AL-HAMDULILLAH kita selesai melaksanakan PRU14 dalam suasana aman walaupun ada sedikit ketegangan. Keputusan yang unik, apabila adanya perubahan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang berbagai parti, sama ada bersama kerajaan Pusat yang berkonsep campuran dan kerajaan negeri atau pembangkang yang memerintah beberapa kerajaan negeri.
Apa yang penting kita menghormati keputusan rakyat sama ada betul atau dengan salah perhitungan yang sudah berlalu. Mana yang betul perlu ditambah baik dan yang salah diperbetulkan.
Terpenting juga ialah melaksanakan konsep federalisme yang dinyatakan dalam Perlembagaan Negara. Kenyataan YAB PM mengembalikan semula Royalti Petroleum yang tidak diberi kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu dahulu, diucapkan terima kasih dan sangat positif kepada pelaksanaan menghidupkan konsep Federalisma yang dilemahkan dahulu. Diharapkan banyak lagi ruang yang patut diberi kepada kerajaan negeri khususnya bagi menunjukkan model Islam yang kami janjikan dalam manifesto negeri, khususnya dalam aspek memperkenalkan Islam yang menjadi tujuan kami.
Walau bagaimanapun, perlu kepada keterbukaan sehingga meminda Perlembagaan dan akta-akta peninggalan zaman penjajahan dahulu kerana kita telah mencapai kemerdekaan lebih daripada setengah abad, dan kita telah melakukan banyak pindaan, ada juga yang tidak penting serta meninggalkan yang lebih penting seperti memperkasakan kedudukan Islam mengikut takrifnya yang sebenar. Dan hak Bumiputera dan bahasa kebangsaan yang masih ketinggalan.
Dalam aspek ekonomi yang sangat mencabar, khususnya dalam arena antarabangsa yang mencetuskan perang ekonomi di kalangan kuasa besar khusus China dan Amerika. Kita mempunyai kedudukan yang tersendiri, dari kedudukan geografi, sumber dan tenaga manusia. Namun perlu mengutamakan kepentingan rakyat kita, dalam keadaan kita berada di tempat yang kukuh dan mempunyai sumber bumi kita dan rakyat kita sendiri. Hasil bumi yang melimpah ruah dan tenaga manusia yang berkepakaran dan bertenaga. Sekiranya diolah dengan baik kita dapat memperkasakan diri dan negara kita di tengah-tengah percaturan antarabangsa.
Langkah pandang ke Timur yang pernah dilaksanakan dahulu perlu dilakukan pembaharuan terkini. Khususnya meletakkan keutamaan kerjasama serantau dari kalangan negara jiran dan negara sahabat, kerjasama negara Islam dan negara NAM dahulu. Memilih pendekatan kerjasama dengan negara setaraf dengan kita atau negara mundur adalah lebih baik daripada berlumba dengan negara besar yang rakus tidak bersimpati dengan kita. Namun, hubungan dengan semua negara tidak diputuskan, bersama kebijaksanaan kita, tidak terikat sangat rapat dengan negara tersebut dan sangat bergantung dengan agensi yang dimonopoli oleh mereka seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dan mata wang tunggal seperti US Dollar yang sangat diragui kebenaran dan kekukuhannya.
Keadaan geografi dan sumber semula jadi yang berada kepada kita perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, kerjasama negara serantau dan sahabat yang tersebut tanpa mendedahkan diri menjadi pengkalan yang digunakan oleh negara besar yang berkepentingan di pihaknya sahaja. Lebih malang sekiranya kita mendedahkan diri menjadi medan peperangan dalam kalangan negara besar seperti yang pernah berlaku pada abad yang lalu.
Penyelesaian kedudukan Bumiputera yang masih terkebelakang perlu ditingkatkan lagi tanpa berlaku zalim terhadap pihak yang lain, dengan menghidupkan semangat kerjasama dan bertolong menolong dalam masyarakat majmuk yang bersifat Madani, bukan semangat perlumbaan perkauman dan penindasan yang boleh mencetuskan ketegangan.
Kedudukan negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan juga Malaysia Timur Sarawak dan Sabah yang terpinggir mengikut cara yang diadakan pada zaman penjajah dahulu hendaklah diubah, kerana daerah ini hanya diperas hasil buminya yang kaya dalam keadaan rakyatnya yang majoriti Bumiputera masih terpinggir dengan kemudahan asas yang diabaikan seperti pelabuhan dan kawasan industri, bahkan lebuh raya yang lebih dipesatkan di Pantai Barat walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang juga menghala ke Timur bukan sahaja ke arah Barat.
