AKHIRNYA jam 4 petang tadi Dato’ Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (MP Bukit Gantang) isytihar keluar Umno dan jadi MP Bebas. Janji bulan dan bintang waktu pilihan raya.
Saya hendak tunggu 100 hari untuk edar janji khawasul khawas kepada pengundi Bukit Gantang supaya pengundi tuntut janji. Tiba-tiba sudah isytihar keluar hari ini.
Banyak zakat dikeluarkan waktu kempen PRU14. Almaklumlah dia orang kaya. Tengok bas PLKN, teringatlah Dato’ Syed. Guna masjid, sekolah agama, sekolah biasa bebas isytihar janji-janji manis. Kempen pada pengundi apa yang pengundi dapat di bawah PAS menang Parlimen Bukit Gantang. Kena pilih saya. Ini manifesto dia di Bukit Gantang. Pengundi teruja.
Malam di pusat perjumlahan undi lepas saya kata dekat dia, “teruk hang Syed, aku tak apa, aku miskin, hang kaya, hang menang.” BN kalah di peringkat pusat. Dia sudah termenung malam itu.
Saya tidak ada apa-apa. Walaupun kalah tetap bersama masyarakat di majlis kenduri, ziarah jenazah dan beri bantuan sekadar yang mampu. Duduk di Kampung Sungai Petai, seronok, rumah depan surau. Masih kuliah macam biasa bimbing masyarakat kenal agama. Tenteram dan tenang. Tak adalah pula untuk tukar parti, insya Allah.
Saya tidak berniaga. Saya tidak ada kontrak dengan Kementerian Pertahanan. Saya orang biasa walaupun pernah menjadi pensyarah ITM. Dato’ Rosli (bekas Ketua Bahagian Bukit Gantang) tentu suka baca kenyataan ini. – HARAKAHDAILY 27/6/2018
11 comments:
Persoalanya dari mana nik amar dpt duit utk beli kereta mewah secara cash..?bkn sebiji tapii berbiji2..ingatkn lobaii2 jumud nii duduk dlm gua..mohon pencerahan tuan ibnu..😊😀😁😃😄😅😆
Tak payah jawab, tuan Ibnu, soalan bodoh! dari pecacai anti Islam. Tak mencarut lagi?
Biaselah...kan dia ahli politik.kehidupan dia sama shj dgn ahli politik lain yakni berjuang dgn sistem undi yahudi. Dia tkdbbeza dgn umno, bersatu ,pkr dap mca mic. Politik utk tmpt dpt gaji dn bina kekayaan
'Sah suara nik abduh'-peguam hadi awang
PAS bukannya ISLAM
PAS tu hanya parti/pertubuhan ciptaan manusia
takyah la taksub sangat wahai penyokong PAS
syurga bukan milik anda sahaja.... syurga HAK ALLAH
Bertambah tulis, bertambah sesat lagi puak-puak anti Islam ini.. Biallah nak bertaubat dari jadi penjilat juboq DAP.
Shabat nabi ramai yg kaya Abu Bakar, Uthman, Abd Rahman. Sewel puak PAN , ust x boleh kaya
termenung ambo tengok pemimpin pigs puashati penjelasan arul kanda.
Betul. Diaorang takde parti. Takde melutut smbah org utk undi dia jd khalifah. Tkde ceramah maki2..lps maki dtg balik mtk nyawa. Cth mcm nik amar merangkak jumpa mahadey
masaalahnya, bila org lain haram, bila puak lebai halal. Tu je. Pastu mencarut mcm cagu dah naiknke hidung...kahkahkah..puak lebai mmg tak pelat bila mencarut..kahkahkah...pastu tuduh org lain mencarut. Nik abduh jadi agen cia pun puak lebai kata halal...kahkahkah...hebat lebai PAS. Mmg antara yg terhebat la kalau sampai CIA pun rekrut nik abduh nih..ana tau anta tau..kahkahkah..tapi aku rasa CIA bi rekrut nik abduh ni atas recommendation DAP kot...kahkahkah...
Orang yang bijak bila tewas akan cari kelemahan sendiri. Pemimpin PAS ini pulak cari kelemahan orang. Kalah pun tak apa. Habis yang masuk bertanding buat apa ? Kau yang bagi dia menang..
Orang yang berjuang atas kebenaran sanggup tinggalkan parti apabila parti dan ketua nya sudah hilang hala-tuju.
Pemimpin PAS macam Idris ini jenis kayu. Wala tak kira perkara yang betul atau tidak.
Idris mesti suka baca komen ini.
Post a Comment