SEPERTI yang disebut sejak awal pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), kerajaan baharu ini banyak bergantung pada drama dan gimik populis.
Pendekatan ini digunakan untuk menutup kesalahan, memburukkan musuh politik, melindungi pemimpin dari kritikan dan sebagainya.
Perkembangan membimbangkan ini menandakan drama politik akan terus membelenggu politik negara, dan rakyat akan sentiasa dimanipulasi emosi mereka.
Apabila berlaku sesuatu yang memalukan kerajaan, seperti menteri mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bahasa Cina, satu isu gempar lain timbul.
Kita mungkin tidak tahu peristiwa yang timbul kemudian itu disengajakan atau tidak, tetapi setakat ini peristiwa yang menyusul berjaya menutup kejadian sebelumnya.
Kalau kita masih ingat, pada hari Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas, malam harinya berlaku serbuan di rumah kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Baru-baru ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengundang polemik apabila mengeluarkan kenyataan rasmi Kementerian Kewangan dalam bahasa Cina.
Tidak lama selepas itu, menyusul berita rampasan di kediaman yang ada kena-mengena dengan bekas Perdana Menteri Najib.
Drama lebih menggemparkan dilakonkan selepas itu, dengan mengadakan sidang media menayangkan gambar-gambar barang rampasan dan memberitahu anggaran nilai rampasan, sebanyak RM1.1 bilion.
Kemudian tersebar satu detail yang “catchy” yakni salah satu jenama beg yang dirampas ialah Bijan.
Netizen pun beramai-ramai menjadikannya bahan lawak dan sindir, hingga tenggelam isu bahasa Melayu yang dipinggirkan dengan menggunakan alasan palsu.
Inilah yang sedang dan akan terus berlaku dalam politik negara kita, rakyat dengan mudah dialihkan perhatian mereka dengan drama, gimik dan cerita-cerita lucu dan gempar.
Pada masa orang ramai sibuk dengan cerita selipar Bata, berhenti berucap semasa azan, menteri pemilik 10 pegawai khas buat lawatan mengejut ke sekolah, DAP dan golongan sama kepentingan dengan mereka sudah meraih apa yang mereka sasarkan.
Daripada politik, kehakiman, bisnes dan instituti-institusi negara, mereka berjaya merombak dan bakal disusun mengikut kehendak mereka.
Soalnya sekarang, berapa lama lagi perkara ini akan berterusan dan sampai bila rakyat akan diperbodohkan secara beramai-ramai? – Mynewshub.cc
apa guna jadi rakyat negara ni kalau tak paham bm
ReplyDeletebahasa resmi negara ni
ada paham kaaa
DARIPADA MENYIBUK MENJAGA TEPI KAIN ORNG ELOKLAH MUHASABAH DIRI,UMNO SUDAHPUN MULAKAN:
ReplyDeleteHot!! Peguam Hadi mengakui rakaman suara Nik Abduh sebagai asli
Peguam yang mewakili Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di London melawan Sarawak Report (SR) dalam perbicaraan berkaitan dana yang disalurkan ke parti itu, mengakui rakaman audio suara yang menjadi kontroversi mengaitkan suara Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz, adalah asli.
Memetik laporan SR semalam, peguam yang mewakili Abdul Hadi, Jacob Dean mengesahkan perkara itu di mahkamah London mengatakan Abdul Hadi tidak pasti keaslian rakaman itu, tidak memungkinkan keperluan untuk mengenal pasti pemilik suara itu melalui pakar forensik.
Dalam perbicaraan itu juga menunjukkan bahawa Nik Abduh mungkin hadir pada masa rakaman itu dilakukan, termasuk Zaharuddin Muhammad (menantu Abdul Hadi) yang akan menjadi antara saksi yang akan memberikan keterangan di mahkamah.
Dengan petunjuk baharu itu, Hakim dijangka akan memanggil semua saksi bagi kedua-dua pihak, mulai 1 April 2019 yang akan berlansung selama 11 hari.
“Kami menjangkakan 8 atau 9 saksi untuk disoal berkaitan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pendakwaan berkaitan dana itu disalurkan kepada pemilik sebuah sekolah agama.
“Tuduhan bahawa setiausaha politik yang menjalankan kempen pilihan raya, mengetahui pembayaran berkaitan kemudian Dr Mohd Zuhdi Marzuki, akhirnya mengakui bahawa Pas telah menerima pembayaran itu.
“Nampaknya dia (Dr Mohd Zuhdi yang juga Bendahari Pas) perlu memberi keterangan. Juga 3 orang pemegang amanah yang dikatakan telah menerima dana rasuah, sekurang-kurangnya satu mungkin dua dari mereka (pemegang amanah). Ini membawa anda kepada yang ke enam. Ada lelaki di dalam pita rakaman, Nik Abduh.
” Itulah persiapan awal kami untuk saksi mengenai apa yang dipohon anak guam,” ujar Jacob Dean yang mewakili Abdul Hadi.
Dean juga memberitahu hakim bahawa Abdul Hadi berhasrat untuk membawa beberapa orang lain dari Kuala Lumpur ke London untuk meyokongnya atas dakwaan yang dibuat oleh SR melalui laporan mereka.
Sebagai rekod sebelum ini Nik Abduh dalam satu kenyataannya di facebook menafikan suara di dalam audio itu adalah suaranya.
Nik Abduh mendakwa dakwaan ucapan itu yang mengaitkan dirinya adalah karut, marut dan fitnah terhadapnya.
Pada tahun lalu, Pas dihambat kontroversi apabila dikatakan menerima sumbangan wang daripada Umno dan perkara itu dilaporkan Sarawak Report yang juga mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima RM90 juta daripada Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Rakaman audio Nik Abduh itu pula dipercayai dirakam dalam satu pertemuan tertutup dengan beberapa pimpinan Pas Kelantan .
berlakon?. Hemmm.....berlakon alim tapi tunjuk jari cagu...kahkahkah...berlakon konon bkn suara dia walaupun jelas suara dia. Berlakon kononnya melawan umno tapi rupa2nya terima duit umno. Kahkahkah...berlakon kononnya mempejuangkan hudud tapi di terengganu senyap sunyi ntah bila nak laksanakan. Berlakon kononnya perjuangkan ruu355 tapi sendiri minta tangguh utk sessi perbahasan pastu salahkan org lain kononnya menentang ruu355. Tapi so far lakonan kira menjadi la sbb ada gak percaya bulat2 lakonan tu siap nangis2 lgi...kahkahkah... jadi tunggu je la ada satu cerita reality yg akan di tayangkan x lama lgi. Kahkahkah...donia donia...kahkahkah. skang para pelakon dok senyap2 x keluar sepatah habuk komen sbb takut tersilap skrip dlm drama reality. Kahkahkah..tapi bab bahasa resmi tu aku setuju, lge mmg salah. Dan dia bersalah. Maka lebai2 sila maki hamun lge hingga akhir hayat...kahkahkah...
ReplyDeleteMana rm 90 juta tuu ..Dh buat beli kereta kerr..lobaii malang .. 🐽🐽
ReplyDeleteInilah janji PH iaitu kebebasan media. Namun hakikatnya kera PAS dan tenuk UMNO tak pandai menggunakannya.
ReplyDeleteKan PH dah cakap, kita hendak membersihkan negara, hasil negara TELAH DIROMPAK segelintir pemimpin terdahulu dan kroni-kroninya. Mahkamah kan ada, tunggulah keputusan mahkamah. Kalau salah mereka akan dihukum, kalau benar mereka akan dibebaskan.
Kenapa sibuk melindungi suspek? Atau anda mungkin salah seorang suspek?
Tak payah nak menghasut. Sudah-sudah lah. Cukup lah. Rakyat pun tahu mengenai isu BM, walaupun LGE se olah-olah tidak mahu mengaku, kesalahan LGE pasti nya mendapat teguran dari Majlis Presiden PH.
ReplyDeletePembangkang dah tak ada isu lain. Nak hentam isu bahasa, lepas sorang, sorang. Lama-lama rakyat pun meluat.
Cukup lah nak menakutkan orang dengan DAP.
Yang memerintah bukan DAP tapi PH.
oi melayu pakatan jnagn biar puak tu banyak buat cubaan
ReplyDeletejangan seronok sangat
takut tak sempat pru15
Nik bodoh suda sapu itu duit tau..pas mkn tau..semua jadi babi tau..jom org pas gua belanja sup babi..xde hal..ustaz pas pn mkn
DeleteWoi barua-barua penjilat abang besar biaDAP, cukup-cukuplah kamu menfitnah parti Islam PAS sedangkan abang besar biaDAP kamu sendiri pun sedang dibicarakan kerana kes rasuah dll !
ReplyDeleteKita tahu kamu amat bencikan PAS sebab PAS berusaha gigih untuk menegakkan ajaran Islam dan hak umat Islam. Kamu hanya suka pemimpin Melayu dan ostad PANdir yang hanya berfungsi sebagai pasu bunga mengikut telunjuk puak kafir harbi.
Tak lama lagi Najib sendiri akan bongkar siapa orang PAS yang terima duit RM 90 juta.
Jangan kata pulak Najib dah tersepit sanggup buat apa sahaja kerana isu RM 90 juta telah lama di bangkit kan.
Sebaik-baiknya PAS pergi lah jumpa Najib samada secara terang-terang atau sembunyi-sembunyi.
Kalau tidak Najib pasti akan menimbang tawaran untuk di ringan kan hukuman
Bergembiralah kamu dengan kejayaan kamu hadil sebaran fitnah. Dan kamu bergembiralak kerana berjaya menggangu urusan umat islam. Kami tetap memperjuangkan islam. Bagi pemimpin islam dlm ph ingatlah bahawa kamu bertanggungjawab untuk mempertahankan akidah umat islam sebab kamu sudah jadi pemimpin kerosakan akidah umat islam tertanggung keatas kamu.
DeleteBagi puak ph walaupun kamu berjaya dlm misi fitnah kamu walaupun semua pemimpin pas berjaya kamu kenakan tapi jangan ingat kami akan takut untyk perjuangkan islam malah kami takan tetap istikomah perjuangkan islam bersama pas jangan ingat kami ketandusan pemimpin dan ulamak. Kembalilah kamu yg islam ke jalan allah berjuanglah untuk memetabatkan islam dan ingatlah allah maha mengetahui setiap apa yg kamu lakukan. Pas istikomah perjuangkan pas kami tak sanggup islam dipermainkan. Hidup dan mati kami hanya kerana allah. Ya allah kami bermohon pertolongan pada mu ya allah kau berilah rahmat pada semua umat islam dibumi islam malaysia supaya kembali kepada mu ya allah. Ameeen
ReplyDelete