BIADAB… Fahaman liberal di United Kingdom (UK) tampak sudah makin berani menetapkan ‘peraturan sendiri’ apabila cadang Muslim negara itu melaksanakan Solat Jumaat pada Sabtu.
Cadangan pemindahan hari tersebut dijalankan melalui sebuah petisyen ‘Saturday Reformist Jumaah’ yang dipercayai diketuai oleh seorang kolumnis akhbar Malay Mail Online, Farouk A Peru.
Farouk yang juga merupakan salah seorang penulis buku G25, mengatakan alasan pemindahan tersebut dinilai kerana hari Jumaat merupakan hari yang sibuk untuk golongan bekerja di UK.
Pemindahan solat Jumaat kepada hari Sabtu itu juga menurutnya dapat mengurangkan beban golongan pekerja awam dan pekerja swasta.
Bukan setakat itu sahaja, beliau turut meminta orang ramai tidak kira agama ataupun orientasi seksual (golongan LGBT) untuk bersama- sama mengerjakan Solat Jumaat.
Perkara ini membuatkan ramai netizen khususnya di Malaysia menyatakan bantahan dan menolak sepenuhnya cadangan golongan liberal ini yang jelas bertentangan jauh daripada ajaran Islam.
Bagi sesiapa yang kenali Farouk dengan lebih dekat, beliau dianggap pengamal pemikiran bebas di mana menerusi penulisan di dalam buku G25, beliau mempamerkan ‘versi’ Islam yang tidak pernah dilihat dalam keilmuan Islam.
Golongan liberal ini secara ringkasnya merupakan golongan minoriti yang mengambil ideologi yang dikemukakan oleh Barat serta mengagungkannya, bahkan mereka merasakan berada di pihak yang benar dan tidak menyeleweng.
Mereka menganggap Islam ini hanya terbatas pada ibadah sahaja. Bermakna, apabila dilaksanakan rukun islam yang lima, serta rukun iman yang enam, keislamannya sudah cukup.
Bermakna, apabila mengambil ajaran Islam separuh, pada masa yang sama, di satu sudut yang lain pula mengambil liberal sebagai neraca, maka di situlah bermulanya penyelewangan agama. – MYNEWSHUB.CC
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa sikap kerajaan PH dalam menangani masalah ini yang mula berkembang di Malaysia, termasuk NGO-NGO berkaitan dengannya.
1 comment:
Yg penting hadi wang dn tuan ibrahim sahkan syiah adalah salah satu mazhab dlm islam.
Post a Comment