ADAKAH ISLAM MAKIN MUNDUR BAWAH MAHATHIRISME DAP?
Serangan Pertama Mahathirisme DAP Terhadap Ugama Islam - Memperlekehkan Rukun Islam Ke 5
Pada 10 Jun 2018, telah dilaporkan bahawa Tun Mahathir telah memberhentikan program haji 1MDB yang dituduhnya hasil “duit curi” 1MDB, walaupun belum dibuktikan dimahkamah dan mungkin tidak akan dibicarakan langsung kerana tiada bukti untuk memenjarakan Dato' Sri Najib Razak atas "fitnah mencuri" duit 1MDB yang memenangkan Pakatan Harapan...
Lebih menghinakan lagi umat Islam diMalaysia bila menteri kewangan, Lim Guan Eng secara biadap memperlekehkan Rukun Islam Ke 5 dgn mengatakan haji tajaan 1MDB dihentikan serta merta untuk elak pembaziran!!!
Serangan Kedua Mahathirisme DAP Terhadap Ugama Islam - Masjid Pula Jadi Sasaran
Pada 16 Jun 2018, rakyat Malaysia, terutamanya yang beragama Islam, dikejutkan sekali lagi sewaktu sambutan Eid-ul-Fitr mereka dengan berita tular bahawa Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri di bawah Tun Mahathir telah menangguhkan 9 kerja-kerja pembinaan atau penambahbaikan masjid-masjid di Pulau Pinang...
Pemantau Malaysia Baru amat kecewa dan membantah sekeras-kerasnya keputusan ini yang ketara menunjukkan betapa kerajaan Pakatan yang diterajui oleh Umat Islam tetapi terpaksa tunduk dengan desakan rakan komponen bukan Islam mereka yang tidak mahu keperluan asas agama Islam dibina menggunakan duit pembayar cukai sepertimana semasa Kerajaan Barisan Nasional...
Lakaran Cadangan Masjid Abu Ubaidah Ibni Al Jarrah |
Sebagai contoh, usul membina Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah di Bandar Tasek Mutiara telah dicadangkan sejak tahun 2012 kerana di kawasan tersebut mempunyai satu surau dan satu masjid kecil sahaja...
Malah, ketika ini kutipan derma wakaf masih giat dijalankan...
Lihat di sini :
https://www.facebook.com/masjidBTM/
Datuk Seri Zainal Abidin Osnan |
Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Mantan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, pernah melawat tapak tersebut pada 3 Mac 2017...
Mengikut sumber salah seorang ahli qariah masjid tersebut, Dato' Seri Najib telah pun meluluskan 60% dana untuk tujuan ini...
Namun, beberapa hari sebelum Hari Raya, harapan penduduk Bandar Tasek Mutiara hancur sama sekali dengan tindakan Regim Mahathirisme DAP ini...
Malah beberapa dana yang telah diluluskan oleh kerajaan BN bagi tujuan pembinaan dan pengubahsuaian beberapa masjid juga telah dibatalkan selepas regim Mahathirisme DAP menguasai Putrajaya!!!
Persoalannya :
》Apakah rasional Tun Mahathir mengumumkan cadangannya membesarkan Pulau Batu Tengah dan memulakan projek kereta baru nasional yang kedua?
》Kenapa kedua-dua projek yang menelan belanja besar ini boleh dilaksanakan tetapi kerajaan Pakatan Harapan langsung tidak mementingkan projek2 skala kecil yang boleh membawa manfaat kepada rakyatnya, terutama dalam pembinaan akhlak dan agama bangsa?
》Adakah kerajaan Pakatan Harapan akan mengubah polisi sebelumnya dimana kerajaan Persekutuan membantu dalam menjana bantuan dana untuk pembinaan dan penambahbaikan masjid dan surau di negara ini?
》Adakah tindakan menarik pembiayaan projek-projek yang berkait dengan agama Islam mencerminkan kedudukan rasmi kerajaan Pakatan Harapan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan agama Islam sebagai agama Persekutuan?
》Adakah tindakan ini juga semata-mata untuk memuaskan pengundi2 bukan Islam dan juga golongan liberal yang anti-Islam yang mengundi Pakatan semasa PRU 14 lalu?
》Apakah umat Islam diMalaysia akhirnya kan dipaksa tunduk kepada tuntutan2 lain dari golongan anti Islam dan golongan Islam Liberal seperti :
- memperlahankan laungan azan dan kuliah...
- menghentikan bantuan kepada sekolah Tahfiz...
- membubarkan JAKIM...
Kerajaan Pakatan Harapan Mesti Hormati Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan
Kerajaan Pakatan telah menekankan untuk mengekalkan polisi dan amalan yang baik dan menolak amalan yang buruk...
Jelas bagi kita, daripada kenyataan tersebut, isu dana untuk kebajikan Islam ini dilihat sebagai sesuatu yang buruk dimata kerajaan baru ini!!!
Islam ialah ugama kedamaian dan umat Islam diMalaysia tidak pernah menuntut lebih dari apa yg telah diperuntukkan dalam perlembagaan...
Kami menuntut agar kerajaan Pakatan Harapan menghormati Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan...
Kami tidak pernah menghalang sahabat2 kami yg bukan Islam mengamalkan ugama masing2 atau memperlekehkan ritual ugama mereka selagi mereka menghormati kedudukan Islam sebagai ugama persekutuan...
Kami Tidak Mahu Dan Sesekali Tidak Rela Bangsa Melayu Dan Kesucian Ugama Islam Di Perlekehkan!!!
Janganlah kerana ingin mendapatkan 'political mileage' maka kesucian ugama Islam menjadi alatnya kerana kami tidak akan sekali2 rela dan membenarkan golongan2 tertentu memperalatkan kesucian ugama Islam!!!
Tulisan asal :
Dato' Lokman Adam
Presiden Pemantau
Malaysia Baru
https://telegram.me/lokmanadam
Pengundi-pengundi pakatan berdosa besar setiap kali rejim pakatan melakukan kezaliman dan penindasan ke atas agama Islam dan umat Islam.
ReplyDeleteAllah telah berfirman yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."
(Hud 11:113)
Apakah bila mengundi BN pula pengundi-pengundi akan masuk syurga? Bagaimana pula nak mengundi PAS dikawasan yang PAS tidak bertanding?
ReplyDeleteKami ahli pas menyokong apa yg diperkatakan oleh dato seri najib. Sepatutnya beliau lah jadi perdana menteri. Dia pemimpin yang soleh. Tidak simpan duit haram.
ReplyDelete