Monday, July 16, 2018

Boikot Pelantikan Speaker, MP BN, Pas Keluar Dewan.



KUALA LUMPUR - [ DIKEMASKINI] Ahli Parlimen BN dan Pas keluar Dewan Rakyat sebagai tanda boikot pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu, Datuk Mohd Ariff Md Yusof.
Protes ini tercetus kerana pelantikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat ke-9 pada hari ini menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ketegangan bermula apabila Setiausaha Dewan Rakyat,Datuk Roosme Hamzah bangun mengumumkan pelantikan Speaker Dewan Rakyat yang baharu, tiba-tiba ahli Parlimen BN dan Pas memintas menyatakan lantikan itu tidak sah.

Roosme memaklumkan hanya satu nama yang diterima untuk pelantikan jawatan tersebut.
Ketegangan bermula apabila Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) bangun untuk menyatakan protes terhadap prosedur pencalonan dengan merujuk kepada 'Point of Order' namun proses pelantikan diteruskan.

Tindakan itu mengundang kritikan daripada ahli Pembangkang yang lain dari Pas dan BN.
Mereka kemudian bertindak untuk keluar Dewan.

Bagaimanapun, menurut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bersatu-Muar) melalui kenyataan di Twitter, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (BN-Masjid Tanah) tidak menyertai ahli parlimen pembangkang lain keluar dewan.

Difahamkan, Datuk Seri Anifah Aman (Umno-Kimanis) turut tidak meninggalkan dewan.
Pencalonan Mohamad Ariff dicadangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Pakatan Harapan- Langkawi) dan disokong Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pakatan Harapan- Pandan).

Mohamad Ariff, 69, dari Sungai Petani, Kedah, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of London (London School of Economics), dan memulakan karier pada 1974 sebagai pensyarah undang-undang sebelum diiktiraf sebagai profesor madya di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya.

Dari 1993 hingga 1995, Mohamad Ariff bercuti daripada pengamalan undang-undang untuk menyertai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang baru ditubuhkan ketika itu, sebagai Pengarah pertama Jabatan Penyeliaan Pasaran. (SH)

22 comments:

  1. Pembangkang mahu Dewan ditangguh selesai isu pelantikan speaker


    KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang, termasuk wakil PAS, meminta persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan selama 14 hari, dengan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal melantik speaker dalam tempoh ditetapkan.

    Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), adalah mandatori bagi speaker dilantik 14 hari sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula.

    Sepatutnya, kata beliau, speaker mesti dipilih pada 2 Julai.

    Ini berikutan keputusan Ahli Parlimen pembangkang untuk keluar dari Dewan Rakyat sebentar tadi kerana membantah pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai speaker baru.

    Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, peraturan berkaitan tempoh 14 hari itu tidak dipatuhi.

    “Kami membantah cara bagaimana speaker dilantik. Peraturan Dewan Rakyat tidak diikuti,” katanya pada sidang media hari ini.

    Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata mereka perlu memeriksa surat pelantikan untuk melihat sama ada tarikhnya diundurkan ke belakang.

    Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata jika syarat itu tidak dipatuhi, maka itu bermakna kerajaan tidak mengikut peraturan.

    “Kami tidak membantah speaker kerana jawatan itu penting, tetapi peraturan perlu diikuti,” katanya.

    Setiausaha Agung Umno yang baru, Tan Sri Annuar Musa berkata, bekas speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memeriksa dengan kakitangan Parlimen selepas tarikh 2 Julai dan diberitahu tiada nama dikemukakan.

    “Kita tidak boleh langgar peraturan. Jika mereka ada masalah, tangguh dan calonkan semula speaker, kemudian kita boleh sambung semula persidangan.

    ReplyDelete
  2. Cara bagaimana speaker di lantik ?

    Masa UMNO memang senang lah. Lantik kawan dan pro UMNO.

    PH nak lantik Speaker yang tak terpengaruh dengan politik atau mana-mana parti.

    Nanti soal jawab yang kena balik ialah pembangkang. Dan rakyat akan kata pembangkang bodoh.

    Selepas atau pada pertengahan perbahasan baru lah protes.

    ReplyDelete
  3. memang terbaik sedondon lepas tu sekepala.. memang sesuai jadi pembangkang je la 60 tahun. zuhdi mana ye. takde dah ke buat kajian lagi. sib baik tak ponteng tapi keluar dewan lepas tu minum. cuba tengok lepas ni ponteng lagi ke tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Terbaik. Nasib baik tak sedondong dengan kafir. Dosa ponteng lebih besar daripada dosa sedondong dengan kafir. Sedondong utk jatuhkan Islam sangat mulia. Sila sertai pan, parti sedondong dap. Otak pan pun dah sedondong dengan otak kafir dap.

      Delete
  4. Tak tau pulak sekarang mp kena ikut peraturan....rupa2nya ada peraturan untuk perkara2 yang melibatkan mp... sebelum ini kalau dilihat dari utube didapat mp2 ini kecoh di dewan. Yang mana mendengar...mencelah... menyampuk... macam tak ada peraturan. Speaker seperti juru acara majlis aje... Agaknya speaker ni penting kot... sampai ada yang lari kuar dewan...marah pasal lantikan speakar..

    ReplyDelete
  5. Point of order! Kami ahli pas sngt malu dgn pimpinan terutamanya setiasaha agung pas tidak mahu berbahasa melayu.

    Jgn samakan diri hj dgn tommy. Hrp menggunakan bhs melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anjing betul takiyudin. Inilh akibatnya jika mnyokong syiah. Nama pun mirip takiyah

      Delete
    2. Puak kafir mengaku ahli pas pulak lagi jelas bahawa puak ph begitu benci kpd pas sababnya adalah puak ph anti islam sasaran puak suruhan kafir serang pas.

      Delete
    3. Syiah tu anutan sabu. Pas tak anut syiah. Jadi yg anjing tu sabu. Anak anjing pulak ahli pan.

      Delete
    4. Sabu tak peluk ulamak syiah...lobai Hadi yg peluk ulamak syiah.

      Delete
  6. Rupanya parlimen dah tak ikut peraturan dibawah tun m kuda tunggangan dap ni...ha ha. Teruskan nyanyok wahai tun,,,hidupmu semakin bercelaru di usia yg semakin tua,,,semakin buat perkara tak betul.

    ReplyDelete
  7. Lahanat celaka punya walaunta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah tn ibnu. Penyokong pan semakin garang dengan bahasa mereka bila kebenaran di papar. Lihat fitnah mereka, bahasa mereka senada dgn bahasa dap yg kutuk mahathir.

      Delete
  8. Sedikit demi sedikit Tun menyelusup kuku besinya.

    ReplyDelete
  9. Awas Ibnu Hasyim tiruan..
    Lihat ini..

    [Ibnu hasyim said...
    Wah,barua2 pas umno nk salahkn cina plk.dulu lebai bersama dap tk pula buka mulut pasal ni.sejak parti lebai gila kalah barua2 terus meroyan.barua2 pas kini bersama umno urk jatuhkan kerajaan islam yg diketuai ph. Pergi mampos sama lobai gila seks.
    July 11, 2018 at 5:11 PM ]
    [ Ibnu hasyim said...
    Korang sembanglah dulu,aku nk kongkek ni,mlm wajib buat anak.
    July 12, 2018 at 11:49 PM ]

    Kalau begini adakah perlu saya tutup bahagian komen terus. Atau ditapis dulu. Atau ditutup untuk orang-orang tertentu. Saya dah beri peluang lama terus siar tanpa tapis, tapi puak-puak spesis jahat salah guna kebaikan yang diberi, Mereka menikam Islam melalui blog ini. Atau adakah perlu saya buat report polis.

    Apa pandangan anda?

    ReplyDelete
  10. Hadi awng masih menyembah dan akur arahan najib suruh keluar dewan. Ini lah balasan allah jika perjuang islam tapi mengikut telunjuk parti sekular

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami ahli pas tak percaya anon 4:28

      Kami tetap berpegang teguh diblkg tuan guru.

      Haji Hadi

      “Saudara-saudara sekalian, percayalah. Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku”.

      Delete
    2. Nmpaknya org2 melayu yg bodoh akan terus hidup dalam kebodohan, mereka bersorak melihat kebodohan disatu pihak yg mereka benci tp bangga melihat kebodohan melayu dipihak mereka sokong, sptutnya org melayu merasa sedih melihat hmpir semua parti org melayu kini berada dalam kebodohan yg tek pernah begitu ketara sejak skian lama, kpd siapa lg yg boleh diharapkan untuk mmbela nasib melayu

      Delete
  11. yang lawaknya selepas keluar dewan masuk dewan balik angkat sumpah mp...ingatkan nak boikot balik umah...bab "elaun fulus'punya hal terpaksa tebal muka!

    Ingat kluar dewan terus balik..
    keluar dewan ramai2 nak pekena jamuan....hehehe


    INI MACAM PUNYA ORANG ADA LAGI Kaa!!!

    ReplyDelete
  12. Inilah kebodohan melayu, mereka msih lg tak sedar melayu telah hilang kekuasaan politik, nmpknya melayu makin bodoh berpolitik, parti melayu baik dalam ph mahupun umno pas terus mnjukkan kearah kemerosotan kpimpinanan, makin malap nasib melayu untk jangka masa yg pnjang ditanah yg asal org melayu

    ReplyDelete