Friday, July 06, 2018

Dr Zuhdi Ditnah, Sinar Harian Minta Maaf.


Sinar Harian memohon maaf atas kesilapan menggunakan gambar yang tidak berkaitan dengan Himpunan Solidariti Buat Najib malam tadi. Gambar yang digunakan itu ialah ketika Himpunan NGO Mempertahankan YDPA baru-baru ini.

Sinar Harian tiada sebarang niat untuk memfitnah AJK Pas Pusat, Dr Zuhdi Marzuki, sebaliknya adalah kesilapan teknikal. Sinar Harian telah menarik balik artikel tersebut di Sinar Online sebaik menyedari kesilapan tersebut dan membetulkan gambar berkaitan. 

Adakah dengan menarik balik itu fitnah yang tersebar boleh dipadamkan? Berapa orang yang hanya baca fitnah dan tidak membaca pembetulan Sinar Harian?


Kesan daripada sebaran fitnah kepada PAS
1. Ada ahli PAS berpusing haluan kerana termakan fitnah (ini satu kebodohan)
2. Macai Pakatan Harapan, terutama puak Amanah berseronok dengan maklumat ini kononnya PAS dah rosak (ini satu bala untuk mereka)

MR : Fitnah adalah sunatullah dalam perjalanan dakwah, siapa yang paling banyak dapat 'panah fitnah' dia sebenarnya menepati perjuangan Islam yang dibawa oleh nabi dan ulama terdahulu. Jadi jangan risau kalau fitnah membuatkan anda kalah dan dibenci.... 
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

1 comment:

bunbinban said...

ok. Aku minta maaf. Tapi still nyalakan lilin kan?. Kahkahkah...dan fitnah2 yg lebai2 buat termasuk gambar2 lucah yg di upload kan di blog ni apa cerita?. X beredar ke di alam maya dan di dunia realiti?. Halal?. X berdosa sbb ada no ahli?. Ke sbb jari bercagu maka kamu kebal dosa?. Kahkahkah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails