Sunday, June 24, 2018

PH: Asyik Ulang Kitar Semula, Ekonomi Tak Terjaga, Janji Tidak Ditepati



Najib punya hal tu tak kisahlah… Ada bukti bawa ke mahkamah… Kalau betul salah penjarakan.. Tapi nak tanya kerajaan Pakatan Harapan sekarang ini..
  • Nilai ringgit dah jatuh sampai RM4 = 1USD.
  • Harga sawit dah jatuh dari RM2, 340 satu tan ke RM2247.
  • KWSP dah rugi lebih RM6 billion.
  • Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia dan menyusut dari USD109.5bilion kepada USD107.9bilion, hilang USD1.6bilion
  • Pasaran saham Bursa Malaysia tiap-tiap hari mata menurun sebab pelabur dah bawak keluar duit berbillion Ringgit.
  • Projek banyak yang dah sangkut alasan nak berjimat.
  • Kutipan cukai dah tiada dan menjelang bulan Septembet negara bakal kehilangan sumber pendapat sekitar RM21 billion.
  • Peluang pekerjaan makin kurang untuk anak muda. 1, 7000 kakitangan awam baru sahaja diberhentikan ( sebelum PRU DS Najib janji 40,000 peluang pekerjaan – sekarang dah hangus)
  • Peluang menunaikan ibadah Haji untuk 1200 jemaah pun sudah dibatalkan.
  • Harga barang tak pernah turun kecuali tomato, sekarang minta derma pulak.
Ehh banyak lagilah kalau nak sembang. 
  • Isunya tak kan Perdana Menteri atau Puak Pakatan nak sembang pasal Najib 24 jam. 
  • Bila nak bekerja majukan negara?
Asyik dengan cerita-cerita kitar semula sahaja. 
  • Altantunya lah, 
  • Teoh Beng Hock lah, 
  • 1MDB lah, RM2.6bilion, 
  • beg tangan Rosmah, 
  • hutang RM1 trillion yg tak tau kesahihannya lah..
  • dan lain-lain lagi…
Tak kan kita nak sembang pasal Najib memanjang untuk 5 tahun ni. Kalau Najib masuk penjara sekalipun tak kan harga saham boleh naik atau harga barang boleh turun.

Malaysia ni sejak merdeka sampai sekarang hanya pasal Najib saja ka?? Come on lahhhh… letih lesu dah dengar ulang tayang benda yg sama. Walk your talk.

Kalau setakat nak meminjam duit orang, baru nak dikatakan bekerja, aaiihhh payah lah macan ni. Negara perlukan pelaburan jangka panjang bukan hutang jangka panjang…. 

Tak kan sampai nak bankrapkan negara baru nak mula kerja. Kabinet pun tak siap-siap lagi…
Alahaiii kerajaan Pakatan Harapan 
http://pakdin.my/tag/najib-razak


Untuk pembersihan aqidah ku hadiahkan 2 syarahan ini..
Video: Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!! 
Hati-hati pendakalan Aqidah

Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus
Dari Ibnu Hasyim..

8 comments:

bunbinban said...

friends of bn...kahkahkah...bulan depan ada ke duit bayor gaji? Kahkahkah...jgn malu2 mintak kat mahafiraun. Kahkahkah...klau mahafiraun x kasi, mintak je kat tokong kewangan yg korang ratib dri sebelum pru sampai skang nih.kahkahkah..hari nih hadi awang x gi peluk najib ke. Takan bila najib dah x jadi pm, korang sisih dia. X baik mcm tu. Tu bkn ahklak yg islam ajar. Senang sama2 senang, susah pun kena jaga persahabatan. Lgi pun najib blum lagi di dakwa. Aparaaa...presiden korang nih. Gi ziarah. X yah nak pkai baju sedondong pun...kahkahkah. pasal ekonomi skang nih, aku x reti la nak ckp apa sbb aku x reti. Dyn point2 yg pakdin ni bagi, terlalu tinggi darjat dia utk aku nafikan..level paling tidak 200 phd pakdin ni ada. Kahkahkah..zeti, jomo, hasan merican pun, robert kuok pun mau bunuh diri sbb level pakdin terlalu dasat. Kahkahkah. Pakdin patut jadi ceo 1mdb dari dlu lagi. Aku x carut kan kan kan...kahkahkah..

Anonymous said...

Barua2 pakatan dan pemimpin-pemimpin mereka meletakan otak pada lutut mereka maka kita tidak hairanlah mereka mencipta dakwaan karut dahulu. Selepas itu barulah mereka terhegeh-hegeh mencari bukti atau mencipta 'bukti'

Anonymous said...

Yang kau orang pun tak sudah-sudah bangkit hal yang sama, apa hal. Ringgit jatuh lah. Sawit murah lah. Projek sangkut lah...

Ini artikel ke 4 atau ke 5 kot yang sama yang tekqh Ibnuhasyim siarkan.
Itu semua pemimpin kami dah tahu.

Kalau ya pun sabar lah. Tak kan boleh selesai dalam sebulan. Najib buat kerja sampai jahanam ekonomi paling tidak selama 3 tahun.

Sabar itu separuh dari iman.

Anonymous said...

Puak ph dah gelabah nak cari alasan hati kecewa tapi tak mengaku. Sudahlah kamu puak penyokong buta faktar ph ikut perkembangan dlm tv baca paper pun dah boleh tahu tahap pemimpin kamu cuma korek salah org ulang isu lama yang penting pada pemimpin kamu org melayu dihentam agama islam dihentam itu tujuan asal dan dasar kerajaan boneka dap.

Anonymous said...


Barua pakatan 10:34 AM memandang remeh kepada penderitaan rakyat ! Dasar barua makan dedak cap roket !

Anonymous said...

Kerajaan Terengganu pun ambil langkah satu persatu. Tak boleh buat sekali semua untuk berubah.

Sepatut nya dalam 44 hari, Kerajaan Terengganu telah membuat perubahan dasar mengikut Islam.

Itu negeri dan majoriti nya Islam...

Anonymous said...

Kerajaan PAS Terenganu dan Kelantan melaksanakan janji PAS semasa PRU14.

Sebaliknya rejim pakatan berdolak dalih memungkiri semua janji palsu dalam manipestomato pakatan.

Nampaknya pengundi pakatan hanya mampu telan kahak sahaja. Kasihan.

Perbezaan yang sangat jelas.

Anonymous said...

Apakah kerajaan Terengganu janjikan dengan menghalalkan 'bikini'? Kerajaan pusat baru sahaja ditubuhkan sama juga Kerajaan Terengganu jadi sama2 bersabar. Banyak perkara kena selesaikan jadi tak perlu nak bising2. Elok2 Kerajaan pusat nak bagi royaliti langsung nanti kena sekat pula nantu. Jadi hati2 kalau nak hentam tanpa fakta ni. Jangan masa nak teragih2 jumpa orang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails