Saturday, June 16, 2018

'Program Madinah Ramadan' Diadakan Tiap Daerah Tiap Tahun..




KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu berhasrat menjadikan program Madinah Ramadan sebagai ikon baharu negeri yang akan dilaksanakan di setiap daerah mulai tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, tujuan program Madinah Ramadan itu diadakan bagi memberi kemudahan kepada rakyat umumnya.
Ini kerana, katanya dalam negeri ini masih terdapat ramai di kalangan yang miskin diberi peluang berbuka puasa secara percuma.
“Kita meletakkan satu cita-cita yang tinggi bagi menjayakan Madinah Ramadan ini, dengan kerjasama semua pihak, bulan Ramadan tahun depan kita akan adakan Madinah Ramadan di setiap daerah, insya Allah.
“Ini kerana, kita mahu memberi satu kemudahan kepada rakyat kita yang miskin, susah atau dalam kesibukan mereka boleh datang berbuka dengan percuma.
“Mereka boleh terus beribadah, berehat dan mendengar tazkirah. Mereka boleh menunaikan solat terawih dan balik dalam keadaan selesa untuk terus menunaikan ibadah-ibadah lain sepertimana biasa,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Madinah Ramadan Peringkat Negeri Terengganu menggantikan Menteri Besar Terengganu di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, kelmarin.
Hasil carian imej untuk 'Program Madinah Ramadan Trengganu
Imej yang berkaitan
Tapak Madinah Ramadan di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu sedang disiapkan.
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk 'Program Madinah Ramadan Trengganu
Hasil carian imej untuk 'Program Madinah Ramadan Trengganu
Ustaz Mohd Nor menjelaskan kerajaan  mahu membina masyarakat dengan dua aspek penting iaitu iman dan taqwa.
Justeru, katanya penekanan itu diberikan bagi menjayakan hasrat menjadikan Terengganu sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera.
“Kita mahu bina masyarakat kita dengan aspek penting. Pertama, iman dan kedua taqwa.
“Kita mohon Allah Ta’ala kurniakan keberkatan dalam hidup kita. Walaupun Allah memberi khazanah yang banyak kepada negeri ini. Tetapi, jika tidak ada berkat, kekayaan akan hilang dengan mudah.
“Tetapi, jika kekayaan yang Tuhan bagi ini kita laksanakan, kita gunakan, kita uruskan dengan agama Allah. Kita akan mendapat berkat dan kita akan dapat apa yang kita impikan. Terengganu akan menjadi sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera,” tegasnya.
Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong dan ramai lagi.
Sebelum itu, tazkirah Ramadan disempurnakan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam sesi soal jawab agama dengan kehadiran orang ramai yang memberangsangkan. - HARAKAHDAILY 14/6/2018


Lihat ini..
Video: Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!! 
Hati-hati pendakalan Aqidah

Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus

4 comments:

Anonymous said...

Ini lah masalah nya..

Macamana tak jadi macam Vietnam, Batam....

Berlagak sangat dengan Islam nya...

Anonymous said...

Tangkis Spesis Jahat 3:

Kata June 16, 2018 at 9:07 AM
'Berlagak sangat dengan Islam nya...'

Kamu tak bangga dengan Islam? Barangkali kamu bukan Islam atau kafir sebelum kafir.
Belum lewat masih boleh bertaubat.

Anonymous said...


Barua bangsat 9:07 AM ternakan pakatan ini adalah musuh Islam yang menyamar sebagai orang Melayu untuk menghina Islam dan perjuangan Islam.

Puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi rasis akan menentang apa sahaja program yang berlabel Islam kerana musuh-musuh Islam ini amat bencikan Islam dan umat Islam.

Anonymous said...

Ye betol..kita nk liberal..madinah pl..serambi mekah dh jd serabut mekah..buat busuk nama bandar orang je..dicadangkan guna MARANG RAMADHAN..kn molek gitu..negara wahabi ko ikot..ikot kelantan tu.islam terbaik.islam no1 didunia..ramai ahli kelab PEKUGA kt sana..dh isi borang ahli kelab pemegang kunci syurga(PEKUGA) klu blum isi,jgn sibuk ckp islam..kami membantah hak eksklusif kelab

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails