SHAH ALAM – Pemandu teksi di negara ini kesal dengan Kementerian Pengangkutan yang tidak mengharamkan perkhidmatan e-hailing, Grab sebaliknya mengekalkan jawatan individu yang selama ini menabur pasir ke dalam periuk nasi mereka.
Mewakili suara pemandu teksi, Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (Persim), Kamarudin Mohd Hussain berkata, keputusan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengekalkan jawatan pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) di unit Perancangan, dan Pembangunan Sektor Pengangkutan Awam Darat benar-benar memberi tamparan hebat kepada mereka.
“Kami telah hilang kepercayaan terhadap mereka yang bertugas di Spad dan tindakan mengekalkan mereka dengan jawatan asal memberi gambaran awal sejarah pentadbiran Kerajaan BN akan berulang lagi serta kebajikan kami tidak akan terbela,” katanya melalui kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, Persim faham perbezaan antara Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Apad) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) yang akan menggantikan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).
“Tetapi yang kami tidak boleh terima adalah keputusan menteri mengekalkan jawatan dan mereka yang selama ini menabur pasir ke dalam periuk nasi kami,” katanya.
Kamarudin juga mempersoalkan apakah Kerajaan Pakatan Harapan tidak mempunyai golongan bijak pandai yang mampu menggantikan pegawai-pegawai Spad yang telah terbukti gagal membawa sebarang pembaharuan kepada industri itu sejak 2010.
“Sepatutnya Kementerian Pengangkutan menyegerakan penyelesaian isu kereta sapu Grab yang terang-terang mencabuli kedaulatan undang-undang dan bukannya menyelamatkan periuk nasi pegawai-pegawai Spad yang menggalakkan masyarakat mencabuli Undang-Undang,” katanya.
Beliau berharap Kementerian Pengangkutan tidak berdolak-dalik dalam isu yang sangat meruncing ini.
“Kami bukan ingin menentang mana-mana pihak khususnya Kerajaan, tetapi kami berhak bersuara apabila kami melihat kepercayaan yang kami berikan kepada Kerajaan secara umumnya kepada Kementerian Pengangkutan seperti tidak dihargai.
“Kementerian Pengangkutan seolah-olah tidak melihat isu periuk nasi kami yang kini semakin berpasir sebagai satu isu yang sangat penting,” katanya.
Dalam pada itu Kamarudin berkata, Persim berharap Kementerian Pengangkutan tidak terus menerus membuat keputusan bersendirian tanpa mengadakan perbincangan dengan pemain industri.
“Pesanan ringkas dari kami, jangan buat keputusan yang memberi kesan negatif warga pemain industri (teksi, bas dan lori) terhadap Kerajaan Harapan,” katanya. – Sinar
9 comments:
hapuskan grab...
Bagi permit dan lesen bawak teksi..
pi mai pi mai tang tu jugak
Hapuskan Grab nak ganti dengan apa/ Sikap pemandu teksi tak berubah. Minta teksi bawa ke rumah dari hospital ke Taman Tun tak mau, sebab jam. Panggil Grab lambat sikit tapi dapat balik rumah juga. Tahan teksi nak ke hospital tapi pemandu2 kata akan bergerak selepas jam 9-10. Jadi ambik Grab juga. Minta teksi dari Jakel ke kedai makan nasi kandaq di Jalan TAR, apa pemnadu kata? Tak tau jalan. Panggil Grab senang pula. Dari TESCO ke TTDI teksi minat tambang RM15 tanpa pakai meter. GRAB hanya RM7.
Kereta bersih, pemandu friendly, perjalanan selesa, tambang lebih murah. Teksi boleh bagi khidmat macam ni?
Berubah dulu lah dan bagi khidmat yang menunjukkan kita boleh bergantung kepada teksi barulah orang akan mula percaya kepada perkhidmatan teksi.
Ayah,
Saya bersetuju dengan pandangan saudara. Bagus. Itulah hakikatnya.
Pemandu teksi kena berubah dahulu, barulah orang ramai hormati mereka dan mahu mendapatkan perkhidmatan mereka.
Pemandu teksi pulak kena kencing hsncing. Yg percaya sangat janji politik buat apa sekarang tanggunglah. Apa pun pemandu teksi perlu berubah dari dulu
BN/PH sama saja. Berubahlah kepada yang lain pula. Tiada agama, semua rosak.
Dah menang...janji menang..depa kata hang driver teksi je..aku peduli apaaaa..
Sian driver teksi...dah laa nak keja lain sijil takdak...mudah kena kencing..pas tu menyesal
Yang degil je yang masih kekal bawa teksi.
Tujuan persatuan supaya pemandu teksi ada pengurusan yang teratur selain menjaga kebajikan ahli. Tapi kerana dah di satukan jadi besar kepala.
Hanya kerana ingin kan memiliki sebuah kendaraan dengan murah maka mereka tetap terus bawa teksi.
Sepatutnya pemandu teksi lah yang jadi pemandu grab car. Bukan nya minta hapuskan grab car.
Mungkin kerajaan berjanji dengan mereka tapi adakah ketika itu persatuan pemandu teksi yang nak berjumpa pembangkang atau sebaliknya .. Jika persatuan yang nak jumpa dengan tuntutan maka sudah pasti lah di janjikan begitu.
Tetapi bukan kah persatuan yang sama menunjukkan sokongan pada BN sehingga pengsan berebut untuk dapatkan kad dibayar RM 800 kepada ahli persatuan.
Post a Comment