MENDIANG Perdana Menteri British, William Ewart Gladstone (1809-1898), menegaskan: “As long as there is this book [the Quran], there will be no peace in the world.” (Selagi kitab ini (Al-Quran) wujud, tidak akan ada keamanan di-dunia.)
Kenyataan ini diucapkan sejak dua abad tahun yang lalu, ketika kemuncaknya penentangan umat Islam dalam menghadapi era kolonialisma atau imperialisma (penjajahan) yang meneruskan Perang Salib yang ganas terhadap Islam dan penganutnya, tanpa mengenang budi kepada Tamadun Islam yang berjasa menyelamatkan mereka keluar daripada zaman kegelapan.
Maka tercetusnya Revolusi Industri dan munculnya teori pemisahan urusan kehidupan daripada agama Kristian sehingga mencetuskan agenda sekularisma yang melahirkan pelbagai ideologi dan teori ciptaan manusia.
Bukan sahaja memisahkan politik daripada agama, bahkan juga memisahkan sains dan teknologi daripada agama kerana menggunakan akal tanpa hidayah apabila mereka mengikuti sifat keangkuhan iblis yang dilaknat oleh Allah Pencipta Alam yang berjaya mempengaruhi manusia yang cerdik dan mulia kejadiannya dengan adanya akal. Tiba-tiba mereka memuja makhluk yang hina seperti menyembah binatang dan batu tanpa akal, sehinggalah mencipta senjata pemusnah yang menjadikannya lebih ganas daripada binatang liar.
Mereka melakukan permusuhan terhadap Islam dan penganutnya walau apa sahaja tindakan, namun umat Islam bangkit menentangnya dan tidak mengalah walaupun dalam keadaan paling lemah dan miskin.
Di saat ini, umat Islam mengalami penyakit kerajaannya yang lemah apabila meninggalkan petunjuk Al-Quran kerana leka dan mabuk berkuasa sahaja, dan meninggalkan kemajuan ilmu duniawi yang berjaya diterokai sehingga tanah airnya dapat dijajah dan kerajaannya ditumbangkan di seluruh pelosok dunia sama ada melalui peperangan secara langsung atau polisi adu domba dalam kalangan umat Islam sendiri yang dibejati semangat fanatik kaum dan mazhab, di samping lemahnya ilmu pengetahuan agama dan ilmu duniawi yang telah diciptanya.
Umat Islam menjadi lemah sehingga dijajah tanah airnya, dibahagikan pula dalam kalangan penjajah Barat yang berebut mendapatkan habuan masing-masing, merampas hasil bumi dan memanfaatkannya dengan memperhambakan umat Islam yang lemah, maka berlakunya kebenaran terhadap amaran Rasulullah S.A.W:
"تداعى عليكم الأمم كما تداعى الأكلة على قصعتها وقال قائل: أو من قلة نحن يومئذ يا رسول الله؟ قال: لا، بل أنتم كثير ولكنكم غثاء كغثاء السيل. ولينزعن الله المهابة منكم في قلوب عدوكم، وليقذفن الله في قلوبكم الوهن. وقال قائل: ما الوهن يا رسول الله؟ قال: حب الدنيا وكراهية الموت" (رواه أحمد وأبو داؤد وغيرهما)
“Umat-umat yang lain melingkungi kamu, laksana orang-orang yang melingkungi makanan lazat yang dimakannya dengan rakus. Lalu seorang dari kalangan para sahabat bertanya: Adakah jumlah kita pada masa itu terlalu sedikit? Sabda Rasulullah S.A.W.: Sebenarnya jumlahnya ramai, tetapi (terlalu lemah) laksana buih atau sampah yang dihanyutkan air banjir. Allah menghilangkan kehebatan (umat Islam) yang dirasakan oleh musuh-musuhnya. Lalu dicampak ke dalam diri mereka penyakit Al-Wahnu. Lalu seorang dari kalangan para sahabat bertanya: Apakah Al-Wahnu itu wahai Rasulullah? Sabdanya: Terlalu kasihkan dunia (melulu atau melampau tanpa halal dan haram) dan terlalu takut mati”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain-lain)
Namun, kecintaan kepada Islam tidak boleh dihapuskan walaupun dalam keadaan yang sangat jahil. Kadang-kadang banyak dosa sehingga melakukan kekufuran (aqidah atau nikmat) kerana kejahilannya.
Al-Quran pula tetap dipelihara oleh Allah mengikut janji-Nya:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ (9) ]سورة الحجر: [9
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. (Surah Al-Hijr: 19)
Kita menyaksikan pengajian Al-Quran terus dipelihara pada zaman penjajah sehingga kini, walaupun tanpa mengetahui makna dan maksudnya. Di mana sahaja adanya umat Islam walaupun dalam keadaan miskin dan buta huruf, Al-Quran tetap dijaga sehingga ada yang memelihara secara hafalan, dan ada juga memeliharanya tanpa mengetahui makna dan maksudnya, kerana tetap beriman kepada fadilat dan keberkatannya.
Kehebatan mukjizat ilmu Al-Quran pula terserlah kepada sesiapa yang mengkajinya dalam segala bidang ilmu agama dan dunia, termasuk dalam kalangan bukan Islam ada yang mendapat hidayah sehingga menganut Islam. Ada yang tidak mendapat hidayah sehingga menjadi lebih hina daripada binatang yang mencari buah yang lazat dan baik, tetapi yang tidak mendapat hidayah itu ada yang hanya mencari keburukan yang tidak dijumpai, lalu mencipta keburukannya.
Allah mencabar kalangan anti Al-Quran sejak beberapa abad yang lalu ketika mula diwahyukan sehingga kini. Firman Allah:
وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ (23) فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا وَلَن تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ (24) ]سورة البقرة: 23-24 [
“Dan kalau kamu ada menaruh syak (keraguan) tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad S.A.W.), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain daripada Allah (Tuhan yang kamu ciptakan atau pemimpin yang kamu sanjung atau ilmuwan yang kamu puja), jika betul kamu orang-orang yang benar” (23); “Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir (yang ingkar tidak percaya atau melawan)”. (24) (Surah Al-Baqarah: 23-24)
Sejak zaman awal bersama Rasulullah S.A.W sehingga kini, cabaran ini tidak mampu dijawab, ternyata kebenaran dan kehebatan Al-Quran tidak dapat dicabar. Semua yang mencabar tersungkur, bahkan mendedahkan kebodohannya walaupun ada sedikit ilmu, namun tetap ada kelemahan sifat makhluknya sehinggalah terkini muncul daripada kalangan umat Islam sendiri yang disebut oleh Rasulullah S.A.W yang tarafnya seperti kanak-kanak sahaja mentafsirkan Al-Quran dengan akalnya sahaja tanpa syarat ilmu-ilmu yang mencukupi berkait dengan bahasa Al-Quran dan ilmu tafsirnya.
Kajian sehingga terkini secara saintifik tetap berpihak kepada kebenaran Al-Quran khususnya dalam perkara perbandingan agama, ideologi, halal dan haram, sejarah, sehinggalah sains angkasa dengan syarat benar-benar mencari kebenaran. Akhirnya mereka gagal menandingi kehebatan Al-Quran, lalu mencipta undang-undang zalim dan media yang fasik bagi menghukum terhadap Islam dan Al-Quran.
Kita tidak boleh menerima kalangan yang buta Al-Quran yang lebih bebal daripada buta huruf. Walaupun tidak buta huruf sehingga bijak menggunakan alat-alat kajian dan media terkini yang sangat canggih.
Kenyataan-kenyataan seperti mahukan tindakan terhadap Dr. Zakir Naik, pendakwah yang berilmu dalam perbandingan agama dan kitab agama, desakan menghapuskan sekolah-sekolah Tahfiz Al-Quran dan desakan menyamakan Islam dengan agama lain dan sebagainya adalah semuanya tidak berlaku adil secara hujah yang sebenar bagi mencari kebenaran kerana tidak mampu menandingi bahasa Al-Quran dan nilai ilmunya yang tinggi.
Terlalu banyak kajian-kajian para orientalis dan saintis yang telah berpihak kepada kebenaran Al-Quran yang boleh dibandingkan secara ilmu yang adil dan jujur bagi menambahkan keyakinan kita kepada mukjizat Al-Quran sebenarnya daripada Allah. Contohnya masih banyak istilah-istilah sains menggunakan perkataan bahasa Al-Quran, bahkan penggubal undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia menjadikan Al-Quran sebagai rujukannya. Maka terlalu kerdilnya suara di sini yang berlagak terlanjur bijak, tetapi mendedahkan kebebalannya sehingga memperkecilkan Al-Quran.
Bahasa Al-Quran dipilih oleh Allah, sehingga kini masih menjadi bahasa di persidangan antarabangsa termasuk PBB, di samping bahasa-bahasa penjajah. Maka jadilah kalangan yang merasa bijak itu, laksana katak di bawah tempurung yang melompat dalam lingkungannya. Ada yang masih terpengaruh dengan Bahasa Inggeris dan ada yang terpengaruh dengan Bahasa Perancis kerana pernah dijajah. Jerman, Jepun dan Cina bangkit dengan bahasa masing-masing.
Apa yang wajib ialah kuasa politik umat Islam memberi perlindungan kepada langkah dan tindakan mempertahankan Islam dan Al-Quran sebagai kitab suci. Kalangan umat Islam juga wajib mempertahankan secara Fardu Ain mengikut kemampuan masing-masing atau Fardu Kifayah melalui apa sahaja Kumpulan Islam, sama ada parti politik atau NGO yang masih ada cintanya kepada Islam dan Kitab Suci Al-Quran dalam diri masing-masing, walaupun adanya jaminan Allah melalui firman-Nya:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ (9) ]سورة الحجر: [9
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. (Surah Al-Hijr: 19)
Allah menyatakan kehebatan Al-Quran:
لَوْ أَنزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (21) ]سورة الحشر: 21 [
“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya”. (Surah Al-Hasyr: 21)
Biarkan mereka yang keras hati dan kepalanya, sepertimana dinyatakan dalam firman Allah:
ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّن بَعْدِ ذَٰلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْأَنْهَارُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاءُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (74( ]سورة البقرة: 74[
“Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya, dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah. Sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan)”. (Surah Al-Baqarah: 74)
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 5 Zulkaedah 1439 / 18 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 18/7/2018
Untuk pembersihan aqidah ku hadiahkan 2 syarahan ini..
Video: Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!!
Hati-hati pendakalan Aqidah
Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus
Dari Ibnu Hasyim..
Sila lihat ..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
Tuan ibnu..saya baca habis tapii bila tgk nama hadi awang terus saya muntah hijau..layak kerr dia bercakap soal dosa pahala seseorang..? Hadi layak disepak secara berjemaah..👣👣👣👣
ReplyDeletesy scroll bawah sbb rasa mcm tulisan hadi yg sgt surface.
Deletesah hadi rupanya...hampir muntah.
hadi nk bela quran tp peluk syiah laknat yg bom masjid pijak bakar quran di syria.
hadi sokong peluk syiah yg toko tambah quran. syiah yg bertakiyyah dgn quran yg ada sbb mereka percaya ada 3x ganda lg isi quran yg dituduh para sahabat rdh sorok.
tiba2 nk komen kapir pm british kutuk quran.
samada perangai dia munafik atau sgt dungu sbb tk kenal syiah tulah yg paling celaka merosakkn quran.
masih nk ckp semua bukti kekufuran syiah tu manipulasi propaganda amerika?
hnya kerana amerika berlakun musuh syiah maka hadi n geng sokong iran?
amerika tk ngam dgn korea utara napa x sokong korea utara?
""ted manoffJuly 19, 2018 at 8:52 PM
DeleteTuan ibnu..saya baca habis tapii bila tgk nama hadi awang terus saya muntah hijau..layak kerr dia bercakap soal dosa pahala seseorang..? Hadi layak disepak secara berjemaah..��������""
Tulisan ni bukan org Islam. Berniat menyepak tghh pun dah salah, menyepak apa lagi. Hati2 dengan individu ini yg bertujuan merendahkan martabat Islam serta orang Islam.
""AnonymousJuly 19, 2018 at 9:38 PM
Deletesy scroll bawah sbb rasa mcm tulisan hadi yg sgt surface.
sah hadi rupanya...hampir muntah.
hadi nk bela quran tp peluk syiah laknat yg bom masjid pijak bakar quran di syria.
hadi sokong peluk syiah yg toko tambah quran. syiah yg bertakiyyah dgn quran yg ada sbb mereka percaya ada 3x ganda lg isi quran yg dituduh para sahabat rdh sorok.
tiba2 nk komen kapir pm british kutuk quran.
samada perangai dia munafik atau sgt dungu sbb tk kenal syiah tulah yg paling celaka merosakkn quran.""
Anom ini pun bahaya. Bertujuan memecahkan Islam dengan menuduh tghh syiah dan munafiq. Sangat bahaya anom ini.
bodoh baca elok2 apa yg ditulis tentang hadi. masuk court sia2 kamu kalah. peluk sokong syiah dn mnganut syiah kan berbeza.
Deletemunafik dn samada munafik kn berbeza.
yg bahaya ialah ibnu la.. pencetus perpecahan umah. sikit pun tkmau siar 1mdb yg mega jenayah itu
Ted manoff...
DeleteKomen anda tidak adakualiti langsung. Ilmiah jauh sekali. Tujuan kamu komen hanya untuk menyakitkan hati orang lain.
Kami pembaca setia blog ini menyeru kpd ibnu hashim supaya menyekat komen ted manoff dari dipaparkan di sini kerana komennya tiada nilai ilmiah dan tiada nilai kemanusiaan...
Ted, ko mmg biadap dan kurang ajar.
ReplyDeleteAnti alquran musuh yg nyata. Kita boleh lawan.
ReplyDeleteTapi menjual dan menggunakan ayat alquran demi memprjuangkan sistem yahudi demokrasi ni yg paling iblis. Mmentafsir alquran dan hadis demi memperakui syiah adalah mazhab dalam islam lebih binatang dari iblis.
Itulah hadi wang. Penjual ayat alquran
Tghh bukan syiah. Beliau banyak hafal hadth dan quran. Kalau mat sabu ye syiah sebab lulusannya takde kaitan dengan agama. Kalau tidak masakan mat sabu sanggup berguru dengan dap. Dap adalah kuffar yg mesti dijauhi, tp mat sabu sayang dap.
DeleteMat sabu sebagai pemimpin syiah malaysia macamna kamu nak uruskan...?
DeleteMereka yang menghina tghh dan pas mungkin kader tamil ellam suku sakat ramasamy. Atau pun sepakat dengan statement "" nak laksanakan Islam langkah mayat aku dulu." Mereka sangat bahaya serta aggresif untuk hancurkan Islam. Ted salah sorang.
ReplyDeleteBangun karpal singh dgn nik aziz mau dilempang anon10:52.
DeleteDiaorang berdua dulu kamceng sepakat membawa berkat woi
Agaknya red ni org syiah dan pengikut tegar ramasamy..
Delete