Friday, June 15, 2018

Tiba Masanya Anwar Jadi Presiden PKR..


Hasil carian imej untuk anwar ibrahim
Tiba masanya untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menggalas tanggungjawab sebagai presiden PKR, kata Naib Presiden Shamsul Iskandar Md Akin.

“Saya harap pemilihan parti kali ini Anwar akan bertanding sebagai presiden.
“Tidak patut ada lagi ketua umum. Jawatan ketua umum ini direka oleh kongres parti untuk Anwar,” kata Shamsul.
“Sekarang saya rasa dia kembali, jadi saya harap Anwar dapat dengar suara kami, suara majoriti.
“Marilah kita mansuhkan jawatan ketua umum supaya beliau boleh kembali memimpin parti sebagai presiden,” katanya.

Anwar telah menjadi ketua umum sejak 2004, selepas pembebasan pertamanya daripada penjara. Beliau ketika itu dilarang aktif dalam politik kerana disabitkan atas kesalahan rasuah. Bagaimanapun, untuk pemenjaraan kali kedua, beliau mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agung yang membolehkannya kembali berpolitik dan mengambil alih kepimpinan daripada Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Pemilihan parti dijangka dilangsungkan Ogos ini. Dalam pemilihan 2014, keadaan tegang antara kem bertanding sehingga menyaksikan kerusi terbang dalam pemilihan bahagian. Kali ini Shamsul berharap insiden sama tidak berulang.
-malaysiakini

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails