Tuesday, June 26, 2018

Tahniah PH Sedang Jelmakan, M'sia Tanpa Sawah &Subsidi.


Tajuk asal: Pandangan luar kotak atau luar otak? 


UNTUK mengurangkan subsidi padi, Kerajaan PH syorkan sawah padi ditanam halia, cili, derian, manggis, nyoq dan tembikai kerana harga sayur dan buah lebih baik daripada padi. Diet rakyat patut diubah, rakyat lebih sihat, sawah-sawah perlu ditukar menjadi kebun dan dusun. Sungguh mengharukan.
Secara paling primitif, durian, manggis, durian belanda, halia, cabai, sayur-sayuran boleh bertahan berapa lama sebelum busuk dan buruk berbanding padi dalam jelapang? Tak payah bincang lagi pasal strategi pemasaran, harga dan kualiti produk gantian itu, durian jenis apa boleh tanam tanah selut sawah padi? Kerajaan pun boleh buka cool storagedan peti ais di tiap-tiap kampung, sumber pendapatan baru kerajaan boleh dijana daripada sewaan cool storage. Sungguh mengujakan.
Tak payah bincang lagi pasal food security, peperangan, bencana alam, kemarau, kebuluran. Sembang saja tajuk hasrat kerajaan untuk menarik balik subsidi padi supaya kerajaan dapat jimatkan duit, pendapatan pesawah boleh melonjak daripada tanaman halia dan cabai dalam petak bendang.
Pemikiran dari luar (k)otak ini jugak boleh mengurangkan belanja pengairan, empangan, simpanan dan tadahan. Mada dan Kada pun boleh dilupuskan. Lebih banyak belanja dapat dijimatkan. Sayuran sawi, halia, cabai, tembikai dan durian manggis pun akan lebih subur kalau terendam beberapa hari dalam limpahan air dalam petak bendang.
Bagi tanah-tanah selut yang rendah, pesawah boleh membeli beberapa buah bukit dan gunung untuk menimbus sawah menjadi daratan kerana kos menambun tanah dalam sawah hanyalah sekali ganda harga tanah sawah. Pendapatan mereka tentu akan meningkat. Harga bukit dan gunung boleh dibayar dengan keuntungan menjual durian, manggis, halia dan cabai.
Pencadang-pencadang yang brilliant ini semuanya mantan broker trekta dan broker mesin padi yang menjadi Gabenor Bank Negara berbapakan Profesor DiRaja terkemuka, bilionair taikun gula yang menetap di Hong Kong, Tauke bank komersil luar negara dan saudagar garam sebelum dan selepas menjadi Menteri Kewangan, Pensyarah Universiti yang humble naik LRT, pakai jam Casio, tapi kerja di PBB.
Pesawah-pesawah yang banyak duit daripada jualan sayur halia, cabai, manggis, derian, kelapa mataq dan buah durian dari petak bendang - kalau rasa rindu pada nasi panaih-panaih makan dengan gelama masam, bolehlah membeli beras dari Amerika Syarikat (US) kalaupun tak reti membeli Burger Oblong. US kini sudah menjadi negara pengeksport beras dan memiliki lebih 60 variety benih padi yang sesuai dengan semua jenis tanah dan musim. Syor Lembaga Penasihat Kerajaan kepada LPP yang mewakili pesawah padi ini sangat-sangat jauh di luar (k)otak.
Menteri Pertanian yang baru tentu bersorak gembira dengan syor ini. Tahniah PH kerana dapat jimatkan duit kerajaan dari subsidi padi. Malaysia baru sedang dijelmakan. Malaysia tanpa sawah padi dan subsidi. - HARAKAHDAILY 26/6/2018

1 comment:

Anonymous said...

Hahahahaha marah nmpk............

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails