Wednesday, June 20, 2018

Perhimpunan Selamatkan Raja Melayu Jumaat ini

Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam (tengah) bercakap pada sidang media berkaitan perhimpunan aman selamatkan institusi Islam dan Raja Melayu di Pandan Kapital, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 19 JUN 2018. Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam (tengah) bercakap pada sidang media berkaitan perhimpunan aman selamatkan institusi Islam dan Raja Melayu di Pandan Kapital, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 19 JUN 2018.

KUALA LUMPUR – Mereka yang merasa kecewa dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta menghadiri Perhimpunan Aman Selamatkan Institusi Islam dan Raja Melayu Jumaat ini.

Ketua NGO, Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam, perhimpunan aman itu akan diadakan pukul 2 petang di perkarangan Masjid Negara.

“Jadi saya seru umat Islam yang cintakan keamanan dan bukan Islam hadir dan pertahan Yang Dipertuan Agong.
“Kami akan memakai pakaian hitam seolah-olah berkabung atas penghinaan Raja- Raja Melayu dan tanda sokongan kepada raja sebagai payung agama Islam,” katanya dalam sidang media hari ini.

Turut hadir ialah Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Datuk Azwanddin Hamzah. Menurut Azwanddin pula, setakat ini kira-kira 100 NGO sudah menyatakan hasrat untuk bersama dalam perhimpunan itu dan menjangka ia akan bertambah. Dalam pada itu, Lokman orang Islam dan rakyat Malaysia tidak boleh lagi berdiam diri dengan apa yang berlaku sekarang.

“Perhimpunan ini juga dijangka akan ada provokasi pihak tertentu, jadi kalau ada mereka yang ada senjata minta polis jaga keamanan tangkap mereka siang-siang,” ujarnya yang menjangka kira-kira 2,000 akan hadir pada perhimpunan itu.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, perhimpunan yang sama akan diadakan di seluruh negara tidak lama lagi.-MalaysiaGazette.


Hari Raya Aidilfitri, Selamat!! Terimalah Hadiah Dari Ibnu Hasyim.

Selamat Hari Raya Puasa...
Maaf Zahir Batin,
Selamat Jiwa raga..
Selamat Aqidah.

Untuk pembersihan aqidah ku hadiahkan 2 syarahan ini..
Video: Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!! 
Hati-hati pendakalan Aqidah

Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus
Dari Ibnu Hasyim

4 comments:

Anonymous said...

Pas pun pernah biadap dan tak hormat raja melayu sultan perak. Ramai anjing berserban tido tengah jalan depan istana perak. Apa ada masalah.

Anonymous said...

Yg berserban tido atas jalan tu semua askar upahan dap dan selamat dah masuk pan

Otai said...

Masa berkempen pru sibuk kutuk tun. Bila tun menang...merangkak melutut merayu pd tun minta kerajaan pas kelantan terengganu jgn dipinggirkan ...mmg jenis pas pus pus...lidah bercabang...

Anonymous said...

Pas pun pernah jadi upahan dap. Bersilat berhujan perhimpunan bersih. Apa ada problem? Parti pas dan dap kan sama shj. Hanya sebuah parti yg berjuang dlm sistem yahudi?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails