Wednesday, June 20, 2018

Peluk Amoi: Selepas Mat Sabu, Kini Mahathir Pula.



Dulu kecoh pasal Mat Sabu dipeluk amoi. Tapi bagi ahli parti AMANAH perkara itu macam tak kisah aje. Yang peliknya Dr. Asri (MAZA) dan Dr Rozeimi pun diam membisu, "maybe not a big deal" juga pada pendapat Dr. Asri.

Ahli parti AMANAH sudah 'kalis' maksiat kecil ini. Mungkin mereka anggap ambil wuduk boleh tanggal dosa tersebut bersama wuduk. Pasal itu gambar Mat Sabu berwuduk menjadi viral lebih daripada gambar Mat Sabu dengan amoi. Yang IKRAM jadi nadi AMANAH pun sama, hilang terburai Islam mereka... 
Cybertropper UMNO mengedar gambar Mahathir di peluk Izara. Macam-macam komen daripada natizen berkenaan gambar ini.
Ada yang kata gambar ini palsu kerana takkan Mahathir pakai kasut pelik semacam aje. Rakyat percaya Mahathir zuhud, tak menunjuk dan tak MEROMPAK DUIT RAKYAT. Dia pakal selipar bata aje.
Gambar ini menjadi viral mendapat simpati rakyat untuk menyokong Pakatan Harapan dan menjatuhkan Najib. Sedangkan  Mahathir dan Najib itu ibarat PENYAMUM DENGAN PEROMPAK. Bukan Mahathir sahaja pandai 'berlakon'. Mukhriz pun sama dengan bapaknya Mahathir kalau di Kedah, kepala tak berkilat... Kerana dia pakai ketayap! Berjubah tujuan nak bodohkan penyokong PAS supaya sokongan PH demi menjatuhkan kezaliman Najib.

Orang tanya saya apa beza antara Mahathir dan Najib. Ok Mahathir dilahirkan bukan kaya, bapanya seorang guru. Dia ke sekolah bawa duit 20 sen. Itu kira golongan 'berada'. Tapi dia tak boleh beli mee mamak kerana mee mamak harganya 50 sen. Apabila dia menjadi doktor gajinya RM2000 sebulan. 

Najib pula anak Perdana Menteri, ke sekolah saya tak tahu berapa duit dia bawa. Saya tak tahu berapa beg masa itu dia simpan duit siling dalam bilik di rumahnya sebab tak ada penulisan sejarah hidup Najib. Umur 30an dia jadi MB Pahang yang negeri kaya dengan hutan. Dia tak pernah rasa susah.

Najib sama macam Mukriz lahir sebagai anak PM. Sebab itu dia terkejut bila harga daging RMN36 sekilo, katanya ingat RM18 sekilo.

Saya lebih musykil bagaimana anak Mahathir boleh menjadi kaya? Bagaimana dia menjadi orang Melayu kedua terkaya di Malaysia? Macam mana dia dapat modal berniaga? Bapa dia kaya ke?

Sebab itu kadang kala kita dibodohkan dengan kekayaan Najib dan Mahathir itu miskin, zuhud suci dll sedang kedua-duanya adalah PEROMPAK WANG RAKYAT! 

Semalam Nik Izara yang peluk Mahathir membuat kenyataan. 

"Seperti kebanyakkan rakyat Malaysia, saya sentiasa teruja setiap kali bertemu Tun Mahathir. Beberapa hari lalu juga sama, tapi saya tersilap langkah apabila memuat naik saat peribadi semasa kunjungan keluarga beraya.

"Saya kesal apabila ada netizen yang memberi reaksi negatif terhadap posting tersebut. Kepada Tun dan keluarga saya mohon maaf kerana sikap yang terlalu terbuka.

"Maaf zahir dan batin," tulis pelakon Izara Aishah yang memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga terhadap tindakannya berkongsi foto-foto peribadi ketika berkunjung ke kediaman Perdana Menteri itu.

Pemilik nama sebenar Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 26, berkata, dia berasa kesal dan tidak menyangka posting yang dimuat naik di media sosial telah menerima reaksi negatif netizen.

Pelakon filem 'J Revolusi' itu mengakui kesilapan yang berlaku disebabkan rasa teruja setiap kali bertemu Tun M.

