Monday, June 18, 2018

Motosikal Retro Rusia Samakah Dengan Beca Motosikal Besar Di Permatang Siantar?

Motosikal Retro Rusia Kini Diminati Warga AS

Motosikal Retro Rusia Samakah Dengan Beca Motosikal Besar di Permatang Siantar.. Kini Diminati Warga AS?

Bilangan syarikat pembuat motosikal yang dianggap agak unik hanya kerana ada ruang duduk di sisinya itu dilaporkan tinggal segelintir sahaja di merata dunia.

Namun syarikat terakhir pembuat “sidecar motorcycle” itu di Rusia masih rancak beroperasi. Malahan sebuah kilang di bandar kecil Irbit di wilayah ural itu masih beroperasi sejak ditubuhkan 75 tahun lalu.

Kegiatan penghasilannya kembali rancak kerana motosikal retro tersebut kian diminati di Amerika Syarikat (AS). Semasa era Soviet Union, kilang itu pernah menghasilkan lebih 50,000 motosikal setiap tahun. Namun ia menghadapi kesulitan besar akibat permintaan yang jatuh junam berikutan perpecahan kesatuan negara terbesar di dunia itu dan kemerosotan ekonomi Rusia sendiri sejak 1992 lepas.

Bagaimanapun kilang tersebut mula mendapat nafas baharu berikutan minat semakin bertambah terhadap motosikal jenis klasik berkenaan apabila mendapat banyak permintaan di seluruh AS pula. Sejak tahun 1993, kilang itu mengeksport motosikalnya ke AS. Ia bahkan sudah melakukan beberapa perubahan kosmetik dan aksesori bagi terus menarik minat para pembeli negara Uncle Sam itu.

Kilang tersebut sekarang mampu menghasilkan lima pilihan model motoskal Ural dalam 60 warna. Uniknya kebanyakan barang komponennya diimport dari pelbagai negara Eropah dan Asia. Model-model vintaj ini menjadi amat popular setelah pelakon terkenal Hollywood, Brad Pitt tular dilihat bergaya menunggang motosikal tersebut. (IH)

Ini Beca Motosikal Besar di Permatang Siantar.. 



2 Gambar di atas  .. CATATAN PERJALANAN: Menyusuri 150 Tahun Kriatian Masuk Tanah Batak (siri 1)

[HARI ini sudah 5 hari berpuasa. Beberapa hari lepas, semasa saya berada di Permatang Siantar, Sumatera Utara. Saya lihat banyak beca-beca di sana ditarik dengan memakai motosikal-motosikal besar, kendaraan sisa Perang Dunia II (PD II). Beca berinjin bekas tunggangan pasukan sekutu di PD II, berjenama BSA. BSA adalah The Birmingham Small Arms Company. 

Perusahaan ini awalnya membekal persenjataan tentera  Inggeris selama Perang Crimean (1853- 1856). Setelah perang selesai, BSA terus mengembangkan produknya. Pada masa itu, mereka memproduksi 126,000 motosikal jenis M20 berkapasiti mesin 500 cc. Motor pertama dibuat tahun 1941, inilah yang ikut dibawa Tentera Bersekutu ke Pematang Siantar pasca pendudukan Jepun di Indonesia. 


Produk BSA di Pematang Siantar sebenarnya tidak hanya yang dimiliki Tentara Bersekutu, tetapi juga pengusaha pemilik perkebunan di sekitar kota hingga ke bekas pemerintah Hindia Belanda.]

Lanjutnya..

Hari Raya Aidilfitri, Selamat!! Terimalah Hadiah Dari Ibnu Hasyim.

Selamat Hari Raya Puasa...
Maaf Zahir Batin,
Selamat Jiwa raga..
Selamat Aqidah.

Untuk pembersihan aqidah ku hadiahkan 2 syarahan ini..
Video: Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!! 
Hati-hati pendakalan Aqidah

Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus
Dari Ibnu Hasyim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails