Friday, June 29, 2018

Tarif Elektrik Naik Lepas K'jaan Lulus Pelarasan Semula &Rebat Ditamatkan?



KUALA LUMPUR – Berikutan peningkatan kos sebanyak 1.35 sen/kWj, kerajaan memutuskan supaya kos itu dilepaskan dalam bentuk surcaj ‘kos tak berimbang’ (ICPT) kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 1 Julai, 2018 hingga 31 Dis, 2018.
Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam kenyataannya hari ini berkata kerajaan turut menetapkan surcaj ICPT tersebut dikecualikan kepada semua pengguna domestik bagi tempoh yang sama.
“Pelarasan ICPT ini tidak melibatkan pengguna domestik dengan penggunaan elektrik tidak melebihi 300 kWj.
“Bagi pengguna domestik dengan penggunaan elektrik melebihi 300 kWj, mereka akan mengalami penurunan atau kenaikan yang minimum dalam bil elektrik iaitu dianggarkan antara RM0.09 dan RM4.89 sebulan, dengan mengambil kira pelaksanaan kadar 0.0 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula pada 1 Jun 2018,” katanya.
Menurut ST, ia berikutan persetujuan kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan kerangka kerja kawal selia berasaskan Insentif bagi penetapan dan pelarasan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tempoh kawal selia tiga tahun yang kedua bermula pada 2018 hingga 2020.
Di bawah IBR, tarif elektrik mempunyai dua komponen utama, iaitu tarif asas yang tidak berubah dalam tempoh kawal selia IBR dan ICPT dalam bentuk rebat atau surcaj dalam tarif pengguna yang dilaksanakan setiap enam bulan.
Menurut ST, ICPT adalah untuk melepaskan apa-apa kos tak berimbang, iaitu perbezaan antara kos sebenar bahan api serta kos lain penjanaan yang didapati munasabah dan di luar kawalan TNB dengan kos unjuran yang diguna pakai dalam penetapan tarif asas bagi tempoh enam bulan sebelumnya, jelas ST.
Bagi tempoh Januari hingga Jun 2018, suruhanjaya itu berkata harga bahan api arang batu meningkat kepada US$91.66/tan metrik berbanding harga yang diunjurkan dalam tarif asas, iaitu US$75/tan metrik.
Kenaikan bagi tempoh enam bulan pertama 2018 ini merupakan faktor utama yang menyebabkan kos penjanaan sebenar meningkat sebanyak RM698.19 juta bersamaan 1.35 sen/kWj.
Dalam pada itu, katanya rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWj yang telah diberikan kepada semua pengguna di Semenanjung Malaysia dalam tempoh enam bulan terdahulu akan ditamatkan berkuat kuasa 1 Julai 2018.
Selaras dengan itu, rebat tarif elektrik sebanyak 1.20 sen/kWj yang telah diberikan dalam tempoh terdahulu bagi pengguna elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan turut ditamatkan berkuat kuasa 1 Julai 2018, kata ST.
Kerajaan turut memutuskan supaya pelaksanaan IBR di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang sepatutnya bermula pada 1 Julai 2018 ditangguhkan sehingga 1 Januari 2019, katanya. – BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

Pak Hasyim faham ke apa yg dipost ni......cuba exlain sikit..

Anonymous said...

Demi membantu pemulihan kewangan negara yg tenat hutang rm1,000,000,000,000.00 oleh najib dgn sokongan Hj Hadi Pas........aku rela tambah caj tarif yg cuma rm1.20 tu!

Penyokong najib umno bn pas, sila guna damar, cari sendiri di hutan, terus duduk dlm hutan lagi baik. Kawan dgn Pigs , best gituuu.......

Anonymous said...

Wahai ahli2 parti `suci`.............

“…Janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” [An Najm 32]

Mengapa Iblis yang dulu begitu mulia dan rajin bertasbih dan beribadah kepada Allah di surga dengan para malaikat akhirnya diusir Allah dari surga dan dikutuk selama-lamanya? Karena Iblis itu sombong:

“Allah berfirman: “Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?.”Iblis berkata: “Aku lebih baik daripadanya, karena Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”Allah berfirman: “Maka keluarlah kamu dari surga; sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk.Sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari pembalasan.” [Shaad 75-78]


Iblis merasa paling baik dan menganggap Nabi Adam lebih rendah darinya.

Kita juga dilarang memecah-belah agama di mana kita bangga akan kelompok kita dan menghina yang lain:

“Yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” [Ar Ruum:32]
Jangan sampai kita merasa paling benar, paling lurus sehingga menganggap Muslim lain sebagai sesat, kafir, musyrik, dsb. Jika sudah begitu, itu tidak benar:

“Sesungguhnya yang paling aku khawatirkan atas kamu adalah seseorang yang telah membaca (menghafal) al-Qur’ân, sehingga ketika telah tampak kebagusannya terhadap al-Qur’ân dan dia menjadi pembela Islam, dia terlepas dari al-Qur’ân, membuangnya di belakang punggungnya, dan menyerang tetangganya dengan pedang dan menuduhnya musyrik”. Aku (Hudzaifah) bertanya, “Wahai nabi Allâh, siapakah yang lebih pantas disebut musyrik, penuduh atau yang dituduh?”. Beliau menjawab, “Penuduhnya”. (HR. Bukhâri dalam at-Târîkh, Abu Ya’la, Ibnu Hibbân dan al-Bazzâr. Disahihkan oleh Albani dalam ash-Shahîhah, no. 3201).

Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya diantara ummatku ada orang-orang yang membaca Al Qur'an tapi tidak melampaui tenggorokan mereka. Mereka membunuh orang Islam dan membiarkan penyembah berhala. Mereka keluar dari Islam secepat anak panah melesat dari busurnya. Sungguh, jika aku mendapati mereka, pasti aku akan bunuh mereka seperti terbunuhnya kaum Aad. (Shahih Muslim No.1762)

Rasulullah saw. bersabda: “Akan keluar dari umatku beberapa kaum yang keras lagi kasar, lisan-lisan mereka fasih membaca Alquran, namun tidak sampai ke tenggorokan mereka.” (HR. Ahmad dan lainnya)

Anonymous said...

kalau tak mau berhukum ngan hukum hudud dari Allah
memang lah berpecah
tak kan itu pun tak paham
Nabi pun dituduh oleh puak kapir sebagai pemecah belah
alahai manusia ynag hanya tau hidup nak makankedarah aja
siannnnn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails