Friday, June 29, 2018

Najib dedah ‘orang Mahathir’, Perenang Negara Datang Rumah Minta RM10 Juta.


#DosaDosaMahathir #PakatanPHitnah #MahathirBapakPenyamun #MahathirBapakKroni

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan orang rapat Tun Dr Mahathir ada bertemunya pada tahun 2013 dahulu meminta duit RM10 juta sebagai dana kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Pendedahan dibuat Najib kepada Malaysiakini, namun portal berita pro-Pakatan Harapan itu enggan mendedahkan nama individu berkenaan. Malaysiakini hanya menyebut “pembantu” yang sangat dipercayai Dr Mahathir dan seorang bekas perenang negara.

“Niatnya cukup jelas. Mereka tahu apabila anda bertanding pilihan raya, anda perlu ada tunai. Pembangkang juga tahu mengenai perkara itu. Mereka juga ada tunai,” kata Najib kepada Malaysiakini.

“Saya tahu perkara ini bukan sesuatu yang diketahui umum oleh orang awam tetapi ia bukan perkara yang pelik.

“Ia telah pun berlaku pada masa lalu dan jika kita mengubah undang-undang dan peraturan mengenai pembiayaan dana pilihan raya, ia tetap akan berlaku.”

Najib turut membuat pengakuan berhubung harta rampasan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kediamannya di Jalan Langgak Duta dan di tiga unit kondominium Pavillion Residence Kuala Lumpur, kira-kira sebulan lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menerusi sidang media berkenaan harta rampasan menjelaskan nilai rampasan dianggarkan antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Kata Najib, ada antara barangan rampasan merupakan hadiah kepadanya dan isteri sewaktu beliau bergelar pemimpin negara sebelum ini, sepertimana Dr Mahathir pernah menerima hadiah 40 ekor kuda sebelum ini. Berkata lanjut kepada Malaysiakini, beliau sejak bergelar Perdana Menteri mahukan ketelusan didalam pembiayaan dana pilihan raya namun ditolak pembangkang yang kini sudahpun membentuk kerajaan.

“Dalam negara ini kita tidak mempunyai sistem untuk lakukan perkara itu (isytihar hadiah).
“Saya sebenarnya pernah mencadangkan bahawa kita seharusnya ada… apabila ia mengenai sumbangan, kita perlu mempunyai sistem yang telus dan kita perlu rekodkan sumbangan itu dengan satu badan yang bebas.
“Saya ada mencadangkan perkara itu, tetapi pada masa itu, ia ditolak oleh pembangkang yang kini menjadi kerajaan,” kata Najib yang mengesyaki pemberi sumbangan bimbang diri mereka terjejas sekiranya identiti mereka dikenali.
“Saya juga bercakap dengan ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim ketika itu dan dia menyukai idea tersebut. Kami bawanya ke depan, tetapi ia ditolak oleh pihak pembangkang sehingga perkara itu tidak diteruskan.
“Sekiranya perkara itu berlaku, pembiayaan dana pilihan raya di negara ini akan dikendalikan dengan cara yang lebih telus. Tetapi jika saya lakukannya untuk BN sahaja, tetapi mereka tidak, maka ia akan merugikan kita.”

http://pakdin.my/tag/dana-politik
http://pakdin.my/pembangkang-tiada-alasan-tolak-akta-kawal-selia-dana/


8 comments:

Anonymous said...

Lapur pada SPRM. Beku kan akaun individu tersebut.

Jangan jadi macam penyokong PAS, Hadi dah beku kan otak depa semua.

Anonymous said...

2013 duit sumbangan PRU semua dah habis di angih kan. Duit tersebut tak ada kena mengena dengan 1MDB.

Berapa ramai kawan Najib yang mampu bagi sampai RM140 juta ? Tak susah nak dapatkan maklumat nama pemberi sumbangan..

Berapa ramai yang keluarkan duit berjuta menjelang PRU ? Dari mana datang nya lebihan duit yang di rampas ?

Itu tahun 2013 yang Najib mengaku bagi RM 10 juta kerana nak kena kan Tun Mahathir. Itu sebab mana-mana pemimpin atau parti ada terima RM 10 juta ke, RM 30 juta ke... atau RM 90 juta, jangan berani nak hina dan serang Najib..


Anonymous said...

Knape mahthir xsimpan sendiri duit umno? Kn dia presidenn pas masa tu..eh salah. Presiden umko masa tu..knapae najib pegang??? Jeng..jeng..jeng..dr kecik dh pandai menabung eh??

Anonymous said...

Knape mahthir xsimpan sendiri duit umno? Kn dia presidenn pas masa tu..eh salah. Presiden umko masa tu..knapae najib pegang??? Jeng..jeng..jeng..dr kecik dh pandai menabung eh??

Anonymous said...

Boss kuda tu dibagi hadiah masa pm ke dh pencen??tanya ckit..cane nk hadiahkn 70 ekor babi kt najib?dh pencen xsalahkn hadiah kt najib

Anonymous said...

Knape 10juta amik dgn najib??? Umno xde akaun ke?kenapa najib yang simpan duit umno kt rumah..oo..dh lama ko simpan duit umno kt umah eh-prebet sapu pekan.

Anonymous said...

Puak ph takut sangat dng pas sampy isu yg takada kene dng pas msti pas juga jadi bahan. Itu menunjuk kan ph takut pada pas isu 1mdb sebagai bahan untuk memburukkan pas. Tun m nampaknya memusuhi pas dari dulu sampay akhir hayat. Pas baru menang 18 bukan 52 tapi serangan pada pas mcm pas ketua pembangkang.

Anonymous said...

Ini semua sandiwara ph takut nak dakwa najib sebab tu bermacam dalih diberi. Dah meluat nak ikut isu 1mdb ni. Pasal isu 1mdb bahasa melayu dicapatikan pasal 1mdb jakim di sekat pasal 1mdb agansi berkaitan islam dikacau pasal isu 1mdb ecrl nak dibatalkan takjadi batal bila kroni dapat tenda dari 55bil jadi 70bil. 1mdb dijadikan macam candu untuk rakyat. Sekarang rakyat nak janji ditepati bukan dicapaikan barang makin mahal gst dah 0 pun harga barang sama mcm dulu malah makin naik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails