Sunday, July 15, 2018

Jom Usung Rumah Ini Ramai-ramai. Mengapa?


Penduduk kampung, pelajar Universiti Sultan Azlan Shah dan Universiti Teknologi Petronas mengangkat rumah tradisi di Kampung Labu Kubong anjuran Persatuan Kampungstay dan Homestay Labu Kubong dengan kerjasama Adventure360 Tours Sdn Bhd. - Foto Effendy Rashid


Tradisi usung rumah tradisional Perak meriah





KUALA KANGSAR: Selepas hampir empat jam, sebuah rumah tradisional Melayu Perak berjaya diusung sejauh lebih 150 meter oleh kira-kira 150 orang di Kampung Labu Kubong, Lubuk Merbau di sini, pagi tadi.
Rumah pusaka berukuran 8 X 6.7 meter seberat enam tan yang diperbuat daripada kayu cengal dan merbau berusia 80 tahun peninggalan seorang penduduk tempatan itu pada mulanya tidak terangkat walaupun seramai 110 orang cuba melakukannya.
Selama kira-kira sejam iaitu bermula 9.30 pagi, rumah itu hanya boleh diangkat tetapi tidak dapat diusung oleh penduduk kampung, pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang menyertai usaha gotong-royong itu.
Tetapi selepas azan dilaungkan seorang penduduk kampung dan pihak penyelaras meminta tambahan 40 pelajar pondok Madrasah Islahiah Saiburi, Pattani, Thailand, yang kebetulan berada di kawasan itu, rumah berkenaan berjaya diusung.
Penyelaras Program Mengusung Rumah Lama, Meor Samsudin Abu Hassan, 60, berkata pihaknya meminta izin daripada waris pemilik rumah satu bilik itu untuk dijadikan Galeri Budaya di Dataran Badang di kampung berkenaan sebagai tarikan pelancong.
"Walaupun pada mulanya kami merasakan agak mustahil rumah itu boleh diusung kerana terpaksa melalui sawah padi dan halangan parit, namun kesepakatan peserta dan penduduk akhirnya ia berjaya dilakukan.
 Uniersiti Teknologi Petronas mengangkat rumah tradisi yang mempuPenpelajarduduk kampung, Universiti Sultan Azlan Shah dan Uninyai berat kira-kira enam tan sejauh 150 meter untuk dijadikan Galeri Laman Budaya di Kampung Labu Kubong anjuran Anjuran Persatuan Kampungstay dan Homestay Labu Kubong dengan kerjasama Adventure360 Tours Sdn Bhd. - Foto Effendy Rashid
 Penduduk kampung,pelajar Universiti Sultan Azlan Shah dan Universiti Teknologi Petronas mengangkat rumah tradisi yang mempunyai berat kira-kira enam tan sejauh 150 meter untuk dijadikan Galeri Laman Budaya di Kampung Labu Kubong anjuran Anjuran Persatuan Kampungstay dan Homestay Labu Kubong dengan kerjasama Adventure360 Tours Sdn Bhd. - Foto Effendy Rashid
"Kami akan menghias dan meletakkan pelbagai peralatan termasuk mempamerkan pakaian tradisional daerah ini yang tidak terdapat di daerah lain dalam rumah itu untuk tarikan pelancongan," katanya ditemui pada program itu.
Turut hadir, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz, dan Pegawai Tourism Perak, Noor Azira Mohd Rais.
Meor Samsudin berkata, rumah berkenaan sesuai dijadikan rumah contoh tradisional negeri Perak yang unik selain tidak menggunakan sebarang paku dalam pembinaannya.
Menurutnya, kali terakhir aktiviti gotong-royong mengusung rumah di kampung itu ialah pada 1970 dan rumah itu dijangka menjadi tumpuan kerana terletak di Dataran Badang iaitu di tepi jalan raya Lubuk Merbau ke Padang Rengas.
"Sebanyak 35 rumah penduduk yang ada sekarang akan dijadikan inap desa di kampung ini dan dijangka menjadi tumpuan pelancong selepas rumah yang diusung ini siap dijadikan Galeri Budaya nanti.
"Kami turut merancang akan mengadakan pertandingan beradu kekuatan 'Badang' di Dataran Badang ini pada September depan yang disertai 24 buah negara," katanya.
Sementara itu, cucu pemilik rumah berkenaan, Ruzimah Abdul Rahman, 45, berkata rumah pusaka itu menyimpan banyak kenangan kerana ia bukan saja tempat dia dilahirkan tetapi juga tempat dia bersama ibu dan neneknya menjalani kehidupan seharian.
"Rasa sayu dan terharu kerana ia dipindahkan untuk dijadikan Galeri Budaya. Saya harap, rumah ini akan dipulihara dengan sempurna kerana boleh saya dan anak cucu terus melihatnya nanti," katanya yang sudah mendiami rumah sendiri di Karai, dekat sini, sejak 2005.
 Peserta mengangkat rumah tradisi di Kampung Labu Kubong bergambar selepas selesai mengusung rumah dari tapak asal sejauh 150 meter. - Foto Effendy Rashid
Sementara itu, pelajar UTP, Ahmad Abdul Muizz Ahmad Madzri, 24, berkata pengalaman mengusung rumah itu amat menyeronokkan kerana ia dilakukan secara beramai-ramai.
"Ini kali pertama saya mengusung rumah. Penerangan teknik yang betul diberikan sebelum dan semasa mengusung, menjadi pengalaman baharu dan amat berguna kepada saya," katanya.
Diana Adam, 21, pelajar jurusan Kewangan Islam USAS, pula berkata meskipun hanya menyorong papan untuk dijadikan alas tiang rumah setiap kali rumah itu hendak diletakkan ke tanah, ia tetap pengalaman yang menyeronokkan.
"Pada mulanya, saya cuba membantu mengusung rumah itu tetapi ia mustahil, menyebabkan saya dan beberapa rakan ditugaskan sebagai pembawa papan pelapik tiang rumah bagi mengelakkan tiang terjerlus ke dalam tanah sawah yang agak lembut itu," katanya. (BH)
 Penduduk kampung, pelajar Universiti Sultan Azlan Shah dan Universiti Teknologi Petronas mengangkat rumah tradisi di Kampung Labu Kubong anjuran Persatuan Kampungstay dan Homestay Labu Kubong dengan kerjasama Adventure360 Tours Sdn Bhd. - Foto Effendy Rashid

2 comments:

Ibnu Hasyim said...

Awas Ibnu Hasyim tiruan..
Lihat ini..

[Ibnu hasyim said...
Wah,barua2 pas umno nk salahkn cina plk.dulu lebai bersama dap tk pula buka mulut pasal ni.sejak parti lebai gila kalah barua2 terus meroyan.barua2 pas kini bersama umno urk jatuhkan kerajaan islam yg diketuai ph. Pergi mampos sama lobai gila seks.
July 11, 2018 at 5:11 PM ]
[ Ibnu hasyim said...
Korang sembanglah dulu,aku nk kongkek ni,mlm wajib buat anak.
July 12, 2018 at 11:49 PM ]

Kalau begini adakah perlu saya tutup bahagian komen terus. Atau ditapis dulu. Atau ditutup untuk orang-orang tertentu. Saya dah beri peluang lama terus siar tanpa tapis, tapi puak-puak spesis jahat salah guna kebaikan yang diberi, Mereka menikam Islam melalui blog ini. Atau adakah perlu saya buat report polis.

Apa pandangan anda?

Anonymous said...

Kami mahu cerita skandal dgn bini orang! !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails