysia.

“Rancangan (untuk tarik anggota UMNO sertai PAS) itu tak ada tapi pintu kita sentiasa terbuka. Siapa sahaja yang boleh bersama dan menerima perjuangan kita, kita alu-alukan sebab kita tak bermusuh secara peribadi, kita bermusuh dari segi perjuangan politik.

“Yang mana ada cita-cita (nak memartabatkan) Islam semua tu duduk dengan kita, perkuatkan perjuangan Islam di Malaysia untuk masa depan. Kita percaya ada anggota UMNO yang semangat Islamnya tinggi yang bercita-cita nak tengok Islam berjaya, cuma dia pilih UMNO (sebagai wadah perjuangan),”katanya selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.


Ditanya mengenai masa depan UMNO, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata ini merupakan masa yang tepat untuk parti itu dibubarkan kerana UMNO tiada apa-apa lagi untuk ditawarkan kepada rakyat.
Beliau berkata tiada lagi pemimpin sama ada yang telah lama bersama dengan parti itu atau pemimpin baharu yang boleh membangkitkan kembali UMNO selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu.
“Pada pandangan politik saya, UMNO ini sudah tamat tempoh dan ini masa terbaik untuk UMNO ini dibubarkan. PAS buka pintu seluas-luasnya kepada kawan-kawan dalam UMNO untuk memulakan satu perjuangan baharu.
“Apa yang UMNO nak tawarkan lagi kepada masyarakat. Nak tawar pembangunan UMNO sudah tak ada kerajaan. Kalau nak bercakap pasal Islam, UMNO memang tak berjuang atas dasar Islam jadi tak ada benda untuk ditawarkan,” katanya. – BERNAMA

22 comments:

Anonymous said...

Parti jumud

I said...

Bagus jugak idea ni...tapi bekasvahli umno akan dianggap puak pendatang ke?

Anonymous said...

aku amat bersetuju ahli2 umno join pas,untuk melayu dan islam,bila tiba pilihanraya nanti akan ada perang besarlah nanti nak pilih geng2 liberal dan lobai2 fanatik..

Anonymous said...

Sebenarnya utk semua bukan hanya ahli umno shj...sebab pencinta Islam sejati dlm ph pun ada...diorang test jer tengok camaner ph treat Islam. Kalau ph gagal bela Islam, pas tak jemput pun kitorang sokong...all we have to do is wait and see

Anonymous said...

10:10 , ye le..... PENDATANG HARAMMM, mcm indon, bangla, nepal, mongolia, kemboja dll yg dimpot oleh si komidi n family ke malaysia sampai anak watan tak dapat kerja sbb disokong oleh lebai2 pas!

Anonymous said...

Woi lebai! umno ada 59 kerusi mp lahhhh........

mung ada 18 je......jangan mati ditimpa perasaan udah le lebai oiiiii!!!!!

Anonymous said...

bloger syiok sendiri ni payah kira, nih aku tempekkan respon umno atas pelawaan lebai tuh....bloger.......

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menolak cadangan penyelesaian Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah supaya Umno dibubarkan.

Johari, yang bakal bertanding untuk jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti 30 Jun ini, menegaskan bahawa partinya mempunyai lebih banyak ahli parlimen daripada PAS.

"Pertama, mengapa kita harus bubarkan Umno?

"Kita masih mempunyai 54 orang anggota parlimen sedangkan PAS hanya ada 18 orang," katanya kepada Malaysiakini.

Johari diminta mengulas kenyataan Mohd Amar bahawa Umno harus dibubarkan setelah gagal mempertahankan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Bagi bekas menteri kewangan II, beliau yakin Umno mampu membuat kemunculan semula jika mereka dapat menyelesaikan segala kelemahan dan ekurangannya.

"Saya tidak fikir kita berhasrat untuk membubarkan parti ini tetapi saya memberi jaminan bahawa jika kita mampu memperbaiki diri dan memperbetulkan apa jua kelemahan, saya yakin Umno akan kembali pada pilihan raya akan datang," katanya.

Johari juga menolak sebarang kerjasama dengan PAS buat masa sekarang.

"Biarkan mereka dengan cara mereka dan kami dengan cara kami," katanya, sambil menekankan betapa perlunya Umno memperbaiki diri mereka.

BN memenangi 79 kerusi parlimen pada pilihan raya umum 9 Mei, jatuh daripada 133 kerusi pada pilihan raya umum ke-13.

Walau bagaimanapun, gabungan itu retak selepas kekalahan teruk, dengan sembilan daripada 13 parti komponen meninggalkan gabungan itu.

Ini menyaksikan BN kini hanya tinggal dengan 57 kerusi, 54 daripadanya dipegang oleh Umno. Baki kerusi dipegang oleh MIC dan MCA.

Walaupun kekalahan teruk, Umno dengan 54 kerusi, kekal sebagai parti terbesar di Parlimen.
Ini diikuti oleh PKR dengan 47 kerusi dan DAP dengan 42 kerusi.

=========================================================================================

sedo diri skit lebai ye!!!!!

Anonymous said...

tak guan banyak kursi tapi tolak hukum hudud ynag Allah suruh jalankan
pi mmapuih lah amnoo pkr pan

Anonymous said...

Uiii banyaknye kerusi umno 59...dulu berapa dulu

Anonymous said...


Ha ha ha Apa macam baru ko tau sakit hati 11.10 PM
10PM

Anonymous said...

Kami beri cadangan untuk islam kalau pemimpin tak mahu ahli umno mana yang nak boleh aja. Nazri mp pbg rengad dia tolak islam dan sanggup bersama dap dan ph dari pas itu pilihan dia. Yang ada sebesar zarah sekalipun wajib perjuangkan islam.

Anonymous said...

Demi islam umno dan pas perlu berjuang bersama tak perlu bubar umno cukup tukar dasar umno dari sekuler pada islam dan pasti akan dapat rahmat allah kemenangan itu dari allah kita cuma berikhtiar sahaja.

Anonymous said...

11:10 woi! hang ni tokak benanah sungguh aihhhhhhhhh........

ruu355 tu hudud kaaaaaaa? ada ka penjara 1000 tahun, denda rm300 ribu dlm hudud?

ni la hudud PAS namanya! kok ya pon ikut zaman, cari la nama lain!

JANGAN CEMARKAN H U D U D ALLAH SUBHANAWATA`ALA!

Anonymous said...

Sebelum pru saiber trup dap pan pkr sebuk ug umno pas sekarang arahan baru dari dap halang ug umno pas sebab mereka tahu islam akan makin kuat jika umno pas berjuang bersama. Puak kafir percaya gabungan umno pas akan memenangkan islam dan melayu takkan ahli umno yang melayu berugama islam tak percaya. Kalau ahli umno tak percaya cuba ikuti akan tersebar fitnah dari macai redbeai saibertrup dap pan pkr untuk menghalang gabungan umno pas cuba kaji keputusan pru14. Kami cabar pada umat islam bersama berjuang untuk masa depan umat islam sendiri di bumi islam malaysia. Pada penyokong tegar ph kalau islam kewajipan perjuangan islam tetap terletap pada kamu semua.

Anonymous said...

Kalau dah tak faham jangan komen pasal ruu355 nampak sangat kelibralan kamu. Ruu355 tu adalah pindaan pada aktar 355 yg menyekat hukuman berlandaskan hukum islam yg terkandung dlm al quran. Yg kamu merapu penjara 1000 tahun denda 300ribu tu pasal apa dah benda takda dlm al quran semua umat islam dan yg non islam pun dah tahu takda.

Anonymous said...

Apa ke bongok amar ni. Ko dpt 18 kerusi je. Patut pas la bubar masuk umno ada 54 kerusi. Bengap dan benak punya haji 90juta

Anonymous said...

11.02

Takpelah bagi can umno hepi2 sikit dgn baki 54 kerusi...pru15 ph sapu semua baki tu. Umno dgn korupsi terhebat agak mustahil untuk bangkit...point apa yang nak digunapakai utk bangkit bila satu persatu salahguna dibongkar ph...rakyat makin sedar dan makin sedar. Sebab tu umno pun makin turun dan makin turun sokongan drpd 133 turun 79 turun 54. Kalau ketua cawangan je pun dah kaya raya mcm mana nak kata umno tu bersih

Anonymous said...

Kesimpulamnya setelah bacasemua komen-komen.
Manusia ada dua..
1. Islam. Melaksanakan seluruh cara hidup Islam (way of life) Politik, ekonomi, sosial. Ganjarannya syurga.
2. Bukan Islam. Tidak politik, ekonomi atau sosial Islam. Walaupun separuh separuh, masih termasuk tidak Islam. Tidak ada sesuatu dalam hidup yang terpisah dari Islam. Terpisah dari Islam, hadiahnya neraka.

Di akhirat,tiada atas pagar selain syurga neraka. Seperti terang dengan gelap. Separuh termasuk samar atau gelap.

Dalam politik, terserah kamu, nak komunis, sosialis, asobiah atau 'nasionalis tuli' dan macam-macam. Islam Tulin, kalau di Malaysia biasanya memilih PAS.
Jangan hairan ramai yang benci pada Islam, dan memilih neraka. Bukan undi pAS masuk syurga tetapi Orang PAS atau orang Islam pilih syurga. Orang yang mengaku Islam tidak mahu syurga kerana takut melalui PAS pun tiada apa-apa.

Wallahu 'aklam.

Anonymous said...

setuju sangat,..penyamun dan pendedak bergabung ,

Anonymous said...

Pas pulak pilih sistem yahudi nak tegak islam. Sebenar sama je pas tu cuma parti politik shj

Anonymous said...

Pimimpin ph takut islam kembali bersinar dimalaysia arahkan macai hina kutuk fitnah pas dan dulu kata ug umno pas sekarang buat komen burukkan pas nampak sangat ph anti islam. Wahai umat islam jangan paling muka kamu pada petunjuk allah sapa sebenar disebalik ph.

Anonymous said...

Dulu pemimpin umno kutuk dap sekarang pemimpin umno ada yg sanggup bekerjasama dengan dap pada penyokong umno sama2lah kita selamatkan umat islam dibawah naungan pas. Puak ph dalam dilema kerana ramai penyokong umno telah nampak sapa sebenar ph dan pemimpin umno yang khianat sokongan dari umat islam dan khianati bangsa melayu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails