Sunday, June 10, 2018

Pelajar Berlawak Undang Erdogen Sahur 5 Pagi Jadi Kenyataan. Gempar!

 Erdogan diajak mahasiswa sahur bersama pukul 5 pagi. tak sangka asrama universiti jadi gempar.

SEORANG mahasiswa saja berlawak mengundang Presiden Turki, Erdogan sahur bersama di asrama universiti di Ankara. Pukul 5 pagi suasana universiti jadi gempar bila hal itu benar-benar terjadi. 

Presiden Recep Tayyip Erdoğan bergabung dengan para pemuda untuk makan sahur setelah menerima undangan melalui Twitter pada hari Jumaat. Güngör Atak yang merupakan seorang mahasiswa di Fakulti Pergigian, Yıldırım Beyazıt University Ankara, mengirim pesan kepada presiden di Twitter yang mengundangnya.

“Presiden yang terhormat, bolehkah anda menjadi tamu kami di asrama Hüseyin Gazi dan sahur bersama?” tanya mahasiswa tersebut.
“Saya akan datang jika teh kalian sudah siap,” jawab presiden.

Kejutan pun berlaku apabila ternyata Presiden Erdogan datang ke universiti dan bersahur bersama dengan mahasiswa universiti. Inilah pemimpian yang sangat sempoi dan dicintai ramai rakyat Turki. Dalam tweet kemudian, presiden memposting video tentang makanan yang beliau nikmati dengan para mahasiswa di asrama.

Para mahasiswa sangat gembira dapat melihat presiden. Mereka menyambut Erdoğan, berkesempatan untuk berbincang dan berselfie dengan beliau selama kunjungan tersebut. (Sumber: Turkinesia)

Gambar bersahur Erdogan bersama mahasiswa.










 
(IH)

5 comments:

ted manoff said...

Maaf tuan ibnu..sekadar bertanya mani-festo pas dah tunai blom..?

Anonymous said...

Hoi ted..ko nie ketinggalan ker???asyik karat ph nampak sgt dunggu tahap gaban

Anonymous said...

Tak payah sibuk pasal manifesto PAS, dia tak de timebound macam PHnya 100 hari. Kena bijok bohh. Bak kata Rafidah.......

Anonymous said...

Modal PAS ialah suruh bersabar..

PAS menunjukkan tidak ada kesungguhan melaksanakan janji kerana PAS tidak memberi alasan atau memang tidak ada alasan untuk tidak melaksanakan manifesto.

Jika di Selangor yang terdiri berbagai kaum dan NGO, tentu PAS telah di tekan kerana tidak tunaikan janji.

PAS hanya layak perintah 2 negeri tersebut.

Anonymous said...

Dulu kumpulan yang tidak bersetuju dan menentang kumpulan Lobai di beri gelaran Erdogan ...

Erdogan ada lah sahabat Anwar.

Mana silap nya pemimpin seperti ini di contohi atau jika pendekatannya
sama dengan AMANAH ?

Disini ada puak akan tuduh Erdogan sebagai Liberal kerana tak pakai jubah dan serban.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails