KUALA LUMPUR – Polis telah menahan peguam kontroversi, Siti Kasim selepas didakwa dituduh menyembunyikan seorang gadis dan menganggu tugas penjawat awam.
Siti kini ditahan di balai polis Kajang.
Gadis yang berusia 20-an itu dibawa ke balai polis selepas pihak berkuasa itu menerima aduan yang dibuat oleh ibu remaja tersebut.
Malah, dalam laporan itu ibu gadis tersebut turut yang mempersoalkan akidah anaknya.
Melalui rakaman di Facebook menunjukkan Siti yang berada di balai polis mahukan gadis yang dipanggil ‘Anis’ itu dibebaskan selepas didera oleh ibunya sendiri.
Peguam itu mendakwa beliau hanya mahu menyelamatkan gadis itu.
Dalam rakaman itu juga terdengar suara gadis berkenaan yang menafikan dia diculik oleh Siti.
Gadis tersebut dikatakan dibawa keluar dari kediaman Siti oleh polis dan Jabatan Agama Islam Selangor. – MalaysiaGazette
Macam tuan hasyim berlepas tangan .. tanpa sebarang komen.
ReplyDeletebab siti kassim nih, aku setuju dia di tahan. Definasi abuse yg di gunakan oleh siti kassim mungkin dari kefahaman dia yg berkiblatkan sister in islamn punya kefahaman tentang islam. Dan dari perspektif emak budak anis ni, dia ingin mendidik anaknya dgn nilai2 dan hukum2 islam yg murni. Tapi oleh kerana kefahaman siti kassim yg menganuti 'islam' cara sister in islam, merasakan cara mak budak anis ni salah kerana menafikan hak2 budak anis ni dari kacamata sister in islam. Aku berpendapat begini sbb agak muskil kenapa siti kassim ni yg jadi pilihan budak anis utk berlindung melainkan kefahaman budak anis tentang islam selari dgn sister in islam. Pendapat aku la.
ReplyDeleteCara hidup dan sikap dan mentaliti betina liberal adalah seperti orang kafir maka kita amat meragui status betina liberal tersebut. Selama ini pun betina gatal telah memebela kemungkaran dan kesesatan dan menghina ajaran Islam, cuba menyesatkan umat Islam dengan pelbagai ajaran sesat lagi menyesatkan dan menafikan hak umat Islam di negara ini.
ReplyDeleteAdakah si betina liberal tersebut sedang berusaha memurtad seorang gadis yang naif?
Siti Kassim ni pun ulamak liberal versi wanita. Banyak fatwa drpdnya yg selalu menyanggah apa yg diwartakan oleh majlis fatwa, JAKIM atau para ustaz dan muaalim. Dan dapat sokongan yg menggalakkan dari puak liberalis, gay dan lesbian serta yg pastinya golongan kafirun. Asas fatwanya sangat mudah iaitu hak kebebasan individu, tidak terikat dengan syariah, Quran dan hadith Nabi saw.
ReplyDeleteKalau bab guaman, Siti Kassim seorng yg hebat, tp itu pun picisan dari keseluruhan ilmu yg banyak cabang. Salah satu cabang ialah agama yg ilmu ini sangat berkait rapat dgn kepatuhan kpd Allah swt. Kepatuhan Siti Kassim kpd Allah swt. sangat diragui krn penampilannya. Sbb hadith Nabi saw menyebut ttg status hati menghasilkan penampilan, dan penampilan itu menerangkan status hati. Jadi sudah tentu golongan agamawan sangat peka ttg isu hati dan penampilan diri. Yg bersetuju dgn Siti Kassim tentu yg sewaktu dan yg serasi dgnnya.
ReplyDeleteSemua pendapat di atas baik dan berilmu. Cuma aku nak tambah sedikit, kerajaan PH perlu tangani segera, supaya jangan dianggap pelindung dan bekerjasama dengan ajaran 'liberal' yang sesat itu.
ReplyDeleteMacamana nak menghadapi masalah ini supaya dapat di selesaikan mengikut Islam ?
ReplyDeleteMacamana remaja itu boleh mendapatkan bantuan dari Siti ?
Perkara seperti ini telah berlaku sedikit demi sedikit dan di biarkan begitu sahaja se olah-olah telah dapat di tangani. Tapi sebenar nya ianya tidak di selesaikan.
Isu Ayah Pin, anti-hadis yang tidak ada kesudahannya sehingga tergantung, isu murtad, sentuh anjing, wahabi dengan sunnah waljamaah dan dalam berpolitik pula kejap boleh bersama dan kejap tak boleh.. Ini semua menyumbang kepada kekeliruan dan menjadi pembuka kepala otak memikir apa sebenarnya erti semua ini.
Siti mempunyai karektor yang di sukai oleh remaja tersebut. Pastinya dia telah mengikuti kisah Siti. Kebetulan remaja tersebut ingin mendapat jawapan tentang Islam yang dia anggap sangat menyulitkan kehidupannya dia.
Tiba lah masa masyarakat Islam mempunyai satu icon wanita yang berdakwah dengan cara pendekatan mudah di dekati dan sedikit sempoi.
Kebanyakan pendakwah wanita kita terlalu menjadi adab dan kurang berlawak sebagai cara untuk menunjukkan dia mudah di ajak berkawan. Pendakwah wanita perlu lebih terbuka tetapi tetap menjaga adab.
Siti se orang perempuan yang mahu di beri hak seperti kaum lelaki. Jangan kan pak Imam, dengan mufti pun dia tak peduli. Setakat berkasar dengan Polis tu tak hairan lah.
Oleh itu selain dari ada nya seorang pendakwah wanita yang lebih terbuka, setiap lelaki Islam mestilah menghormati kaum perempuan dan ibu-ibu. Jangan jadi kan mereka kuli dan jangan suka membuli isteri.
Setiap perempuan berhak di hormati dan di sanjung. Tetapi ini tidak berlaku kerana kebanyakan pemimpin Lelaki Islam gagal menunjukkan sifat gentleman pada semua wanita. Kalau ada yang tak setuju dengan Pemimpin Islam tersebut terutama wanita habis di sergah dan di herdik.
Mengapa tidak ada satu kumpulan yang dapat menandingi Sisters in Islam. Padahal apabila ada mana-mana parti politik tubuhkan NGO, Parti Politik satu lagi akan tubuh NGO nya sendiri menyerupai NGO tersebut.
Wallahualam.
ada je kumpulan yg boleh berdepan dgn golongan seperti siti kassim nih tapi masing2 sibuk berpolitik. Dlm hal nih sepatutnya umat islam yg berpengaruh dan tinggi ilmunya, duduk semeja, ketepikan pegangan politik masing2, berbincang utk tangani gejala seperti ini tapi gunakan pendekatan berhemah bkn caci maki, melabel. Babitkan golongan wanita dlm menghadapi golongan mcm sister in islam. Kitakan byk pakar motivasi wanita yg berpegaruh dan islamik. Mungkin mereka2 ni lebeh sesuai dan layak utk bersemuka dgn golongan tersebut lebeh2 lgi yg melibatkan hak2 wanita dan kesamarataan dlm islam. Walahualam
ReplyDelete
ReplyDeleteSebenarnya terdapat sebilangan ulama Islam, mufti dan pemimpin-pemimpin parti Islam PAS, NGO Islam dan NGO Melayu Islam memberi perhatian kepada kesesatan dan kemungkaran yang dilakukan oleh puak liberal dan telah dan sedang menyeru puak-puak liberal seperti Sisters In Sins (SIS) kembali kepada ajaran Islam mengajak mereka supaya beriman kepada Allah SWT dan mengikut syariat-Nya tetapi usaha-usaha murni ini tidak didedahkan kepada masyarakt oleh media massa yang pro-liberal dll.
NGO Islam dan NGO Melayu Islam telah mengadakan pelbagai seminar dan ceramah untuk mendedahkan kesesatan puak liberal. Bahkan pendakwah terkenal seperti Dr Zakir Naik telah mencabar puak liberal ini berbahas dengannya selepas puak liberal menghina dan menfitnah beliau tetapi malangnya puak liberal ini adalah pengecut yang tidak tahu malu !
Masalah yang dihadapi oleh pendakwah Islam ialah puak liberal adalah puak fanatik yang berpegang teguh pada ajaran liberal yang amat mementingkan hak kebebasan individu untuk melakukan kemungkaran dan kesesatan. Puak liberal lebih suka menggunakan akal jahil murakkab dan logik yang tidak logik untuk mentafsir Al-Qur'an dan menolak Sunnah Rasulullah s.a.w. semata-mata untuk menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Maka kita tidak terkejut melihat cara hidup, sikap dan mentaliti mereka adalah seperti orang kafir. Mereka merasa bangga melakukan kemungkaran dan kesesatan tanpa merasa malu atau segan. Bahkan mereka membela kemungkaran dan kesesatan mereka dan memandang remeh terhadap ajaran Islam.
Di negara kita, media massa pro-liberal lebih suka menerbitkan berita palsu @fitnah, berita hiburan dan sukan dari menerbitkan berita aktiviti agama Islam. Maka orang-orang yang tidak memberi perhatian kepada gerakan dakwah akan membuat kesimpulan salah kononnya tiada siap peduli tentang puak liberal dan kesesatan mereka.
Maka tidak timbul isu kononnya Kalau ada yang tak setuju dengan Pemimpin Islam tersebut terutama wanita habis di sergah dan di herdik dan tidak ada satu kumpulan yang dapat menandingi Sisters in 'Islam' dan ada je kumpulan yg boleh berdepan dgn golongan seperti siti kassim nih tapi masing2 sibuk berpolitik dll.
ReplyDeleteKepada Saudari Siti Kasim
JEMPUTAN SEBAGAI PANELIS PROGRAM DEBAT PERDANA PERLIS
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. One Centre Malaysia, PERLIS dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis serta Badan
Peguam Perlis bercadang untuk menganjurkan sebuah Program “Debat Perdana Perlis” untuk
mengupas tajuk “Islam: Antara Prajudis dan Fakta”. Tujuan program ini diadakan adalah untuk
memberi pencerahan kepada masyarakat umum serta memberi peluang kepada para panelis
untuk mengetengahkan dan mempertahankan pandangan serta hujah mereka berkaitan topik
tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin mendapatkan persetujuan Cik bagi
menyertai program ini sebagai salah seorang panelis debat.
4. Untuk pengetahuan Cik, kami juga menjemput Ustaz Salman Ali untuk menjadi rakan debat
Cik dan beliau telah memberikan kata persetujuan untuk berganding dengan Cik di pentas yang
sama. Sebagai penganjur, pihak kami akan memastikan proses debat ini dilangsungkan dengan
penuh adil dan saksama tanpa sebarang prajudis terhadap mana-mana panelis.
5. Tarikh cadangan program adalah seperti berikut :
TARIKH : 29 JUN 2018 (JUMAAT) / 6 JULAI 2018 (JUMAAT)
TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, PERLIS
PERSOALAN:
Adakah siti kassim berani menyambut dengan cabaran ini setelah siti kassim menolak untuk berdebat dengan Dr Zakir Naik?