MR : Raya ni boleh bersalam lelaki perempuan kata Dr. Maza tapi jangan peluk. Malah geng hadis tunjuk gambar Qardawi bersalam. Tapi tak ada pula dia tunjuk satu bukti Nabi, Sahabat Nabi atau ulama terkemudian bersalam lelaki perempuan. Susah kalau orang berilmu dah sesat dengan ilmu mereka...  (
MINDARAKYAT)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila pemimpin umat Islam bukan ulama, beginilah jadinya. Apa lagi kalau pemimpin bukan Islam..

Lihat dua video ini..

Untuk pembersihan aqidah ku hadiahkan 2 syarahan ini..
Video: Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!! 
Hati-hati pendakalan Aqidah

Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus

20 comments:

ted manoff said...

Takde isu..tun m pun dh kata dia tk senang bila gambar tuu tersebarr..izara tk dijemput pun tapi siti dn suaminya yg bawa beraya dirumah tun..mcm atuk dgn cucu..harap tuan ibnu dpt siar kenyataan dua belah pihak..jgn jadii batuapii sgt..

ted manoff said...

PETALING JAYA: Skuad terjun negara sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila sebuah video yang mempamerkan atlet sukan berkenaan mengambil minuman keras tular di Facebook.

Insiden itu dipercayai berlaku semasa kem latihan mereka di Guangzhou, China.

Video itu menunjukkan gelagat beberapa penerjun senior dalam program podium dan juga junior semasa malam sambutan Tahun baru Cina, Februari lalu.

Pemangku ketua jurulatih terjun negara, Zhang Yukun berkata beliau tidak tahu mengenai insiden itu.

Namun beliau menyerahkan isu itu kepada Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) untuk diambil tindakan.

"Saya amat terkejut perkara seperti ini berlaku. Saya serahkan kepada ASUM dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mengambil tindakan sewajarnya," kata jurulatih dari China itu.

Terdahulu, bekas jurulatih skuad terjun negara, Huang Qiang merogol seorang penerjun negara berumur 20 tahun di Gimnasium Terjun, Kompleks Akuatik Sukan Negara, Kompleks Sukan Bukit Jalil pada pukul 5.30 petang, 26 September tahun lalu.

Dakwaan terhadap Huang dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Namun Huang dilepas dan dibebaskan pada 10 April lalu selepas Mahkamah Sesyen mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan selepas prosiding perbicaraan yang bermula sejak 19 Januari lalu.

Huang, 36, sebelum ini dilantik menjadi penolong jurulatih bekas ketua jurulatih, Yang Zhuliang pada tahun 2007 dan pernah menghadiahkan pingat acara 3m papan anjal seirama pada Grand Prix Montreal 2012 serta gangsa di Piala Dunia London 2012 selepas mendapat kerakyatan pada tahun itu.

Dakwaan yang dikenakan terhadap Huang itu dikatakan antara punca khidmat Zhuliang tidak disambung biarpun sebelum ini beliau berjaya mencipta pelbagai kejayaan bersama skuad terjun negara.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/sukan/sukan-ekstra/2018/06/20/video-penerjun-negara/#9UgzVmAZ5FF8lZbH.99

ted manoff said...

PrOoTt💨💨💨...arghhhh leganya..💥

Anonymous said...

Napa la artis tak datang peluk Ibnu Hasyim ni...? Sedih aku huk huk huk huk

#kempenTANGGALKANperkataanISLAMuntukSEMUAparti

Anonymous said...

Bagi puak jahil murakkab, puak munafik sekular liberal dan puak kafir, bersalam dan berpeluk cium antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah perkara biasa konon macam 'atuk dengan cucu' walaupun kita tahu perbuatan tersebut boleh membawa kepada zina dll dan dilarang oleh Allah dan RasulNya.

Nabi Muhammad s.a.w. sendiri tidak pernah bersalam dengan wanita bukan mahram.

Barua-barua pakatan pula yang menghalalkan perbuatan yang haram. Apakah agama barua-barua pakatan?

Anonymous said...

ted manoff,
carilah seberapa banyak hujah uunuk menyokong kamu, pertahanlah tuan kamu DAP.
Carilah alasan banyak-banyak untuk membolehkan lantik orang kafir sebagai sebagai pemimpin

Kemukakan nas dan dalil, biar kita bahaskan supaya kamu paham. Supaya kamu bertaubat segera.

Carilah dalil supaya kamu boleh peluk amoi. Tak dapat yang muda, yang tua sebaya kamu pun boleh le. Memang itu perngai spesis jahat.

Ayoh! Ha ha ha.

Anonymous said...

Ted manoff.
Maaf aku tak tahu agama dan bangsa apa kumu?
Aku setuju cadanga June 20, 2018 at 1:22 PM

Carilah dalil & hujah supaya kamu dapat peluk amoi sebaya dan setua kamu. supaya matilah kamu dan geng PH kamu dalam pelukan setan.

Ha ha ha Na'uzubillah!

Anonymous said...

Ted manoff. Atuk dgn cucu bukan ukurannya. Yg dikira ialah mahram @ bukan mahram.

Anonymous said...

Ted manoff dan Tun sama2 jahil. Agama guna logik akal. Apa punya jenis Islam. Hantam keromo jer.

Budak kampung Selatan said...

Yang berpeluk tu mmng salah bukan muhrim nk bersalam pn x boleh..tapi yg buka aib tunjukkan tu pun jangan lupa dosa anda..tak de satu perkarapun walau sebesar zarah akan terlepas dari hisab Allah..budaya ibnu hasyim mmng suka vuka aib orang gambar lucah bagai nk buat mcmana

Anonymous said...

Islam bagi pas cuma utk kawin 4 saja

Anonymous said...

Wah barua dedak pakatan 2:54 PM adalah penyebar ajaran sesat yang suka menfitnah parti Islam PAS. Inilah akibat barua menjadi pengikut abang besar parti roket evangelis.

Anonymous said...

Yang cuba betulkan kesalahan, salah. Yang buat kesalahan (Tun M) tak salah?
Apa punya bongok...

Sokong lagi PH, jadi bodoh semua.

Budak kampung Selatan said...

14juta rakyat yg jadi bodoh...yg pandai (pandir?) Cuma ko sorang je kan?

Anonymous said...

Inilah dia puak2 munafiqin yg antikan islam. Mereka terlalu liberal sampai perkataan islam pun tak boleh dengar. Apatah lagi nak dengar hukum hakam islam dan hudud. Sudah tentulah jdi meroyan semua... runtuh islam jika dilayan golongan ini... jgn sesiapa pun dari kalangan umat islam terpedaya dgn puak2 ini... mereka ini sangat bahaya lebih bahaya dari yahudi nasaroni..

Anonymous said...

Sebelum pilihanraya dulu berapa punya banyak fitnah yg ditabur dan dijaja oleh golongan kamu iaitu puak ph. Tapi ada kamu tegur diorang. Jgn biaslah 2.34pm. Kamu juga pengampu ph dap dan bahagia bersama2 kafirin yg menang pru dan sedang membina malaysian malaysia yg menolak islam mentah2. Adakah pemimpin islam ph atau kamu sendiri menegur tun yg nak hapuskan jakim...? Jgn jadi bodoh dan memperbodohkan org islam lain. Jangan jadi sesat kemudian cuba menuesatkan org lain supaya menerima kesesatan ph... kembali ke jalan Allah swt jika kamu beriman dgn Allah dan rukun iman...

Anonymous said...

2.54pm ni bukan reti apa ttg islam... yg dia tau nak kahwin 4. Entah2 mengucap pun tak betul lagi... dah2 pi balik bc bljr alif ba ta...

Budak kampung Selatan said...

Aik..aku cakap bende betul pn dh jadi barua dap? Apesal kaitkn dengan politik pulak? Yg dosa tu ttp dosa waima tuan haji lebai sekalipun yg buat..ape hal pulak kaitkan dengan politik? Kalau org cakap kp marah tapi org2 mcm ko la yg memburukkan imej islam dimata orang kafir..

Anonymous said...

Maaf budak kampung selatan jgn kecik hati. Komentar2 kat sini mmg emo sikit. Penyamar pun ramai. Dh susah nak tentukan parti mana dah sebenarnya sbb semuanya tak sama dgn imej pemimpin2 parti yg mereka cuba bela. Btw Apa yg kamu cakap tu betul sy setuju. Yang salah tetap salah...cuma yg membezakan pemberatnya drpd sudut mudharat

Anonymous said...

Pas pun pernah berkolobrasi dan berjuang bersama dap. Apa ada hal. Rilek je tadak masalah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails