Tuesday, July 31, 2018

Islam Di Era PH, Gagak Berjalan Di Bangkai Anjing.. -Ahmad Fadhli



SHAH ALAM: Kemenangan PH yang dibentuk oleh majoriti bukan Islam dilihat menjadi halangan para agamawan serta pemimpin Islam di dalam koalisi itu untuk melaksanakan agenda Islam, demikian pandangan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.
 
Menurut beliau, kekangan yang berlaku pula bersama desakan-desakan hingga apabila pemimpin berkenaan membangkitkan sesuatu perkara, kemudiannya berpatah ke belakang (u-turn) disebabkan tekanan oleh pihak tersebut.
 
Fadhli memetik satu pepatah Arab mengenai gagak berjalan di atas bangkai-bangkai anjing di mana memberi pengajaran betapa orang yang berpandukan perkara tidak betul akan terus berhadapan atau melalui banyak keburukan.
 
“Percayalah dalam masa lima tahun ini desakan-desakan akan semakin besar, semakin rapat dan akan ada polisi-polisi yang mereka umumkan di atas semangat mereka sebagai non-Muslim,” ujarnya pada WacanaSinar Harian Ke-66 membicarakan tajuk “Islam Di Era PH” di Dewan Karangkraf, Seksyen 15, di sini kelmarin dahulu.
 
DAP halang, beri tekanan
 
Katanya, wujud eskapisme sebagaimana jawapan oleh Timbalan Menteri yang ditanya mengenai status RUU355, tetapi dijawab bahawa ianya di bawah urusan Speaker, walhal dilihat takut berhadapan dengan kemarahan DAP.
 
Beliau turut menyatakan bahawa sikap DAP pada ketika ini tidak memungkinkan Mahkamah Syariah diperkasakan, apatah lagi sikap agamawan dan pemimpin Islam di dalam PH yang kelihatan cenderung kepada orang bukan Islam.
 
Kecenderungan tersebut ulasnya, hinggakan agamawan dan pemimpin Islam berkenaan juga cenderung mengabaikan masalah LGBT yang sekadar dianggap sebagai dosa peribadi sedangkan golongan itu secara terbuka telah mempromosikan gaya hidup mereka.
 
“Kenapa kita perlu memberikan kenyataan seolah-olah ‘favour’ pada golongan mereka. Adakah mereka ditindas atau sedang dianaktirikan? Walaupun mungkin ada, tetapi lebih penting daripada itu, mereka sedang mempromosikan gaya hidup mereka dan ini perlu untuk diambil tindakan. 
 
“Sebab itulah kita sangat-sangat tidak setuju dengan kenyataan Menteri. Bila menyebut ‘Hifz ad-Din’ ini menjaga semua agama. Walaupun itu ada pandangan daripada ulamak yang kontemporari ada, bukan tidak ada. Tetapi apa perlunya anda mempromosikan istilah ‘Hifz ad-Din’ dalam keadaan bukan Islam tidak tertindas semua dalam negara kita?
 
“Masalahnya ialah satu persatu ikatan-ikatan Islam itu seolah-olah sedang dirungkaikan, sedang dipromosikan untuk dirungkai. Tiba-tiba kita buat kenyataan ‘favour’ kepada golongan yang nak lawan Islam,” ujarnya melihat semua itu cabaran Islam di era PH. 
 
Pun begitu, Fadhli tetap berharap para agamawan di dalam PH memainkan peranan menggunakan mandat lima tahun ini untuk melakukan perkara terbaik untuk kepentingan Islam dan PAS tetap tegas dengan pendiriannya membawa Islam secara syumul.
 
Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa, PAS tidak ada masalah berkerjasama dengan mana-mana pihak atas dasar kepentingan Islam, rakyat dan negara, bahkan sentiasa bersedia untuk itu. - HARAKAHDAILY 30/7/2018

24 comments:

Anonymous said...

Islam di era PH, gagak berjalan di bangkai anjing: Kata PAS.

Camana kalau PH kata pula: Islam bagi PAS seperti barang lelongan di pasar karat.

Anonymous said...

Tembak pak asim, tembak!!
Biar terus meroyan.. jangan biar balaci tu diam..
ha ha ha

bunbinban said...

Gagak la anjing la...yg PIGS. Kahkahkah...dulu ada peluang nak bahas kat dewan hadi awang minta tangguh. Bentang pastu sokong pastu minta tangguh bahas...pastu salahkan org lain. Kalau x munafik nak panggil apa mcm tu?. Jadi2 la main isu ruu355. cukup2 jual agama demi kepentingan politik murahan korang.

Anonymous said...

Yang pasti ialah grup anti isle adalah grup tanpa had masa yakni akan sampai ke sudah. Apabila 'duri dalam daging isle' dan 'musuh dalam selimut isle' hulurkan tangan kanan pada grup a-isle ... naik tocianglah grup berkenaan.

Anonymous said...

Bila Kuttie ambil alih jawatan pengkerusi khaztanah dari tangan Lin Guanfir, itu petanda sudah ada kesedaran: tak boleh letak semua atas bahu Dapfir, tak boleh beri banyak murka dan elakkan serah bulat2. Pada anak buah Kuttie yang diamanahkan jaga agama, ikutilah langkah dan pendekatan baru Kuttie bila menilai Dapfir.

Anonymous said...

ibnu/admin/lelabi, kenapa Muhammad S.A.W tidak menangkap dan membunuh Yahudi yang KENCING (buang air kecil) di dalam masjidNya? Perbuatan Yahudi itu `live` depan mata Nabi S.A.W dan para Sahabatnya. Kenapa ibnu/admin/lelabi? Tolong jawab kat sini boleh kan.........

Anonymous said...

Oooooooooo mad fadli pas, mung pakar bab peribahasa arab rupanyerrrr......tu je kerrrrrrr? tapi dok kena gaya napoknye maksud yang mung beri tuh!

Anonymous said...

syg pas tk menang klu tk kita lantik hadi atau fadhli jd pengarah zoo negara.

yg mabusia hnya pas. org lain semua haiwan.. inilah fahaman yahudi mnganggap manusia lain adalah ghoyyim.

agak2 org bkn islam nk tertarik dgn islam ke mcm ni. semua diibarat binatang.

dh tu jgnlah sibuk urusan binatang dlm negara ni. pi dok kelompok mu ajela dok urut janggut masing2.

pas islam tk berakhlak. huduh

Anonymous said...

helooo musuh dlm selimut pas adalah yg berfikrah syiah dn khawarij dn agen2 cia berjubah..

termasuk salah sorang presideng mung tu.

Anonymous said...

buruk betul akhlak ank2 didik hadi.. makin susut sokongan pd walaun.. aamiin

Anonymous said...

ibnu tk tau semua ni... yg ibnu tau hadi klu jd mcm tu dia suruh maki org harbi harbi anti islam.. halal darah.

inilah khawarij.. semakin terserlah sikap mereka. islam dh mcm mk bapak tok nenek dia sorang

klu dh rasa gitu buatlah islam sorang2 jgnlah marah org lain 'tk buat islam'.

khawarij amat bahaya pd umat.

Anonymous said...

tembaaaakkk.. doooom
dgn kereta kebal kertas surtkabar terpakai harakah

haha

aduuuh sakitnya tembakan itu.. rasa meroyan lah..

Anonymous said...

Ularmak dan ostad-ostad dalam pakatan adalah ulama Suk' kerana mereka diternak oleh parti munafik liberal dan parti kafir harbi DA-Pig untuk mencantikkan kezaliman dan ketidak-adilan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pakatan munafik liberal-kafir harbi dan memutarbelitkan kebatilan menjadi kebenaran untuk penguasa pemimpin-pemimpin pakatan munafik liberal-kafir harbi.

Bahkan mereka bersekongkol dengan musuh-musuh Islam untuk menghina ajaran Islam dan perjuangan Islam dan menfitnah parti Islam PAS pimpinan ulama dan menafikan hak umat Islam di negara Islam ini.

Mereka bersikap seperti syaitan bisu berdiam diri setiap kali pemimpin-pemimpin munafik liberal dan pemimpin-pemimpin kafir harbi DA-Pig menghina ajaran Islam dan perjuangan Islam dan menafikan hak umat Islam. Nampaknya ulama su' (ulama jahat) ini lebih takut pada abang besar kafir harbi DA-Pig dari Allah Yang Maha Esa.

Ulama su' ternakan pakatan ini adalah sesat lagi menyesatkan kerana mereka sanggup menjual agama untuk mendapatkan sedikit keuntungan dunia sedangkan sebenarnya mereka rugi di dunia dan di akhirat kerana mereka lebih mementingkan hawa nafsu serakah mereka sendiri dari ajaran Islam. Merekalah pengkhianat agama Islam dan umat Islam.

Allah telah berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati. (QS. Al-Baqarah: 159)

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

"Kebinasaan bagi umatku (datang) dari ulama sû’; mereka menjadikan ilmu sebagai barang dagangan yang mereka jual kepada para penguasa masa mereka untuk mendapatkan keuntungan bagi diri mereka sendiri. Allah tidak akan memberikan keuntungan dalam perniagaan mereka itu." (HR al-Hakim).

Kesimpulan

Hari ini kita boleh melihat dengan jelas bagaimana KERAjaan pakatan telah menipu rakyat dengan memungkiri pelbagai janji dalam manifesto pakatan sendiri dan menghina agama Islam dan menindas umat Islam dan menafikan hak umat Islam di negara ini.

Wahai umat Islam marilah kita semua kembali kepada ajaran Islam dan bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRK, PRN dan PRU15 untuk memperjuangkan, melindungi dan membela agama Islam dan hak umat Islam di negara Islam ini yang sedang diancam oleh puak munafik liberal dan puak kafir harbi.

Anonymous said...

Nampaknya barua-barua laknatullah ternakan pakatan liberal-kafir harbi sedang meroyan gila babi dan histeria dengan menyerang, menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam waalaupun yang bertanding di Sungai Kandis ialah UMNo vs Pakatan.

Ini jelas membuktikan barua-barua laknatullah ternakan pakatan liberal-kafir harbi dan pemimpin-pemimpin mereka adalah musuh Islam kerana mereka amat membenci ajaran Islam, perjuangan Islam, ulama Islam, jemaah Islam seperti PAS dan umat Islam yang menyokong perjuangan Islam.

Kita yakin sebahagian besar barua-barua ini terdiri dari puak kafir habri yang menyamar sebagai orang Melayu untuk menipu dan menyesatkan umat Islam dan menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam dan perjuangan Islam.

Anonymous said...

Hanya macai-macai kafir harbi yang sanggup menghina dan menfitnah agama Islam, perjuangan Islam, ulama Islam, institusi Islam, jemaah Islam seperti PAS dan menafikan hak umat Islam kerana mereka amat membenci Islam.

Anonymous said...

PIGS = Pakatan In Garbage Shits !

Anonymous said...

Benar seperti tulisan ust Ahmad Fadhli. Macai pun seperti gagak juga. Tak boleh terima hakikat bila hadith Nabi dijadikan sandaran. Ust2 jadi sasaran. Menepati spt kata Ust A Fadhli.

Lihat bahasa dan hujah yg macai gunakan. Menampakkan penentangan yg ketara terhadap ilmuan Islam. Nada seolah 2 untuk memenuhkan citarasa dap. Kesian mereka. Tak ada jati diri. Hidup dengan semangat dap the pig eater. Perjuangan utk dap. Payah utk mereka insaf, akan ada hujah dangkal dan songsang dari macai.

Anonymous said...

khawarij

Anonymous said...

rasanya agen2 cia dlm pas yg tulis semua ni... utk memburukkn imej pas sebagai parti islam.

tk mungkin org beragama menulis mcm ni. sgt jauh dr islam.

harap ibnu hati2 tulisan pro pas ini yg blh memburukkn imej pas. jgn syok sgt depa sokong pas tp sokong bawa rebah.

amat mustahil pejuang islam berakhlak mcm ni.

ibnu u better be careful. useless u one of them.

Anonymous said...

hati2 cia khawarij dlm pas. mereka akn buat org jauh dr islam. tulisan mereka penuh makihamun dn senarai membinatangkn org lain.

tkde satu pun ciri pendakwah. jauh sekali akhlak nabi saw. sat lg khawarij jawab penyokong ph pun makihamun.

kami org jahil tk alim mcm kamu. kamu patut tunjuk imej yg baik. dap tkkn blh jahanamkn pas. puak khawarij dn cia la yg jahanamkn pas dr dalam sekarang ini dgn mmberi imej burukpd pas.

alangkah sedihnya klu lah arwah presidenw pas yg dulu melihat akhlak pejuang pas sekarang.

sejak kematian tgna.. geng khawarij tajaan cia serta merta tunjuk belang dn keburukan mereka.

sedih lihat pas sekarang.

Anonymous said...

khawarij cia penjahanam pas

Anonymous said...

khawarij cia penjahanam pas

Anonymous said...

Buku kena bertemu ruas baru ada persaingan. Perangai Khawarij di sebelah sana ditentang dengan kaedah khawarij jua, perangai Tutanhamun ditentang dengan pendekatan Tutanhamun jua. Barulah fair dan baru depa rasa bukan depa saja menguasai perangai dan pendekatan berkenaan. Baru depa dapat akai. Wakuiwakuiwakk.

Anonymous said...

KENAPA LEBAI TAK JAWAB KEJIAN DAN CACIAN?

Baru ku sedar kenapa Ulamak tidak pernah menjawab kejian dan cacian dari mereka yang jahil.

Kisah yang menarik untuk dikongsikan bersama.

Ibnu 'Ajlan rhm. meriwayatkan daripada Sa'id al-Maqburi rhm, daripada Abu Hurairah r.a

أَنَّ رَجُلًا سَبَّ أَبَا بَكْرٍ عِنْدَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم، وَالنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم جَالِسٌ لَا يَقُولُ شَيْئًا. فَلَمَّا سَكَتَ، ذَهَبَ أَبُو بَكْرٍ يَتَكَلَّمُ. فَقَامَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم، وَاتَّبَعَهُ أَبُو بَكْرٍ. فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ! كَانَ يَسُبُّنِيْ، وَاَنْت جَا لِسٌ. فَلَمَّا ذَهَبـْتُ أَتَكَلَّمُ، قُمْتَ. قَالَ : إَنَّ الْمَلَكَ كَانَ يَرُدُّ عَنْكَ. فَلَمَّا تَكَلَّمْتَ، ذَهَبَ الْمَلَكُ، وَوَقَعَ الشَّيْطَانُ، وَكَرِهْتُ أَنْ أَجْلِسَ. .

Maksudnya: "Sesungguhnya seorang lelaki telah memaki Abu Bakar r.a di sisi Nabi SAW, sedangkan Nabi SAW duduk tanpa berkata apa-apa. Tatkala lelaki itu diam (dan habis memaki), Abu Bakar r.a pula pergi bercakap ( membalas makian tersebut). Lalu Rasulullah SAW bangun (beredar dari tempat itu), dan dikejar oleh Abu Bakar r.a seraya berkata: "Wahai Rasulullah! Dia telah memaki saya, sedangkan Tuan duduk (dan diam sahaja). Tetapi ketika saya pergi bercakap, Tuan bangun (dan beredar)." Baginda pun bersabda: "Sesungguhnya malaikat telah mempertahankan kamu (ketika kamu diam). Tatkala kamu bercakap, malaikat itu pun pergi dan syaitan datang. Jadi, aku tidak suka duduk (di tempat yang didatangi syaitan).
Riwayat oleh Al-Baihaqi

Beginilah tarbiyah Rasulullah SAW kepada para sahabatnya dan kita semua bagi mengajar erti kesabaran yang sangat tinggi pada saat yang sangat mencabar. Dengan bersabar, pasti Allah akan datangkan bantuan dan pertolonganNya samada disedari ataupun tidak.َ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails