Thursday, June 28, 2018

RM25 Denda Kerana Tarian Tidak Senonoh Depan Masjid. Wajarkah?


Wan Han (left) and Zhang Na.

KOTA KINABALU: Majistret Cindy Mc Juce Balitus, telah menjatuhkan hukuman denda RM 25 setiap seorang kepada dua orang pelancong dari China yang terlibat di dalam kontroversi tarian dan berkelakuan sumbang di atas tembok sebuah masjid di sini.

Demikian menurut laporan sebuah akhbar online.

Wan Han, 37, dan Zhang Na, 25, dari Republik China mengaku bersalah terhadap perbuatan berkelakuan kurang sopan di khalayak ramai. Kedua-duanya di denda RM 25 setiap seorang atau berhadapan dengan hukuman penjara 7 hari jika gagal menjelaskan denda tersebut. 

Pegawai Pendakwa, Albert Basiri memohon supaya kedua mereka dikenakan tindakan yang lebih sesuai supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain agar tidak mengulangi kelakuan yang sama. Kedua-dua mereka tidak diwakili oleh mana-mana pihak dan menggesa agar hukuman diringankan oleh sebab mereka tidak tahu tindakan mereka itu merupakan satu bentuk kesalahan. 

Wan Han dan Zhang Na dilaporkan menjelaskan denda RM 25 tersebut dan kemudian diiring ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang ke China. Tindakan kedua mereka berkelakuan sumbang di atas tembok sebuah masjid di kota ini sebelum ini, menjadi tular dan mendapat kecaman pelbagai pihak kerana menghina tempat ibadah dan lambang kesucian Islam. 

Pelbagai pihak tampil menggesa supaya tindakan tegas dan wajar diambil supaya perkara seumpama ini tidak berulang.
(akhbar online.)

Wajarkah?

Video: tarian Tidak Senonoh Depan Masjid

  1. Lawatan ke masjid dihentikan, dua pelancong bertindak tidak senonoh

    • 3 days ago
    • 5,609 views
    KOTA KINABALU 24 Jun - Pihak pengurusan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu menghentikan serta-merta lawatan pelancong ...
    • NEW

2 comments:

  1. yg ni mmg x setuju lansung. takat rm25, baik x yah la. Kena buat sesuatu. Jabatan Agama Islam dan badan2 berkaitan termasuk bakal menteri agama perlu lihat semula hukuman denda yg terlalu rendah ni.

    ReplyDelete

  2. Denda RM25 ? Bukankah ini satu cara puak kafir menghina Islam dan umat Islam?

    ReplyDelete