Tuesday, June 12, 2018

Projek Mega Mahathir Yang Gagal, ‘Bail-Out’ Oleh Kerajaan

Hasil carian imej untuk dr m

RAMAI tidak tahu semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-4, banyak projek-projek mega yang dilancarkan telah bankrap kemudian bail-Out oleh kerajaan.

Musibat yang menimpa negara ini terdiri daripada projek pengangkutan awam utama Lembah Klang yang diperkenalkan Tun Mahathir.
Kesemua projek ini mempunyai landasan yang berbeza, kereta api berbeza, sistem tiket berlainan dan integrasi yang minimum antara stesen.
Prasarana milik Kerajaan kemudiannya terpaksa membelanjakan lebih banyak wang untuk mengintegrasikan dan menyeragamkan kesemua stesen laluan berlainan.
Projek-projek Mahathir yang bermasalah adalah:

1. LRT Putra-Kelana Jaya

Dengan 25 stesen sejauh 29 kilometer, LRT Putra-Kelana Jaya yang dibina telah diswastakan kepada United Engineers Malaysia (UEM) milik Halim Saad, mula beroperasi 1998.
Projek ini telah bankrap dan bail-out, diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan pada tahun 2002 dengan nilai RM5.3 bilion.

2. LRT2 (Star-Ampang)

Projek Mahathir ini telah diswastakan kepada KL transit Group Assest (30 peratus) dan mula beroperasi 1996.
LRT2 telah jatuh bankrap dan bail-out oleh kerajaan pada tahun 2002, diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan dengan nilai RM3.3 bilion.

3. KL Monorail

Projek Monorel yang diswastakan kepada KL Infra Group milik Vincent Tan telah diluluskan pada mesyuarat kabinet Jun 1989. Kos yang dianggarkan sebanyak RM 143 juta ternyata jauh tersasar apabila menelan belanja sebanyak RM1.18 bilion setelah projek tersebut siap dibina dan beroperasi pada tahun 2003.
Projek ini jatuh bankrap disebabkan syarikat tersebut banyak menanggung kerugian akibat susut nilai dan kos pembayaran faedah. Pada 30 April 2004, KL Infra mencatat kerugian bersih RM46.24 juta daripada hasil jualan RM15.08 juta.
KL Monorail telah diselamatkan dan diambil alih oleh Prasarana milik Kerajaan pada tahun 2007 dengan nilai RM882 juta.

4. Bas Intrakota

Intrakota telah mula beroperasi pada tahun 1998 dan diswastakan kepada DRB-Hicom.
Projek ini bankrap dan bail-out dilaksanakan oleh kerajaan pada 2003 dengan diselamatkan oleh Prasarana dengan nilai RM177 juta.

5. Skandal Perwaja Steel

Perwaja Steel bermula pada tahun 1982 sebagai usaha sama antara Perbadanan Heavy Industries milik kerajaan dan syarikat Jepun Nippon Steel Corporation namun syarikat Jepun telah menarik diri disebabkan hutang yang banyak.
Merujuk Malaysia Today, Mahathir sendiri mengakui secara terbuka pada tahun 2002 bahawa Perwaja kehilangan RM10 bilion semasa dialog dengan rakyat Malaysia di London dan mengakui terdapat kemungkinan penyelewengan dana serta salah urus di Perwaja.
Jumlah kerugian telah meningkat kepada RM2.49 bilion daripada RM1 bilion apabila Eric Chia mengambil alih dan Perwaja telah dilumpuhkan oleh hutang tambahan berjumlah RM5.7 bilion.
Projek ini telah diambil semula oleh kerajaan semasa zaman Tun Dato’ Sri Abdullah Badawi untuk diselamatkan.

6. Skandal Bank Bumi

Lapor Asia Correspondent, skandal Bank Bumi semasa zaman Tun Mahathir berkait kehilangan berbilion-bilon duit yang dibenlanjakan. Apabila ditanya, Tun Mahathir cuba mengelak isu tersebut dengan mudah mengatakan dirinya tidak terlibat dengan skandal Bank Bumi.
“Saya tidak mencuri duit. Wang itu hilang dan ia adalah wang bank,” kata Dr. Mahathir kepada akhbar tempatan pada Mei 2015.
Mungkin Tun Mahathir sudah lupa kegagalan yang dihadapinya dahulu sehingga banyak projek-projek mega telah bankrap dan terpaksa diambil oleh kerajaan untuk diselamatkan dan diteruskan demi kepentingan rakyat.
Sehingga kini, projek-projek UMNO telah dibatalkan dengan menggantikan projek baru oleh Tun Mahathir sendiri.
Namun, adakah projek baru ini releven dan benar-benar perlu dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan negara? – MYNEWSHUB.CC
*Video sekadar hiasan…

5 comments:

  1. kroni dia kaya rakyat merana
    apanama

    ReplyDelete
  2. Apa pulak ramai tidak tahu.. Tahu tapi setelah beberapa tahun dia bersara dan tetap bersama UMNO, isu ini baru hari ini di bangkitkan.

    Kalau betul, lepas bersara terus siasat. Najib terus di siasat selepas tidak lagi jadi PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr m akan disiasat bila ph kalah dan perti lain mmerintah mahadey pilih pmimpin yg tdk akan ambil tindakan pd beliau sbg penganti, kes2 yg lama akan sukar dibongkar bila dh terlalu lama, sbb tu dia berani segala bukti kslahan lampau dah dilupuskan

      Delete
  3. Dia buat semua ok. Lain PM buat semua dia kata PENCURI....

    Gua caya lu BAPAK PENYAMUN......! !

    ReplyDelete
  4. Ibnu Hasyim, projek apa yg hang buat BERJAYA selain projek buat anak? Hiasilah hidup anda dengan mengumpat....

    ReplyDelete