Saturday, June 23, 2018

Pelik, Barat Kempen Burukkan Erdogan, Menjelang P/Raya..


KUASA Barat terdiri daripada Amerika Syarikat (AS) dan sekutu di Eropah menggiatkan kempen memburukkan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menjelang pemilihan presiden dan pilihan raya umum beberapa hari lagi.

Di media utama Barat seperti New York Times, Bloomberg, Economist dan banyak lagi, Erdogan diberikan gambaran buruk termasuk dilabelkan sebagai diktator dan pelbagai dakwaan lain yang sengaja diperbesarkan.
Ini bertentangan sama sekali dengan pendirian Barat sebelum ini yang mahu negara-negara Arab menjadikan Turki sebagai contoh pelaksanaan demokrasi dalam kerangka negara Islam moden.
Sikap pelik Barat pada masa ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh pendirian Turki yang semakin tidak selari dengan kepentingan Barat di rantau Asia Barat.
AS diperintah Presiden Donald Trump memberi sokongan kepada militia Kurdistan di pedalaman Syria tetapi dianggap sekutu kumpulan teroris Kurdistan di Turki.
Sokongan ini ditentang kuat oleh Erdogan yang dasar luarnya mahu memastikan kepentingan Turki tidak tergugat oleh aktiviti militan pemisah pemberontak Kurdistan.
Erdogan sekarang ini sudah diletakkan sebaris dengan pemimpin dilabel diktator seperti Kim Jong-un, Bashar al-Assad dan mana-mana pemimpin yang tidak sebulu dengan AS.
Dalam ulasan mengenai Erdogan, akan banyak digunakan istilah seperti diktator, pencabul kebebasan media, dan sindiran “sultan” yang menggambarkan kuasa tidak terbatas.
Sebahagian besar perubahan sikap Barat ini semakin jelas selepas perubahan sikap Erdogan terhadap Rusia.
Ini berlaku selepas cubaan rampasan kuasa pada 2016 yang didakwa Erdogan dilakukan oleh kumpulan Gulen yang disokong oleh Barat dan sekutu-sekutu.
Kerajaan Turki masih cuba membawa pulang melalui ekstradisi pemimpin-pemimpin gerakan Gulen di Barat, antaranya di AS dan Jerman.
Selepas cubaan merampas kuasa, Turki yang dipinggir mula memperbaiki hubungan dengan Rusia yang sebelum ini dimusuhi.
Erdogan sendiri memohon maaf dengan Presiden Vladimir Putin atas insiden jet pejuang Rusia ditembak oleh pesawat Turki.
Hubungan baik dengan Rusia berlangsung selari dengan pemulihan hubungan dengan Iran, satu lagi negara yang dimusuhi Barat.
Akibatnya, sekarang ini Erdogan teruk diserang di media Barat dengan bermacam bentuk ulasan yang negatif dan petikan pandangan-pandangan yang kritikal terhadapnya.
Pada masa yang sama, liputan dan ulasan yang lebih positif diberikan kepada parti-parti penentang Erdogan.
Apa yang berlaku di Turki ini menunjukkan bagaimana layanan Barat kepada mana-mana pemimpin atau rejim di dunia.
Semasa Barat merestui Erdogan, beliau diberi pujian melambung dan negara-negara Islam lain digesa mencontohi demokrasi cara Turki.
Apabila Erdogan mula menunjukkan sikap yang berbeza walaupun masih menjadi sekutu Barat, beliau dikenakan pelbagai tekanan.
Ini dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat seperti AS secara konsisten terhadap mana-mana pemerintah yang menjadi sekutunya.
Hanya yang berterusan patuh dan mengikut segala kehendak AS akan dibela dan dipelihara, tetapi ini mengundang risiko tentangan dalaman pula.
Apa yang berlaku pada Erdogan ini perlu dijadikan satu contoh dan pengajaran terutama kepada pemimpin-pemimpin Islam di negara Islam. (IH) 

11 comments:

Anonymous said...

Parti ERDOGAN tak ada pun nama Islam tapi ia menyerapkan sistem dan nilai Islam dalam kerajaan, seperti PAN ! Inilah parti yang PAN contohi...bukan PAS nama Islam, akhlak pemimpin macam Yahudi !

Anonymous said...

Ni mesti sebab bergambar dgn dsai..hehe

abu bakar said...

Sesiapa menganggap erdogan sempurna dia silap erdogan juga mempunyai masalah berat,isterinya pun Ada beg birkin,anaknya pun Ada tuduhan berat,pembunuhan terhadap ahlu Sunnah Kurdish di pandangan sepi

abu bakar said...

Israel antara rakan dagang utama Turki Dan kerjasama ketenteraan mereka sangat erat, Turki dipercayAi mengupgrade, f 16 Israel melalui kontrak, erdogan boleh main wayang, Satu setakat ini menentang erdogan iaitu outsyed the box

Anonymous said...

Ha ha ha komen orang yg tak pernah tinggal di Turki, banyak meleset. Saya tinggal di Turki hampir 8 tahun...Turki kini muncul GERGASI EKONOMI EROPAH !

Anonymous said...

Banyak pusat2 tahfiz dibina oleh kerajaan Turki...

Anonymous said...


June 23, 2018 at 5:37 AM ,
Puak Kurdis yang terus tinggal di Turki (bukan 8 tahun) pon tak ikut erdogan. Kalau berani beri nama & i/c biar aku cek kamu dah pergi Turki ke belum.

Anonymous said...

Hanya Dia pemimpin Islam yang di kira dapat memertabatkan Islam diperingkat Antarabangsa. Dia juga yang sangat mengambil berat mengenai nasib pelarian.

Nak benci Barat, orang Islam kat sini pun sama.

Anonymous said...


June 23, 2018 at 7:19 AM
Kamu kata 'Nak benci Barat, orang Islam kat sini pun sama.'

' orang Islam kat sin' tu kamu le.

ha ha ha

Anonymous said...

Sama la hadi awang. Dia ckp syiah tu mazhab dlm islam. Otak munafik

Anonymous said...

Puak ph kutuk hj hadi puji erdogan tapi erdogan menghormati hj hadi dan memulikan hj hadi sebab erdogan memandang ilmu dan ketokohan hj hadi dalam memertabatkan islam. Puak ph mumusuhi hj hadi dengan meleberkan hj hadi dengan bermacam2 dan menabur bermacam2 fitnah kepada hj hadi tapi hj hadi tenang hadapi semua serangan puak ph sebab fitnah akan lenyap dan pengfitnah akan makan fitnah mereka sendiri. Maka puak ph kalau kamu rasa dengan menabur fitnah pada hj hadi dan pas boleh melenyapkan islam di bumi allah maka kamu silap dan umat islam akan terus berjuang hingga ke akhirat kerana allah akan memelihara islam hingga ke hari akhirat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails