Tuesday, July 24, 2018

CAP Terkejut &Bantah K/Negeri PP Pnjam RM1 Bilion Dari K/Persekutuan.


PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mendapatkan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk memulakan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bagi membiayai projek Pan Island Link (PIL) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan yang terdahulu yang kini menjadi Menteri Kewangan telah memberi jaminan bahawa projek itu tidak akan melibatkan sebarang dana awam.

Kini cerita yang berbeza diberitahu dan jika pinjaman itu diluluskan, ia mungkin meletakkan risiko situasi kewangan Pulau Pinang. Terdapat risiko ekonomi dan alam sekitar yang besar berkaitan dengan PTMP dan adalah diragui bahawa sesetengah projek utama dikaitkan dengan rancangan itu boleh menjana hasil untuk membayarnya sendiri.

Tambahan lagi, bagaimana jika kemudiannya didapati RM1 bilion itu tidak mencukupi dan kerajaan negeri terpaksa meminjam dengan lebih banyak? Ini hanya akan menambahkan lagi beban berat terhadap kerajaan negeri dan rakyat Pulau Pinang.

Kami diberitahu oleh Kerajaan Persekutuan, termasuk Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa Malaysia tidak mampu untuk mempunyai projek mega disebabkan hutang negara yang berjumlah trilion ringgit.

Kenapa pengecualian dibuat bagi PTMP? Anggaran kos projek itu ialah lebih RM40 bilion.

Dana daripada Kerajaan Persekutuan diperlukan untuk Pulau Pinang. Tetapi dana ini diperlukan untuk perbelanjaan penting termasuk pemulihan beratus cerun dan kawasan bukit yang terjejas oleh tanah runtuh dan menambah baik keadaan sungai serta mewujudkan ruang hijau dan permukaan yang telap untuk menyerap air hujan. Dana juga diperlukan untuk pemulihan dan pemuliharaan kawasan pantai seperti pantai dan hutan bakau, projek tebatan banjir dan memperbaiki keadaan kehidupan golongan yang mudah terjejas dan komuniti miskin.

Ini semua adalah perkara utama yang memerlukan pembiayaan jika Pulau Pinang mahu pulih daripada kerosakan yang disebabkan oleh ribut, angin kencang, hujan lebat dan banjir dan untuk mencegah atau mengurangkan masalah ini pada masa depan.

Kerajaan Pulau Pinang perlu memohon untuk membiayai dengan segera pelan dan strategi lengkap bagi mengelakkan banjir dan bencana alam sekitar lain pada masa depan.


PTMP, terutama sekali dengan penarahan bukit dan tebus guna tanah secara besar-besaran daripada laut akan menambahkan lagi masalah alam sekitar ini daripada menyelesaikannya.

CAP sekali lagi mengulangi gesaan supaya dilakukan semakan semula secara lebih komprehensif seluruh PTMP.


Penilaian Kesan Alam Sekeliling bagi PIL yang dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan banyak kemudahan awam termasuk Taman Belia, sekolah, kuil, dan kawasan sensitif seperti Bukit Bendera akan terjejas dengan lebih serius. Ramai komuniti kini sedar kepada hakikat bahawa PTMP memberikan kesan bencana terhadap cara hidup dan alam sekitar di Pulau Pinang.


PTMP ini perlu digantung sehingga semakan semula secara komprehensif dilakukan dan komuniti yang akan terjejas dengan serius di Pulau Pinang dapat memahami kesan Pan Island Link (PIL) dan mampu untuk memberikan maklum balas.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak seharusnya meminta pinjaman RM1 bilion untuk mempercepatkan pelaksanaan PTMP dan Kerajaan Persekutuan seharusnya tidak menyediakan pinjaman itu. 
SM Mohamed Idris
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang 
HARAKAHDAILY 23/7/2018

19 comments:

ted manoff said...

Bangang..nk buat pinjman pun nk bising..nk buat prasarana utk rakyat pun bising..agaknya klau umno yg buat mesti senyap psl habuan utk cap nii mesti byk..tuan ibnu beli kereta atau rumah cash atau buat pinjaman..?😇😇

ted manoff said...

IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..

Anonymous said...

Jadi ahli perniagaan yang tidak berakhir dengan kejayaan?
Sebabtu saya rasa Ibnu Hasyim ni takde tokoh untuk ceburi bidang blogger kerana tulisan yg disiarkan nampak IQ dia amat rendah.

Soal pinjam kerajaan Neg PP dengan persekutuan pun bising. Cuba periksa senarai hutang kerajaan negeri dengan pusat...semua kerajaan negeri ada hutang. biasalah, tanggungjawab mereka nak bayar gaji dsb

Apa bising-bising

#ABAH

#AsalBukanAbdulHadi

Anonymous said...

Itu pikiran Ted bodoh. Siapa nak ambil peduli. Jilat Juboq DAP. Anti Islam. Pee mampuih la..

Anonymous said...

https://wrlr.blogspot.com/2018/07/siri-1-terjemahan-kepentingan-rahsia.html

Anonymous said...

Ape yg salahnye kalo kerajaan negeri PH pijam dai kerajaan PH persekutua...rakyat penang penyumbang cukai yg besar kpd kerajaan persekutuan..pinjaman kena bayar balik...

Kalo persekutuan biayai projek di penang pon tak salah kerana rakyat pulau pinang sokong PH...

Anonymous said...

Ismail Sabri: Umno, PAS setuju anjur program bersama di Sg Kandis

Lum Chee Hong
24 Jul 2018, 12:20 pagi (Dikemaskini 24 Jul 2018, 1:25 pagi)

A A
PRK SG KANDIS | Datuk Seri Ismail sabri Yaakob mendakwa Umno dan PAS sudah sepakat untuk mengadakan satu program bersama sempena kempen PRK itu.

Beliau yang baru menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor menyatakan harapannya agar program itu nanti akan mempertemukan dua parti itu di pentas yang sama, walaupun tidak dianjurkan secara rasmi atas nama parti.

"Tadi saya sudah berbincang dengan seorang pemimpin PAS dan dia setuju," dakwanya.

"Sebagai contoh, (boleh diadakan) forum perdana Islam yang menampilkan Syamsul Debat yang mewakili Umno dan Ustaz Azhar Idrus yang mewakili PAS.

"Kita mahu tunjukkan ada kerjasama antara Umno dan PAS. Kalau boleh, mungkin kita letakkan setiausaha agung Umno dan PAS pada malam terakhir (kempen)," katanya lagi.

Anonymous said...

Lobai Pas kenalah sokong program tokey yg bagi duit...

cik siti said...


Anon July 24, 2018 at 7:38 AM

Saya setuju pandangan begini,bukan macam ted manoff, buat malu PH saja. macam kena histeeria.

Anonymous said...

Tak habis2 pinjam duit. Kata hebat sangat. Masalah betul kalau negara dipimpin oleh mamak yg tak bertaraf ust. Ilmu agama ciput, bab hina Nabi no satu. Bab perlekeh ulama no satu. Bab beri fatwa sesat pun no satu. Udah lah sesat, menyesatkan org pulak. Pakatan pun bersama org yg menentang ugama dan bukan ustaz seperti mat sabu the syiah, wan azizah dan anwar. Tapi mereka ada ulamak hebat iaitu lim guan dan bapanya lim kit siang. Wakil terorist pun ada sama mr ramasami. Penyokong pun dah nampak bengap dan bodoh bertingkat2.

Anonymous said...

cik siti bengap, hang tau ka histeria macam mana?

Anonymous said...

Ya, ana tahu, Pas sudah dicucuk hidung oleh OMNO, mcm lembo, jadi balachi umno, tukang tanggong bala` umno, selamat mampos lah pas, HAMpas!

Unknown said...

Ibnu HASHIM sembang islam bergegar puak2 ni termasok hang la ni calun sg kandis saorang Ilmuan Islam tapi pasal apa pas pilih lokman Adam nampak sangat lagi terang bersuloh pas cuma memperdagangkan ugama Islam..Allah maha megetahui pada siapa yg hendak diberikan kuasa..pas memalukan ugama Islam pada none muslim bertaubatlah IH dan semua puak yg menjual Islam dgn harga yg amat murah.

Anonymous said...

CAP ni dikatakan bongok, mmg bongok mcm umnongok pon, dulu aku suka dia ni, mulai hari ni menyampah dah sebab kenyataan super bongokn nyer tu. Penjilat jubor umno juga rupanya!

Anonymous said...

Kelantan termasuk ranking top 5 peminjam tertinggi dari kerajaan Persekutuan. Ibnu, cakap kat Mat Yakop jgn pinjam, nanti rakyat miskin! Memang negeri paling miskin sudah.......!

Anonymous said...

Sabah pon sama bah.......tapi sabah tukar sokong PH suda........bagus bah!

Anonymous said...

Begitulah cara fikir otak orang yg terjajah! Kesannya amat sukar dilupuskan! CAP jajahan umno dokongan hamPAS!

bunbinban said...

Pinjam je pun. Utk buat prasarana. Kebaikan utk rakyat pp. Xde masaalah kot. Masa mula2 ambil pp dari gerakan dlu, boleh dorang settlekan hutang tinggalan BN dlu. Dlm keadaan jadi negeri pembangkang. So not a big deal. Tapi ni yg minjam duit pusat nak bayor gaji kakitangan tu pe cite?. X reti2 nak jana ekonomi sendiri ke?. Sembang kencang. Nak handle sampah pun x leh nak sembang lgi. Kahkahkah...sembang tambah bini aku mmg tabik spring kat lebai. Kahkahkah...

Anonymous said...

Dap setan dap dajjal dap setan dap dajjal dap setan dap dajjal dap setan dap dajjal Dap setan dap dajjal dap setan dap dajjal dap setan dap dajjal dap setan dap dajjal Dap setan dap dajjal dap setan dap dajjal dap setan dap dajjal dap setan dap dajjal Dap setan dap dajjal dap setan dap dajjal dap setan dap dajjal dap setan dap dajjal Dap setan dap dajjal dap setan dap dajjal dap setan dap dajjal dap setan dap dajjal Dap setan dap dajjal dap setan dap dajjal dap setan dap dajjal dap setan dap dajjal

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails