Penduduk Palestin membawa jenazah Razan al-Najjar semasa upacara pengebumian di Khan Younis, Gaza, semalam. - AFP
GAZA CITY 2 Jun - Beribu-ribu penduduk Palestin menghadiri upacara pengebumian sukarelawan perubatan, Razan al-Najjar yang dibunuh oleh tentera Israel di Khan Younis, selatan Gaza.
Kakitangan perubatan, ambulans menghadiri upacara itu sambil bapa Razan memegang uniform putih yang mempunyai kesan darah mangsa ketika dia ditembak oleh tentera Israel.
Pertempuran kecil tercetus apabila golongan remaja Palestin melontar batu ke arah tentera Israel dan cubaan untuk merempuh pagar sempadan.
Penduduk Palestin menyeru tindakan balas dendam terhadap kematian Razan yang ditembak pada dada semasa sedang berlari untuk memberi bantuan perubatan kepada seorang penduduk Palestin. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya dalam Islam bukan soal 'menyeru tindakan balas dendam', tetapi perjuangan Islam tetap bertembung antara kebenaran dan keadilan, menentang mungkar dan kezaliman. Ianya akan berlaku berterusan hingga hari kiamat.
Cuma di Malaysia ini, kita belum dengar lagi apa-apa tindakan dan sikap kerajaan PH dalam membela rakyat Palelestin yang tertindas tidak kira bangsa dan agama. Kita belum dengar lagi sikap penentangan pemimpin DAP terhadap pengganas Israel bangsat itu di Palestin.
No comments:
Post a Comment