Friday, June 22, 2018

Tabung Harapan Satu Gimik Yang Memalukan




KUTIPAN derma besar-besaran oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui Tabung Harapan sejak awal lagi sudah nampak tidak masuk akal apabila alasan membayar hutang negara diberikan.

Hutang pun diperbesarkan untuk dijadikan alasan tidak mampu melaksanakan janji melangit yang diberikan untuk menarik rakyat mengundi PH.
Kalau kita betul-betul perhati sejak awal PH menubuhkan kerajaan, permainan manipulasi persepsi dan emosi ini memang kepakaran mereka.
Mereka meneruskan menggunakan kepakaran mereka sejak kempen pilihan raya umum, kali ini untuk memberi alasan tidak mampu menunaikan janji pula.
Sebelum ini mereka menumpukan pada persepsi kelemahan kerajaan Barisan Nasional (BN), kali ini selepas berkuasa mereka memanipulasi isu sama untuk menunjukkan mereka tidak mampu tunai janji kerana negara sudah dirosakkan oleh BN.
Tanpa menjelaskan bentuk hutang negara, tempoh dan cara membayarnya, mereka memperbesarkan isu beban hutang.
Orang ramai faham hutang sebagai pinjam duit yang mesti dibayar semula, dan inilah yang dapat mereka eksploit.
Mereka eksploit pemahaman orang ramai tentang hutang ini dengan menubuhkan Tabung Harapan yang lebih bersifat gimik berlebihan, terutama bila dijadikan alasan untuk membayar hutang negara.
Mereka yang tertipu, apatah lagi yang taksub (dan yang ada kepentingan agenda tertentu) akan menyumbang dan berasa patriotik kerana menyumbang kepada kesejahteraan negara.
Gimik murahan terbaru ialah sumbangan seorang kanak-kanak 12 tahun yang menyerahkan tabungannya kepada Tabung Harapan.
Penyerahan ini disambut dengan puji-pujian dan pada masa yang sama kutukan kepada perdana menteri terdahulu.
Gimik murahan ini bukan sahaja memalukan dan memualkan, tetapi sudah sampai ke tahap menghina rakyat Malaysia sendiri.
Mungkin penubuhan tabung ini perlu dilihat dan diteliti berdasarkan undang-undang, kerana setakat ini tidak nampak satu yang benar-benar jelas tentang kedudukan sebenar tabung ini dan ke mana akan digunakan wang diterima.
Cukup-cukuplah berpolitik murahan dan menabur persepsi buruk kepada orang lain demi menaikkan diri sendiri.
Mereka yang taksub tidak akan bersedia menerima teguran agar tabung ini dinilai semula, kerana sudah tertanam dalam kepala mereka semua yang pemimpin mereka lakukan betul belaka.
Yang nampak apa yang tidak kena dengan tabung ini mesti berani bersuara untuk menyekat lebih banyak kekeliruan dan kerosakan berpunca daripada politiking tabung ini. – Mynewshub.cc

8 comments:

Unknown said...

KAHKAHKAH........bunyi macam JELES.
Ialah, derma tin milo tak pernah capai 100 juta dalam sebulan.
Elok kita kutuk TABUNG HARAPAN!!!!

Puaka Rimba said...

Sejak ada tabung Harapan, tabung Milo tak laku lagi. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Dahulu barua-barua dedak pakatan menghina konon PAS parti tin 'millo' kerana PAS menerima derma umat Islam untuk membiayai perjuangan Islam.

Malangnya rejim pakatan telah menjadi rejim tong dram minyak enjin mengutip derma politik sambil mengekploitasi kanak-kanak walaupun pemimpin pakatan hidup mewah dan kaya raya!

Tindakan rejim pakatan 'kencing' pengundi pakatan dan sekarang mengeksploitasi kanak-kanak adalah tindakan yang amat memalukan dan tidak bermoral.

Barua-barua dedak pakatan tidak mempunyai maruah kerana bersejongkol dengan rejim pakatan.

Anonymous said...

Tiada perbezaan antara sendiket peminta sedekah jalanan dan rejim pakatan yang sanggup mengeksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan politik pakatan.

Woi barua pakatan, mana semua janji pakatan? Semua janji pakatan telah ke Lautan Pasifik.

Hello barua dedak pakatan, cukup-cukuplah menipu rakyat.

Anonymous said...

Rejim pakatan mewarisi DNA dumno = Be End versi 2.0

bunbinban said...

nama pun derma bkn paksa pun. Idea dtg dri penyokong bkn idea kerajaan pun. Kerajaan cuma permudahkan. Tabung memali sampai skang apa cite?...kahkahkah...setiap kali ceramah ulur tin milo, tapi gaji minta najib bayarkan...kahkahkah...lagi hina weh ngemis dgn bapak penyamun, sembang kencang, kami ada solusi utk semua perkara bla bla bla tapi gaji kakitangan pun minta kat bapak penyamun. Kahkahkah...patutlah syg benor lebai kat najib, rupa2 makan gaji dgn najib...kahkahkah...

Anonymous said...

Wah barua pakatan auta dan putar belit untuk menyembunyikan eksploitasi kanak-kanak oleh rejim pakatan dengan menyalahkan PAS dan UMNO.

Ini bukti barua dedak pakatan kepala bapak munafik.

Anonymous said...

Sepatutnya pemimpin2 pakatan yg menderma harta kekayaan mereka utk menampung masalah hutang negara sebagai menggambarkan kpd rakyat dan juga kpd dunia bhw mereka adalah pemimpin sebenar yg patriotik menjadi contoh dan
Ikutan kpd rakyat. Tp yg kita nampak sebaliknya. Mereka bersenang lenang dgn kekayaan harta melimpah ruah simpanan puluhan ratusan juta rm ttpi langsung tdk sanggup berkorban utk menyelamatkan negara dr hutang. Alih2 rakyat yg ditekan dan didulukan utk menghadapi masalah negara. Ini pemimpin apa..? Klu macam ni punya pemimpin semua org pun boleh. Tak perlu buat pru utk lntik pemimpin.buat bazir wang negara saja. Pemimpin ph kuat berhelah dan politiking yg byk menipu rakyat retorik sj cerita mereka. Sehingga kini tda satu apa pun kebaikan yg mereka lakukan. Gst sifar pun harga barang tak turun2.naik lagi ada.. apa yg dijanji semuanya dimungkiri. Ini membuktikan kebobrokan kerajaan ph dap ini terhadap rakyat. Kami rakyat seperti dihinjak2 oleh kerajaan baru ni. Memang tak guna betul kerajaan ph dap ini... ekonomi negara semakin hari semakin merosot. Saham jatuh setiap hari. Nampaknya negara boleh bankrup jika terus diperintah oleh ph dap... rakyat perlu muhasabah semula apakah tepat dan betul mereka menyokong ph dap...?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails