Tuesday, June 05, 2018

Polimek Dr Zamihan Lwn Dr Mujahid. Akhlak Rasul Bukan Tommy Thomas.



Lafaz Qawiy Amin Dalam al Quran Merujuk Akhlak Rasul & Nabi, Bukan Tommy Thomas – Ustaz Dr Zamihan 

By Wartawan Menara - June 4, 2018 SHARE Facebook Twitter Bangi – 

Artikel Dato Dr Mujahid yang ditularkan sebelum ini, dilihat mempunyai sisi kedangkalan hujah yang ketara dalam beberapa sudut pentafsiran ayat sepertimana yang beliau petik. Demikian teguran yang diberikan Ustaz Dr. Zamihan Mat Zin bagi menjawab kekeliruan yang timbul melalui penulisan tersebut. 

“Lafaz ‘Qawiy Amin’ pada surah al-Qasas ayat 26 itu bukan bermaksud merit dan integriti. Sebaliknya Lafaz ‘Qawiy Amin’ bermaksud.. 

  • iman dan 
  • akhlak/integriti. 
Dua sifat yang begitu sinonim dengan para Nabi dan Rasul AS. 

Menurut Imam Ibn Katsir, ayat ini menjadi dalil bahwa Nabi Musa AS melakukan dua waktu kerja yang paling sempurna dan lengkap. 

Sayyidina Ibn Abbas berkata: “Katakanlah bahawa dia (Musa) menunaikan waktu yang paling lama dan paling baik kerana dia seorang Utusan Allah. Jika dia berkata dia pasti melakukannya.” 

Berdasarkan keterangan di atas maka jelaslah bahawa ayat ini diturunkan merujuk kepada Nabi Musa AS yang dikenali sebagai Qawiy Amin. Ia sesuai dengan keimanan, kekuatan, kemahiran bekerja dan akhlak Nabi Musa AS sebagai utusan Allah SWT. Jadi, pemahaman dan pentafsiran ayat 26 ini sewajarnya dirangkumkan dari ayat 25-28 surah al-Qasas. 

Bukannya dengan cara memetik lafaz al-Quran al-Karim dan diolah secara hermenautika sahaja.”

Manakala Tommy Thomas jelas bukanlah seorang Nabi/Rasul. Beliau tidak layak disandarkan lafaz al-Qawiy al-Amin sama sekali. Realitinya beliau adalah seorang peguam bukan Islam dan akhlak kepeguamannya dicurigai memandangkan beliau bekas peguam pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng dan peguambela bagi kes rasuah Lim Guan Eng. 

Bagaimana dengan integriti beliau jika beliau dilantik sebagai Peguam Negara? Adakah beliau akan mengungguli urusan negara berbanding kepentingan politik kepartian pemerintah?” 

Seterusnya menurut Ustaz Dr. Zamihan, Ayat 8 surah al-Maidah yang diperdalilkan Dato Dr Mujahid bagi menjustifikasikan pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara jelas tersasar dari landasan tafsiran yang sebenar. Ini kerana menurutnya, ayat berkenaan diturunkan berkaitan dengan isu kesaksian dalam Islam. 

Ayat itu bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” “

Menurut Ibn Katsir ayat ini diturunkan berkenaan diri Utsman bin Talhah bin Abu Talhah ketika peristiwa Fathul Makkah. Ayah Utsman ialah Abdullah bin Abdul Uzza merupakan pemegang kunci Kaabah. Nabi SAW pernah meminta kunci Kaabah darinya dan kembali menyerahkan kpd Utsman. Saidina Abbas RA, berdiri dan membantah agar kunci itu diberi kepada Ali bin Abi Talib. 

Namun Kejadian ini berulang sampai tiga kali. Akhirnya Rasulullah SAW mengarahkan agar kunci diberikan kepadanya. Lalu Baginda SAW mengambil kunci tersebut dan memasuki Kaabah. Setelah keluar dari dan Baginda melakukan tawaf 1-2 kali putaran maka Jibril AS datang menyampaikan ayat ini.”

Maksudnya ialah jadilah kamu sebagai penegak kebenaran kerana Allah SWT bukan kerana manusia. Dan jadilah kamu sebagai saksi yang adil. Tegakkanlah kebenaran terhadap orang lain meskipun kamu membencinya. Caranya dengan menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar demi keredhaan Allah SWT. Lalu Nabi SAW pun menyerahkan kunci Kaabah kepada Utsman sekalipun Utsman masih belum beriman kepada Allah dan RasulNya.” 

Menurut Dr Zamihan lagi, ada satu lagi sebab turun ayat ini. Iaitu berkaitan dengan Yahudi Bani Nadhir yang merancang untuk membunuh Nabi SAW dengan helah tipu daya. Namun Allah SWT menyelamatkan Baginda dengan menurunkan wahyu kepada Baginda saw. Lalu Nabi SAW memerintahkan para sahabat mengepung kaum Yahudi berkenaan selama 6 mlm. 

Akhirnya kaum Yahudi itu memohon kepada Nabi saw agar mereka diusir keluar dengan membawa harta benda dan tidak dibunuh. Maka Nabi saw pun membenarkan mereka keluar dari perkampungan mereka walaupun ada usul dari kalangan sahabat supaya membunuh mereka kerana merancang pengkhianatan utk membunuh Baginda SAW. 

“Sesetengah ulama berkata ayat ini diturunkan berkaitan perjanjian Hudaibiyah. Walaubagaimanapun apa yang paling jelas ialah maksud ayat ini amat berbeza dengan apa yang diutarakan oleh Dr. Mujahid Rawa. Jika ayat ini membicarakan tntg Hakim/Kesaksian yang adil maka elemen ini jelas amat dititikberatkan dlm sistem kehakiman Islam.

Jadi, bagaimana keadaannya jika calon peguam negara terdiri dari kalangan orang bukan Islam? Apakah beliau boleh menjamin undang-undang Islam dan hak keadilan dalam Islam seperti tuntutan ayat ini? Apakah TT memiliki ciri hamba Allah yang bertaqwa? 

Perintah berlaku adil dalam ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman bukannya ditujukan kepada orang kafir ke atas orang yang beriman. Maka mengertilah wahai Ahli Parlimen muslim. Kemungkinan juga inilah faktor yang dikhuatirkan YDPA sebenarnya. 

“ Dalam pada itu, Dr Zamihan mempertikaikan dakwaan Dato Dr Mujahid berkenaan Order baru datang untuk membina semua segala kerosakan? Realitinya rakyat mendapati ‘Order Baru’ yang dipraktik lebih banyak mendatangkan kemudharatan berbanding manfaat kepada rakyat. 

“Walaupun Peguam Negara dikatakan digantung tugas, kita melihat pesalah kesalahan liwat boleh diampuni manusia? Sedangkan ia hukum Allah SWT yang lebih berat dari perbuatan zina. Pesalah yang dijel 18 bulan diampunkan dengan tuntutan berkelakuan baik? Ribuan penjawat awam hilang kerja! Org yang disabitkan kes rasuah dilantik sbg Menteri Duit! 

Pencalonan Tommy Thomas ditolak oleh YDPA tetapi sesetengah pemimpin PH masih ‘gedebe’ dan berkeras dengan cadangan mereka dengan membelakangi YDPA. Sebahagian besar Janji pilihanraya masih belum dikota. Asyik beri pelbagai alasan kepada rakyat marhaen. Ingatlah bahawa Allah SWT tidak akan sesekali memberi petunjuk kpd kaum yg zalim! 

Pesan Dr Zamihan lagi, “Jika Dato Dr Mujahid tiada sebarang masalah pada merit dan integriti calon peguam negara maka serahkanlah urusan pelantikan ini kepada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Tuan sebagai Ahli Parlimen jangan pula sesekali cuba memanipulasikan ayat al-Quran al-Karim dengan kefahaman politik yang dangkal dan sempit. 

Sedarlah bahawa pelantikan peguam negara bukanlah dilihat dari aspek kaum semata-mata. Tetapi ia hendaklah dilihat kepada konsep ilmu, kepakaran dan konsep keadilan menurut Islam.” 


Read more at: https://www.menara.my/lafaz-qawiy-amin-dalam-al-quran-merujuk-akhlak-rasul-nabi-bukan-tommy-thomas-ustaz-dr-zamihan/

No comments:

Post a Comment