KUALA LUMPUR 4 Jun - Peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim sepatutnya menghadiri program temubual di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), hari ini.
Walau bagaimanapun, temubual yang bertajuk ‘Malaysia Baharu: Cabaran-cabaran dan Pembaharuan semula’ itu dibatalkan pada saat-saat akhir hingga menyebabkan Siti Kasim mempertikaikan tindakan tersebut.
Siti Kasim yang juga aktivis hak asasi manusia berkata, istilah ‘Malaysia Baharu’ yang diraikan pelbagai pihak di negara ini disifatkan masih belum berubah.
“Suara-suara progresif masih perlu mencari kaedah lain untuk didengari.
“Saya tidak akan berdiam, tuan-tuan dan puan-puan. Saya akan sentiasa menjadi suara kamu dan kepada sesiapa yang didakwa,” katanya dalam status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Dalam masa sama, Siti Kasim turut mempersoalkan sama ada Barisan Nasional (BN) masih mengawal agensi berita kerajaan itu.
Katanya, beliau betul-betul tidak tahu siapa yang menarik balik temubual yang sepatutnya dikendalikan oleh Teshmina Kaoosji itu.
“Ini adalah cabaran yang masih perlu dihadapi. Saya fikir individu atau beberapa individu cukup tinggi dalam rantaian arahan sama ada di Bernama atau di Kementerian Komunikasi dan Multimedia - kebebasan editorial dihalang,” katanya.
Sementara itu, Siti Kasim turut berkongsi beberapa status Penolong Pengurus Bernama, Iwan Reaz Ridzuan Ghazali yang tidak setuju dengan temubual tersebut. - UTUSAN ONLINE.
1 comment:
Hina Agong: Peguam buat laporan polis
Minta supaya siasatan, tangkapan segera dilakukan
https://www.ismaweb.net/2018/06/04/hina-agong-peguam-buat-laporan-polis/
Post a Comment