Monday, June 04, 2018

Muslim Korup vs Non-Muslim Yang Baik -Nik Abduh.




MEREKA bertanya, mana baik antara muslim yang korup dengan non-muslim yang baik?
Saya jawab, buang muslim yang korup dan pilihlah muslim yang baik. Pilihlah juga non muslim yang baik dan letakkan mereka semua pada tempatnya yang adil.
Antara keburukan ialah paksaan untuk memilih di antara muslim yang korup dengan non muslim yang baik. Begitulah sebaliknya. Pilihan hanyalah di antara yang baik. Jika terpaksa di antara dua yang mudarat dan buruk, pilihlah yang lebih ringan di antara keduanya.
Di dunia ini, siapa pun, tiada tempat untuk mereka yang korup dan jahat kecuali turun ke bawah atau diturunkan.
Ya, muslim dan non muslim adalah berbeza. Tetapi persamaan kekal persamaan. Keadilan adalah keadilan. Allah tidak membezakan di antara manusia di dunia ini. Kebaikan duniawi adalah milik bersama. Kebaikan di akhirat hanyalah milik muslim yang beriman.
Mengapa? Kerana di sana nanti, kita tiada lagi diberi hak usaha dan pilihan oleh-Nya sebagaimana di dunia. Di sana adalah milik-Nya sepenuhnya. Di sana, Dia-lah yang memilih, bukan lagi kita. Dia hanya akan memilih untuk syurga-Nya orang-orang yang beriman kepada-Nya di dunia ini.
Justeru selamatkanlah akhirat anda dengan menjaga hak agama Allah di dunia ini. Jagalah Allah dengan menjaga agama-Nya. Jika tidak anda, Allah pasti memilih orang lain untuk menjaga agama-Nya. Jika begitu, bahagian anda di akhirat nanti adalah kemalangan dan kesesiaan.
فَقَالُوا عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (85)وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (86)
"Maka mereka (kaum Musa) berkata: Kepada Allah-lah kami bertawakkal. Wahai tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami fitnah (sebab kekufuran) bagi kaum yang zalim. Dan bebaskanlah kami dengan rahmat-Mu daripada kaum yang kufur." (Surah Yunus: 85-86)
#Istiqamah
#PeguamNegaraUntukMuslim

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Bachok.

3 comments:

Anonymous said...

maseh ada muslim yang baik tapi saja saja nak tunjuk bongkak
pilih sikapir
macam lah dah tak da lagi muslim yang elok untuk jawatan jawatan
penting dalam negara islam ni

Anonymous said...


UMAT ISLAM LEBIH BAIK DARI ORANG KAFIR

Jika dibandingkan umat Islam dengan orang-orang kafir, umat Islam adalah jauh lebih baik dari orang-orang kafir kerana hanya Islam agama yang benar dan diredhai oleh Allah Yang Maha Esa. Inilah perbezaan antara kebenaran (Islam) dan kebatilan (agama-agama lain).

Sejarah telah membuktikan umat Islam dan kerajaan bersikap toleransi terhadap orang kafir dan membenarkan orang kafir mengamalkan ajaran agama kafir dan menghormati hak asasi orang kafir di Tanah Melayu sejak zaman kerajaan-kerajaan Melayu Islam terbentuk hingga sekarang.

Begitu juga kerajaan-kerajaan Islam dalam sejarah di seluruh dunia seperti kerajaan Islam Sepanyol melakukan amalan yang sama terhadap orang-orang kafir sehinggakan menyebabkan kaum Kristian dan Yahudi dll memeluk agama Islam.

Malangnya apabila kerajaan Islam dikalahkan oleh tentera kafir, umat Islam dilayan seperti haiwan, ditindas, disiksa, dirogol, dibunuh beramai-ramai oleh kerajaan kafir seperti yang berlaku di Sepanyol di mana semua masjid dirampas dan dijadikan gereja dan umat Islam diberi pilihan sama ada memeluk agama Kristian atau dibunuh dan harta benda mereka dirampas atau dihalau keluar dari Sepanyol.

Pada masa yang sama puak Yahudi yang menerima nasib yang sama telah melarikan diri ke negara-negara Islam untuk mendapatkan perlindungan. Malngnya hari ini Yahudi Zionis membalas kebaikan umat Islam dengan kejahatan, penindasan, kezaliman dan pembunuhan beramai-ramai.

Pada zaman dahulu, semua penduduk di Manila Filippina adalah Muslim dan diperintah oleh kerajaan Islam. Malangnya tentera Spenyaol dan paderi Katolik telah menyerang dan menawan Manila dan memaksa rakyat Islam memeluk agama Kristian atau dibunuh jika enggan. Akibatnya, hari ini Filipina utara menjadi negara Kristian.

Jika ada orang berkata orang kafir lebih baik dari umat Islam, orang tersebut adalah munafik @ pendusta yang menafikan fakta sejarah.


Anonymous said...


Bising isu Melayu dapat IPTA, tapi kerja kosong ‘Chinese only’ senyap

https://www.ismaweb.net/2018/05/25/bising-isu-melayu-dapat-ipta-tapi-kerja-kosong-chinese-only-senyap/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails