Friday, June 08, 2018

Pelajar Dimalukan, Buka Coli, Seluar Dalam, Tak Boleh Elakkah?



SEORANG remaja perempuan berusia 17 tahun telah dimalukan apabila diminta buka colinya hanya disebabkan dawai pada coli itu menyebabkan mesin pengesan logam berbunyi ketika pemeriksaan keselamatan dijalankan.

Ketika itu pelajar terbabit mahu memasuki dewan untuk menduduki peperiksaan kemasukan ke sebuah universiti di Rusia.
Peperiksaan itu setaraf dengan A Levels dan diwajibkan untuk memasuki pelbagai universiti di Rusia.


Kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di Nizhnekamsk.. Selepas membuka colinya, gadis itu terpaksa berjalan masuk melalui pengesan logam. Disebabkan dia memakai baju yang jarang maka ia menampakkan bentuk badannya. 

Perkara terbabit telah disuarakan oleh kakaknya yang tidak berpuas hati dengan cara pemantauan keselamatan dijalankan. Bukan itu sahaja, kakaknya turut mendakwa gadis-gadis juga dipaksa membuka seluar dalam.
“Pengawal keselamatan itu menahan adik saya, memaksanya buka coli dan berjalan masuk menerusi mesin pengesan logam dengan baju yang jarang dan lebih malang, pengawal keselamatan terbabit lebih fokus kepada bahagian dadanya.
“Sudah tentu dia menjadi histeria. Apa yang boleh dia tulis dalam peperiksaannya selepas kejadian itu,” soal kakaknya.
Bagaimanapun jurucakap jabatan pendidikan Rusia menafikan keadaan terbabit.
Pemeriksaan keselamatan itu dijalankan bagi mengelakkan pelajar membawa masuk micro-headphones dan peralatan lain ke dalam dewan. – (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hal ini tidak akan berlaku dalam pemerintahan Islam, kerana maruah wanita, aurat sangat dijaga atau dihargai. Tentu ada cara penyelesaiannya. 

Itulah hebatnya Islam, bagi yang mahu memikirkan.


4 comments:

Anonymous said...

Sebab itu pelajar wanita yang pakai jubah perlu di periksa dengan rapi.

Bukan boleh percaya..

Puaka Rimba said...

Kebodohan ibnu yg main pukul borong atas segala masalah selesai jika menyokong agenda islam yg parti Lobai perjuangkan. Sedang kan kes sumbang mahram , kelantan antara yg kedepan. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...


Mohammad Azren
Ni satu lagi spesis jahat yang guna banyak nama samaran dalam blog ini.. Apa yang dari bukan Islam, semua baik. Yang dari Islam berbagai alasan menolaknya...
Ya Allah ampunilah ia.Tukarlah hatinya yang busuk dengan hati yang baik.

Rujuk tajuk sebelum ini 'Lebih Baik Pemimpin Kafir.. Jujur'

Anonymous said...

Cara isi tulisan yg disampaikan oleh hamba Allah spt tdk menggambarkan seorang islam. Dia ni mungkin bukan islam cuma menggunakan nama islam supaya menampakkan pd
masyarakat kononnya org islam ini terlalu liberal tk beradab akhlak islam di dlm tulisannya. Ramai org islam tertipu dgn golongan ini. Mereka ini banyak melakukan fitnah utk mengeliru dan menyesatkan umat islam. Mungkin mereka ini anak cucu abdullah bin salam agaknya atau anak cucu abu lahab yang Allah sumpah dlm quran tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails