Perkukuhkan hubungan dua hala - Dr Samsuri
DUNGUN: Pertemuan tidak rasmi dalam kunjungan hormat oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah bagi mengukuhkan hubungan dua hala.
Sehubungan itu, Dr Samsuri berkata, pihaknya berbesar hati dengan penerimaan Tun Dr Mahathir secara positif pada pertemuan di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya
itu kelmarin.
Menurutnya, dalam pertemuan pertama tidak rasmi itu tiada agenda khusus yang dibincangkan antara kedua-dua pihak.
"Pertemuan itu adalah pertemuan tidak rasmi dan kunjungan itu tidak ada apa-apa agenda khusus. Apa pun, kami amat berbesar hati atas penerimaan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Apa yang pentingnya ialah bahawa keperluan untuk kita (PAS) perkasakan, perkukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat.
"Hubungan itu haruslah, walaupun mungkin berlaku perbezaan politik dan suasana politik Malaysia sekarang ini sangat unik sebenarnya. Bukan Terengganu sahaja yang mempunyai perbezaan pentadbiran politik dengan Kerajaan Persekutuan. Ada beberapa negeri yang lain.
"Keperluan menjalinkan hubungan yang lebih baik. Alhamdulillah, kami di peringkat kerajaan negeri Terengganu membawa mesej, kami amat menghargai akan peranan, hubungan yang perlu diperkukuhkan antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat.
"Alhamdulillah, Tun (Mahathir) juga memberi respon yang sangat positif. Kita ingin membina negeri dan negara ke hadapan. Perkara yang lepas itu sudah lepas, dan kita ingin membina (negara) ke hadapan," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Kesyukuran dan Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar Terengganu di Masjid Hadhari, Paka, di sini kelmarin.
Ditanya adakah Kerajaan PAS Terengganu membincangkan isu tuntutan royalti, Dr Ahmad Samsuri memaklumkan pihaknya, belum bersedia mendedahkan apa-apa perbincangan itu kepada pihak media.
Hadir sama pada majlis itu, Exco Kerajaan Negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid. -HARAKAHDAILY 6/6/2018
ReplyDeleteDr Maza baru sedar menipu pengundi itu haram
Setiap satu perkara yang dijanjikan dalam manifesto parti politik wajib ditunaikan kerana kegagalan dalam melaksanakannya disifatkan sebagai satu penipuan.
Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, tindakan menyenaraikan pelbagai janji manis dan popular bagi meraih undi sedangkan sedar mereka tidak mampu melakukannya menyebabkan perbuatan tersebut haram.
“Penipuan sering berlaku dalam musim pilihan raya. Antaranya mempamerkan manifesto bohong yang pihak meletakkan itu sendiri mengetahui bahawa mereka tidak mampu melaksanakannya.
“Demikian memberikan maklumat palsu mengenai calon yang disokong ataupun yang ditentang. Dengan maklumat yang palsu itu maka pengundi akan tertipu dan membuat keputusan yang salah,” katanya menerusi akaun Facebooknya baru-baru ini.
Kerajaan pusat yang ditunjangi Pakatan Harapan mengakui sukar menunaikan Janji 100 Hari Pakatan Harapan yang menjadi manifesto gabungan itu pada pilihan raya umum lalu dengan alasan kedudukan kewangan negara kini dalam keadaan buruk.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kemenangan Pakatan Harapan membawa beban yang amat besar kerana membuat pelbagai janji kepada rakyat supaya kehidupan rakyat menjadi lebih bahagia daripada sebelumnya.
Katanya, janji tersebut dibuat berasaskan pengetahuan yang tidak mencukupi kerana tidak tahu setakat mana kerosakan yang berlaku dan mendapati bahawa walaupun sudah berbuat janji dalam jangka masa 100 hari, mereka akan tunaikan 10 perkara tetapi tidak terlaksana.
Sementara itu, Mohd. Asri turut menguatkan hujah tersebut dengan dua hadis Nabi Muhammad.
“Sesiapa yang memperdaya kami (kaum Muslimin) maka dia bukan dalam kalangan kami. Tipu daya dan tipu helah itu dalam neraka.
“Sesiapa yang memberikan pendapat untuk saudaranya dalam sesuatu perkara sedangkan dia tahu bahawa kebaikan itu pada perkara yang lain (pendapat lain) maka dia telah mengkhianatinya,” kongsi beliau kepada pengikutnya di media sosial.
Hadis tersebut dipetik daripada Riwayat al-Tabarani dan Ibn Hibban serta Riwayat Abu Daud. - UM
Sumber: https://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/dr-maza-baru-sedar-menipu-pengundi-itu.html
ReplyDeleteCybertrooper @ barua dedak pakatan dan pemimpin-pemimpin pakatan telah menipu umat Islam dan rakyat dengan pelbagai janji palsu maka cybertrooper dan pemimpin-pemimpin rejim pakatan bukan dari umat Nabi Muhammad s.a.w. berdasarkan hadis :
“Sesiapa yang memperdaya kami (kaum Muslimin) maka dia bukan dalam kalangan kami. Tipu daya dan tipu helah itu dalam neraka.
“Sesiapa yang memberikan pendapat untuk saudaranya dalam sesuatu perkara sedangkan dia tahu bahawa kebaikan itu pada perkara yang lain (pendapat lain) maka dia telah mengkhianatinya,” kongsi beliau kepada pengikutnya di media sosial.
Hadis tersebut dipetik daripada Riwayat al-Tabarani dan Ibn Hibban serta Riwayat Abu Daud
ReplyDeleteCybertrooper dan pemimpin-pemimpin pakatan sekular liberal kafir harbi, yang telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam, telah mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah seperti UG, rasuah RM90 juta, jual agama dll untuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dan menghasut rakyat membenci PAS sebelum dan semasa PRU14.
Akibatnya sebilangan Melayu jahil telah diperdayakan untuk mengundi pakatan dan menolak PAS walaupun PAS memperjuangkan agama Islam dan hak umat Islam. Dan akhirnya pengundi pakatan juga yang rugi kerana rejim pakatan gagal melaksanakan semua janji pakatan.
Apakah hukum cybertrooper dan pemimpin-pemimpin pakatan menjaja fitnah, menipu rakyat dan memungkiri janji?
Jawapan:
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga. jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia ingkar, dan jika dipercaya ia berkhianat. (HR Bukhari)
Pas berpaksikan tuhan undi.tak mungkin Islam dipertandingkn melalui undi. Anda juga sekular
Delete
ReplyDeleteBarua dedak pakatan 7:23 PM adalah pesakit mental yang menulis komen merapu dan merepek. Nampaknya barua dedak ini jahil tentang agama Islam, politik Islam dan parti Islam PAS dan matlamat perjuangan PAS.
Fakta:
Islam adalah agama tunggal yang diredhai oleh Allah.
PAS adalah parti Islam.