Tuesday, July 17, 2018

Jom Demo! Pemandu Teksi Sambut K'jaan PH Di Parlimen.

Pemandu teksi sambut kerajaan PH di Parlimen dengan ‘demo’
Pada hari pertama pembukaan sidang Parlimenke-14, pemandu teksi menyambut kerajaan baru pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengadakan demonstrasi bantahan berhubung isu perkhidmatan e-panggilan Grab, bertempat di Padang Merbok, 500 meter dari bangunan Parlimen. 

Menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia Kamarudin Mohd Hussain yang mewakili pemandu teksi seluruh negara melahirkan rasa kesal terhadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook kerana dianggap tidak memahami tuntutan sebenar kumpulan pemandu teksi di negara ini. Katanya, Loke tidak membuka ruang kepada pihak industri teksi untuk berbincang mengenai nasib industri itu.

“Beliau tak buka pintu rundingan dengan pemandu teksi, beliau boleh buka pintu rundingan dengan wakil Grab tapi tak pernah adakan perjumpaan dengan pihak teksi. 
“Kami rasa ini tak patut, kami adalah pemain industri sebenarnya,” katanya dalam sidang medianya hari ini. Katanya, layanan yang diterima oleh mereka sama seperti kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
“Tindakan kerajaan hari ini yang tidak membuka ruang untuk berbincang sama seperti kerajaan lepas,” katanya.

Kamal berkata jika isu ini gagal diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), pihaknya tidak menolak kemungkinan pemandu teksi akan hilang pekerjaan dan terpaksa mencari kerja lain untuk hidup.

“Jika isu ini gagal diselesaikan kami terpaksa ‘parking’ teksi dan mencari kerja lain,” katanya.

Dalam pada itu, Kamal berkata pihaknya merancang mengadakan perhimpunan kedua jika isu ini tidak dapat diselesaikan segera.

“Tapi kami harap ini perhimpunan terakhir jadi besar harapan agar ia dapat diselesaikan segera,” katanya.

Lebih 100 pemandu teksi hadir, mereka turut membawa plakad bantahan terhadap keterbukaan kerajaan kepada perkhidmatan Grab. Mereka menyerahkan memorandum kepada wakil Kementerian Pengangkutan. Kumpulan itu dikawal ketat pihak polis dan bersurai kita-kira jam 11.15 pagi setelah mula berkumpul jam 9 tadi.

17 comments:

ikan said...

point of order point of order kata seorang ahli sambil menjerit jerit.. pembangkang 61 tahun tu..amacam tengok menteri pertahanan baharu tu sakit tak mata tu...

ted manoff said...

Tuan ibnu ada berita baikk..pemimpin ph ajak artis "bertreesome"dihotel..berita panas nii tuan ibnu..mohon ibnu buat entry psl nii..kikiki..😂😂😋😎😍😘

Anonymous said...

Kenapa lu tak pegi jilat? Meleleh air liok.... ha ha ha

ted manoff said...

awak jangan cakap mengarut..

Anonymous said...

Ha ha ha

Anonymous said...

Ted tengah seronok dedak banyak masuk sebab tegar hina perjuangan islam.

Anonymous said...

Bukan hina tapi hentam pejuang islam celup.....yg tipu islam

Anonymous said...

Pemandu teksi nak demo ker tak nak demo ker terpulang kpd mereka...

Anonymous said...

Timbulnye grab kerana teksi tidak berikan khidmat yg memuaskan kpd pelanggan dgn kenakan caj lebih...

Anonymous said...

Equanimity kena rampas sekali lagi
17 Jul 2018, 8:36 am (Dikemaskini 17 Jul 2018, 8:52 am)

A A
Pihak berkuasa Indonesia sekali lagi memasuki dan menyita kapal persiaran mewah Equanimity hampir dua bulan selepas sitaan kali pertama disahkan terbatal atas faktor teknikal.

Langkah itu didedahkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam dokumen yang difailkan ke mahkamah semalam dan dilihat Malaysiakini.

Menurut dokumen itu Pejabat Hal Ehwal Luar DOJ mengemukakan permohonan untuk bantuan perundangan bersama (MLA) kepada Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia pada 19 April.

Ekoran permohonan berkenaan pihak berkuasa Indonesia kembali menaiki Equanimity dan menyita kapal persiaran berkenaan pada 9 Julai lalu.

"Pada 9 Jul 2018 pihak berkuasa Indonesia melaksanakan proses itu dengan menaiki Equanimity bersama satu salinan waran tangkap.

"Semasa di dalam kapal pihak berkuasa menyerahkan satu salinan waran tangkap ke atas kapal layar, serta satu lagi salinan waran tangkap untuk kapten Equanimity," kata dokumen DOJ itu kepada Mahkamah Daerah California.

Langkah tersebut dibuat sebagai makluman kepada mahkamah bahawa waran tangkap yang mereka keluarkan pada 16 Jun tahun lalu sudah dilaksanakan.

Kes masih di mahkamah

Anonymous said...

tunggu penjelasan lanjut.. org pasumno sila serang ph la.

Anonymous said...

Sakit juga. Sebab syiah ada kat dalam dengan bantuan dap.

Anonymous said...

Ted mana kenal yg betul. Ngaji ngan dap.

Anonymous said...

Pas je serang pan. Umno tunggu masa nak lompat ke ph. Ada masyuk nanti.

Anonymous said...

Kejora, Syed Sadik dah dirembat ole cewek cewek Indonesia, melepas la kamuuuuu!!!!!!!!!

Anonymous said...

tu betul ke semua pemandu teksi?.. sebahagian tu mungkin geng najib kot.

anak buah jamal jamban yg sedang beristirehat dlm lokap.

tkde pun nampak pejuang 355 membela mereka.

Anonymous said...

1- Elaun Hiburan ------------------RM1500.00
2- Elaun VIP (Istimewa)------------RM1500.00
3- Elaun Pengangkutan--------------RM1500.00
4- Elaun Pemandu-------------------RM1200.00
5- Elaun Telefon------------------- RM900.00
6- Elaun Hotel (max 1 mlm)----------RM350.00
7- Elaun Komputer Pribadi (max )---RM6000.00
-----------
+- RM1200.00
===========
8- Gaji-------------------------RM+-18000.00
===========
Income MP & ADUN +- ------------ RM30000.00 / bulan
===========

Tu yg buat muka tak malu menyembah angkat sumpah depan speaker yg dibantah! kah kah kah....
Ahli parlimen Pas umno tak bermaruah sama mcm sampah. Kharrrrk thuiiiii!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails