Friday, June 22, 2018

Tun M, Anwar Juga Perlu Disiasat - Ti Lian Ker


Hasil carian imej untuk anwar Mahathir
SHAH ALAM - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng digesa bersikap adil mendedahkan skandal penyelewengan pimpinan kerajaan terdahulu dan bukan hanya di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja.

Jurucakap Publisiti MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, Guan Eng pendedahan yang sama perlu dibuat terhadap kepimpinan yang menerajui kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri ke- 4.

“Dalam melaksanakan tugasnya tanpa menyebelahi mana-mana pihak, kami mendesak supaya Guan Eng meletakkan profesionalnya di tahap tertinggi. Guan Eng perlu mendedahkan salah laku, terkini dan masa lalu. Ini termasuklah bekas perdana menteri dan menteri kewangan.
“Maksudnya mendedahkan salah laku, salah guna kuasa, rasuah dikaitkan dengan Dr Mahathir , Tun Daim Zainuddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Katanya, pada pemerintahan dahulu (era Dr Mahathir) juga terdapat tuduhan melibatkan jumlah wang yang besar.

“Tunjukkan keberanian anda dan kes seperti itu perlu didedahkan dan disiasat semula. Jika pemimpin pada hari ini tidak mahu menyembunyikan apa-apa, ia tidak akan menjadi isu besar.
“Seseorang pada masa lalu ‘menghalalkan’ rasuah dan sehingga kini orang itu sudah menjadi raksasa,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng dan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu membersihkan nama mereka selepas terpalit beberapa isu besar di Selangor dan Pulau Pinang.

Katanya, ini juga merupakan harapan rakyat selepas kerajaan Pakatan Harapan berjanji untuk mendedahkan segala penyelewengan.

“Kami desak mereka supaya membersihkan nama mereka dalam skandal Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor (Splash), tanah di Ijok, projek terowong dasar laut Pulau Pinang dan pelbagai lagi yang melibatkan wang yang besar,” katanya. (SH)

5 comments:

Anonymous said...

Rejim pakatan baru perintah negara selama 28 hari, pelabur asing didakwa mengeluarkan RM7 billion keluar dari negara kita dan sekarang KWSP Hilang RM6.09 Billion Dalam Masa Sebulan !

Sejak rejim pakatan memerintah negara ini, kehidupan rakyat senakin terhimpit kerana kegagalan rejim pakatan melaksanakan semua janji dalam manifesto pakatan menyebabkan harga barang keperluan rakyat meningkat pada kadar gila babi.

Ekonomi negara juga semakin merundum kerana pemimpin-pemimpin dan tuan punahsihat rejim pakatan tidak pandai mentadbir negara.

Bahkan mereja didakwa bertanggung jawab atau terlibat dalam pelbagai skandal berskala besat seperti skandal banglo terlajak diskaun, skandal kertas kerja, skandal terowong, skandal tanah, skandak pkfz, bmf, forex, perwaja steel dll dan bailout yang merugikan rakyat dan negara.

Tahniah dan syabas kepada semua barua, penyokong dan pengundi pakatan dan rejim pakatan kerana berjaya melingkupkan ekonomi negara!

Dan sekarang semua barua @ cybertrooper dan penyokong dan pengundi pakatan terpaksa menelan kahak sendiri sahaja.

Menang sorak, kampung tergadai.

Anonymous said...

Kah kah dah kalah buat cara kalah tunggu lah 4 tahun lebih PRU 15...le ni hang dok diam diam jangan bising...

Anonymous said...

Masa BN lah siasat..

Semua PH kena siasat??

Bila siasat nanti kata siasatan berpihak pada Mahathir dan Anwar...

PH menang pun sebab rakyat nak semua pemimpin BN di siasat...

Anonymous said...

Barua-barua bodoh ternakan pakatan seperti barua 3:03am hanya mampu ketawa 'kah kah kah' sambil menelan kahak sahaja untuk menyembunyikan kekecewaan pengundi pakatan setelah di'kencing' oleh rejim pakatan.

Kita kasihan melihat pengundi pakatan menangis air mata darah kerana menyesal mengundi pakatan!

Anonymous said...

Rejim pakatan sibuk mendakwa BN sambil menyembunyikan skandal-skandal pemimpin pakatan.

Jika PAS menang PRU15, kerajaan Islam pula akan mengheret pemimpin pakatan ke mahkamah untuk dibicarakan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails