Friday, June 15, 2018
Rumah Terbuka PM Bongkar PH ‘Auta’ Hutang Negara
BAZIR… Ketika rakyat marhaen diseru agar berjimat cermat dan bantulah negara dengan derma kepada Tabung Harapan Malaysia, lain pula halnya dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri.
Perdana Menteri dengan usia paling tua di dunia itu selamba sahaja menganjurkan majlis rumah terbukanya di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya pada 1 Syawal ini yang tentunya memakan kos besar melibatkan ‘duit rakyat’.
Ironi, ketika Unit Komunikasi Jabatan Perdana Menteri memaklumkan mengenai perkara itu pada 11 Jun lalu, tarikh yang sama menyaksikan Istana Negara mengumumkan pembatalan rumah terbuka Yang di-Pertuan Agong.
Malah Seri Paduka Baginda dilaporkan bertindak demikian kerana prihatin dengan kedudukan kewangan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) konon terpaksa menanggung hutang RM1 trilion diwarisi daripada pentadbiran lama.
Bagi yang tidak faham maksud tersirat, sebenarnya ia ayat sindiran secara beradab pihak Istana Negara terhadap Mahathir dengan beri alasan kos rumah terbuka itu sewajarnya diguna untuk bantu golongan lebih memerlukan.
Malangnya, Pengerusi PH itu bukan sahaja tidak menjunjung kasih sikap keprihatinan Sultan Muhammad V yang sanggup korban majlis tahunan tersebut, bahkan tiada inisiatif untuk batal rumah terbuka anjuran beliau sendiri.
Ini mencetuskan persoalan cepumas apakah si Mahathir itu lebih hebat darjatnya daripada Yang di-Pertuan Agong sehingga mengutamakan rumah terbuka di kediaman rasmi perdana menteri itu berbanding nasib rakyat miskin.
Untuk rekod, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah membatalkan majlis rumah terbuka di Seri Perdana pada 2014 sebagai tanda sedih kerajaan demi menghormati waris tragedi pesawat MH370 dan MH17.
Bukan itu, sahaja mantan presiden UMNO ketujuh itu pernah mengarahkan seluruh negara berkabung dengan batal sambutan Tahun Baharu 2015 susulan banjir besar dan insiden pesawat AirAsia terhempas di perairan Indonesia.
Begitulah tanda kepedulian Najib lebih mendahulukan rakyat meskipun ketika itu kedudukan ekonomi negara amat baik dengan kadar hutang relatif stabil sekitar 50 peratus daripada hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Hakikatnya, penganjuran rumah terbuka oleh Mahathir pada 1 Syawal ini bukan sahaja biadab kerana diadakan dari jam 10 pagi hingga 4 petang tanpa rehat untuk solat fardu Jumaat, malah membuktikan hutang negara masih baik.
Jika betul Malaysia ketika ini ambang muflis seperti mana pernah menimpa Greece dan Venezuela, mana mungkin kerajaan sanggup berbelanja besar untuk jamu 50,000 pengunjung ke majlis khas sempena Hari Raya Puasa itu.
Bayangkanlah sekiranya kos makan untuk setiap pengunjung ialah RM10, ini bermakna bajet RM500,000 terpaksa dibazirkan kerajaan walhal jumlah itu boleh digunakan untuk bantu golongan daif tegar di bandar atau pedalaman.
Bagaimanapun, realitinya majlis rumah terbuka perdana menteri menyerlahkan kerajaan PH sebenarnya berjaya memanipulasi jumlah hutang negara sebagai usaha menakutkan rakyat dan benci kepada Barisan Nasional (BN).
Ini kerana bajet program tersebut yang melibatkan elaun keraian Mahathir sendiri jelas menunjukkan kerajaan PH sebetulnya masih lagi berkemampuan berbelanja mewah ketika Seri Paduka Baginda pula tidak menganjurkannya.
Lainlah jika rumah terbuka di Seri Perdana itu sekadar menyajikan menu air kosong dan nasi lemak biasa kepada rakyat demi membuktikan pentadbiran PH berjimat-cermat dan tiada lagi duit simpanan! – Mynewshub.cc/HAA
* Video bawah sekadar sindiran…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
PAS perlu jawab terperinci ke mana wang kutipan zakat fitrah yang dikutip diagihkan!
Jika sebelum ini, tercetus pendedahan PAS Kedah dan bahagian utara telah memungut zakat fitrah bagi pihak parti itu, di mana resitnya tercetak logo parti PAS.
Ianya menyalahi undang-undang di negeri Kedah kerana yang layak hanyalah pihak yang diberi kuasa oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah yang mana dianaungi oleh baginda Sultan Kedah.
http://penburukonline.blogspot.com/2018/06/post-titlesejak-bila-pulak-pas-pandai.html
Jadi parti politik PAS wajib;
1. memohon maaf kepada DYMM SUltan Kedah kerana telah 'melanggar' undang-undang negeri Kedah.
2. Mengistihar berapa jumlah kutipan tahun 2018.
3. Memulangkan kesemua kutipan kepada Lembaga Zakat Kedah atau baki yang masih ada dalam simpanan PAS. Ni duit zakat ye. bukan duit sumbangan markas PAS.
4. Melaporkan secara terperinci ke mana duit zakat yang dikutip itu telah diagihkan. Jangan masuk dalam tabung parti ok. PAS tak perlu tabung kan. hahahahahahaha. Kalau tak declare, kami boleh tuduh kamu ambil duit zakat fitrah orang ramai untuk kegunaan tertentu. Jangan kecam penulis. PAS sendiri yang mengundang fitnah.
5. Melapor secara lengkap, hasil dan ke mana sumbangan zakat fitrah atas resit bercetak logo PAS dari tahun 2000 hingga 2018. Lama dah kan buat kerja ni. Kalau ikut laporan media seperti berikut;
Dr Mohd Hayati yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Pendang berkata, pendekatan membayar zakat fitrah melalui parti sudah lama dipraktikkan dan menjadi amalan sejak sekian lama.
“Seingat saya, perkara ini dibuat sejak Ustaz Azahari Abdul Razak (1987-1991) menjadi Pesuruhjaya Pas Kedah, ketika itu tiada masalah. Fatwa turut dikeluarkan
6. PAS pusat wajib mengarahkan semua kawasan dan negeri menghentikan kutipan tak bertauliah ni. Jadi parti politik yang sejahtera ok. Jangan jadi amil yang tak bertauliah pulak.
Cuma masih hairan, mana PAS dapat duit banyak untuk taja calon PRU 14? dengar cerita hampir puluhan juta seluruh negara.
PAS yang miskin pun buat open house.
Pemimpin PH buat potongan gaji lah dan kalau di ambil kira, lain lah kalau tak buat potong gaji atau joli katak macam BN. Itu pun BN UMNO buat jugak Open house.
Kalau tak boleh buat open house tak boleh lah jugak bagi bonus pada Pegawai kerajaan dan bantuan rakyat.
Apa lah akai kat lutut ka?
Mungkin juga ada syarikat yang bayar zakat pada parti PAS.
Jika PAS perintah denda RM 100,000 sebahagian PAS punya.
3 komen di atas komen orang gila.
Barua-barua ternakan pakatan meletakkan otak mereka pada lutut menyebabkan mereka menjadi buta, pekak dan dungu terhadap isu yang sedang dibicarakan iaitu "Rumah Terbuka PM Bongkar PH ‘Auta’ Hutang Negara" !
Lihatlah komen-komen bodoh mereka ... semuanya diluar topik artikel. Mereka adalah kepala bapak hipokrit yang enggan menerima kenyataan.
Selama ini pemimpin-pemimpin rejim pakatan buat heboh seluruh negara konon hutang kerajaan telah mencapai RM1 trillion maka semua janji pakatan tidak dapat dilaksanakan sedangkan hutang sebenar kerajaan ialah RM687 billion sahaja. Inilah kerja rejim pakatan, mencipta pelbagai alasan bodoh untuk 'kencing' rakyat.
Akibat dari kebodohan rejim pakatan ini, pelabur-pelabur asing telah mengeluarkan pelaburan mereka sebanyak RM7 bilion dari negara kita dalam tempoh Baru 28 hari rejim pakatan mentadbir Putrajaya dan ekonomi negara kita merundum.
pakatan jangan cepat lupa daratan
berhati hati ngan bisikan syaitonnnn
nanti pru rakayt humban
rakyat dah berani humban mana mana kerajaang
ynag curang
undi rakayt undi keramat
1 hari saja rakyat boleh tumbangkan kerajaan melalui peti
syabas rakayt yang berani
Dengar sini baik-baik...
HANYA PELABUR YANG BODOH SAHAJA YANG TAK TAHU HUTANG NEGARA BANYAK MANA.
Yang cabut ini semua sebab buat bisness kong kali kong dengan pemimpin UMNO sebagai contoh syarikat pembekal ubat-ubatan.
Saya akan tetap bersabar dengan saudara.
Betul tu. Lps pakatan kalah, pas pulak naik. Jd pm. Lepas tu buat undang2 islam. 5 tahun lepas tu pas kalah. Dtg pulak parti lain perintah. Dorg batalkan balik undang2 islam yg dibuat. Sebab sistem parlimen membnarkan. Parlimen ialah pertandingn parti kan.
Inilah yg akan berlaku jika islam dipertaruhkan melalui undi yg tak membezakan sorg ustaz dan tokey judi.
bahalol tul pnhikut pak lebai PAS...
dh byk sgt makan butir taik dgn skawah daging scebis babi. hehehehehe
Babi tu makanan org cina. Tp cina yg lebai x mkn babi. Tp ada org Islam yg berpakat dgn cina yg makan babi mcm dlm komponen .....
Setuju dgn article. Tapi tak setuju perbandingan najib cancel sambutan tahun baru untuk menunjukkan sikap 'kepedulian' najib. Its not an aple to aple comparison. Najib cancel due to banjir besar bukan sebab nak berjimat. Ini article umno tuan ibnu. Mohon lebih perihatin. Damage pembaziran, rasuah dan salahguna kuasa yg dibuat mereka jauh lebih teruk. Salam Aidilfitri
Pas muka x malu. Mengendeng minta ehsan
/ Peruntukan kjaan pusat PH. Jgn bg 1 sen pun pd kjaan pas sb pas mmg munafiq & x tahu erti kawan.
Nampaknya barua-barua ternakan pakatan adalah barua-barua bodoh berganda-ganda seperti barua 7:57 AM yang tidak memahami konsep Federalisme iaitu kerajaan persekutuan wajib memberikan peruntukan kepada semua negeri dalam Malaysia termasuklah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dll.
Maka kita tidak merasa hairan melihat barua-barua ini menulis komen-komen sampah yang tidak mempunyai sebarang nilai akademik. Semakin banyak barua dedak pakatan menulis, semakin bodoh barua pakatan kelihatan.
Haah betul tapi negeri pas nilah penyumbang minyak kpd 'kerajaan pusat'. Klu minyak tu tak di ngendeng, trengganu lebih kaya drpd brunei. Jadi sapa yang ngendeng sapa
Ibnu Hasyim engkau tu orang pembangkang dan tak layak makan di rumah Dr Mahatir,engkau layak makan dirumah Najib.kah...kah....kah.....
Post a Comment