Kos sara hidup rakyat yang tidak mampu menghadapi tekanan inflasi yang tidak terkawal, walaupun penyelesaiannya ditawarkan oleh semua manifesto parti kerajaan dan pembangkang, hendaklah ditangani bukan sekadar menukar GST kembali semula kepada SST, laksana mencubit dengan tangan kanan, kemudian dicubit pula dengan tangan kiri yang sakitnya sama atau lebih sakit. Tanpa menangani secara penyelesaian yang menyeluruh dengan menggunakan barangan kita dan tenaga kita sendiri secara lebih bijak dan insaf. Sama ada menangani disebabkan kuasa beli yang tidak kukuh atau mata wang yang tidak stabil atau barangan yang tidak seimbang dan saksama hendaklah ditangani dengan penuh tanggungjawab. Bukan sekadar hanya percukaian yang meringankan bebanan kerajaan, bukannya bebanan rakyat.
Konsep ekonomi Islam yang memberi penekanan halal dan haram, khususnya muamalah riba, menipu dan rasuah yang diisytiharkan perang oleh Allah, namun kini dianggap pula menjadi rukun dan syarat ekonomi moden.
Walaupun sudah ada langkah kepada muamalah Islam seperti perbankan dan sebagainya, tetapi masih teragak-agak ke arah menghapuskan riba yang dikira dosa besar itu. Mudah-mudahan kita dapat menghayati pesanan Allah:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (96)
“Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka keberkatan (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka telah membohonginya. Lalu Kami hukumkan mereka dengan bencana disebabkan apa yang telah mereka lakukan)” (Surah Al-A’raaf: 96)
Istilah berkat hanya dalam ekonomi Islam yang tiada dalam semua teori ekonomi yang lain.
Kita juga sedang mengalami gejala sosial yang menimpa seluruh dunia, menandakan kelemahan sistem pendidikan kerana tidak membangunkan insan mengikut acuan fitrahnya. Dan kelemahan undang-undang mencegah kemungkaran.
Allah mencipta manusia dengan fitrah yang berbeza dengan makhluk yang lain dan diletakkan di tempat yang berbeza dalam kalangan sesama manusia sendiri, berbagai bangsa, budaya dan hasil bumi serta kepakaran dan sumber masing-masing.
Petunjuk Allah melalui Al-Quran dan kebijaksanaan Rasul-Nya Muhammad S.A.W telah berjaya mendidik manusia awal Islam, daripada masyarakat Arab buta huruf dan liar sifat jahiliahnya bersama Islam, berjaya menegakkan negara masyarakat majmuk yang besar dan membetulkan tamadun jahiliaah yang tidak bermoral walaupun maju dari segi kebendaannya dan kerajaannya bertaraf kuasa besar.
Menunjukkan cara pembangunan insan itu hendaklah melalui ilmu dan pendidikan memenuhi sifat fitrah, naluri atau semula jadi. Bercirikan jasad, roh, akal, berkonsep kedirian dan bermasyarakat madani. Insan yang dibentuk oleh Islam berjaya menundukkan kuasa besar pada zamannya dan mencipta semula tamadun (Hadharah Islamiyyah), tanpa meninggalkan warisan ilmu dunia yang bermanfaat daripada seluruh pelosok dunia Timur dan Barat; Parsi, Rom, China, India, Mesir dan lain-lain. Menterjemahkan ilmu ke dalam bahasa Arab yang dirasmikan pada masa itu, tanpa menghapuskan bahasa kaum masing-masing yang menjadi tanda kebesaran Allah:
وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْعَالِمِينَ (22)
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan(”. (Surah Ar-Ruum: 22)
Umat Islam meneroka kemajuan sains dan teknologi dengan memajukan ilmu hasil daripada berbagai negara dan bangsa. Namun ketinggalan pada masa mutakhir dan kerajaannya jatuh. Barat yang mencetuskan Revolusi Industri hasil terjemahan tamadun Islam ke dalam bahasa-bahasa Barat, namun mereka meninggalkan aspek rohani dan akhlak yang mengawal akal dan jasadnya sehingga tanpa roh.
Kini kita sedang menyaksikan keruduman Tamadun Barat yang maju itu, menjadikan manusia tidak bermoral sehingga mencipta senjata pemusnah menjadikannya lebih ganas daripada binatang dan hilang moralnya menghilangkan akal yang mulia dengan gejala arak dahulunya, dan kini pelbagai jenis dadah.
Kita menyaksikan negara-negara maju seperti Jepun, Jerman, China dan lain-lain mengilmukan rakyat dengan bahasa kebangsaan masing-masing, dan pengetahuan bahasa asing sekadar keperluan menterjemahkannya, bukan mengilmukan rakyat sebanyak mungkin. Maka tanggungjawab kita menjadikan bahasa kebangsaan kita sendiri adalah cara paling betul dalam memperkasakan ilmu dan pendidikan kita. Cara meninggalkan bahasa kebangsaan sendiri dalam pendidikan dan mengurus rakyat telah menemui kegagalan yang berulang.
Tanggungjawab menangani gejala sosial yang hampir merebak di setiap lorong dan keluarga perlu ditangani dengan pendidikan dan pelajaran, serta media yang bermoral. Serta undang-undang yang berkesan dan undang-undang juga yang mendidik bukan sekadar menghukum.
Media tanpa sempadan menjadi wabak baru yang tidak terkawal lagi, menyerang seluruh pelosok dunia, kini menjadi ancaman terhadap negara dan antarabangsa. Sehingga pengetahuan bahasa asing bukan lagi untuk menimba ilmu yang positif, tetapi membuka ruang yang lebih besar dibanjiri aspek negatif. Maka perlu adanya kawalan yang berkesan demi menyelamatkan negara dan rakyat dengan peraturan kawalan dan undang-undang bertindak yang berkesan.
Kita menyaksikan hukuman mati mandatori terhadap pengedar dadah gagal mengatasi gejala pengedarannya, walaupun hukuman itu lebih keras daripada Hukum Qisas dan Hudud Islam yang dipertikai dan diragukan oleh banyak pihak. Begitu juga undang-undang mencegah gejala rasuah tidak mampu menghalang siapa sahaja yang berkuasa melakukannya dengan berbagai-bagai helah. Kini sudah tiba masanya diberi ruang untuk memperkenalkan undang-undang syariat Islam, dibincangkan secara ilmu dan dan diberi kuasa kepada negeri menjadi percubaan, menunaikan kewajipan kepada Allah dan rakyat.
Dalam arena antarabangsa terkini, kita mengharapkan kerajaan dapat memberi ruang yang adil menghadapi tuduhan terhadap Islam sehingga mencetuskan Islamofobia di negara Barat, khususnya Amerika dan Eropah. Betapa Islam dikaitkan dengan keganasan, walaupun kini ternyata betapa negara Barat itu terlibat dalam mewujudkan kumpulan ISIS yang dikaitkan terhadap Islam, merekalah menjadi pembekal utama senjata dan memberi tempat kepada kumpulan itu dan memberi lesen kepada negara haram Israel memiliki apa sahaja senjata pemusnah dan bertindak sewenang-wenangnya terhadap rakyat Palestin yang dihalau daripada rumah kediaman dan rompakan bukan sahaja harta bahkan tanah air mereka juga dirampas.
Fitnah terhadap Islam yang tidak menepati ajaran Islam yang mengharamkan tindakan melampau walaupun terhadap musuh agama, umat dan negaranya yang diceroboh dan dijajah. Berpandukan petunjuk Allah:
وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ (190)
“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”. (Surah Al-Baqarah: 190)
Islam mengharamkan pembunuhan terhadap rakyat awam, bukan sahaja orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak, termasuklah paderi dan sami di rumah ibadat mereka. Kini ternyata betapa meraka yang terlibat dalam krisis yang berlaku di serata dunia di sebalik penjajahan semula dan kepentingan ekonomi termasuk perniagaan senjata secara gelap dan nyata.
Kehidupan masyarakat berbagai agama dalam masyarakat Islam boleh dibandingkan apa yang dilakukan terhadap kaum Islam di Rohingya dan lain-lain.
PAS terus beristiqamah dengan petunjuk Allah dalam hubungannya dengan semua pihak berpandukan firman Allah:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
“Bekerjasamalah dalam melaksanakan perkara kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara dosa dan bermusuhan”. (Surah Al-Maa’idah: 2)
Sekian, terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Teks perbahasan Titah Diraja oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat pada 10 Zulkaedah 1439 / 23 Julai 2018
Ohh! mp marang yg bini 3 tuu yerr..💦💦
ReplyDeleteMarang ke mereng..xguna marang
Deleteibnu / admin,
ReplyDeleteKamu faham ke apa yg kamu paparkn tu? Terutama ayat Allah yg dijual oleh hj hadi marang tu! ``Bekerjasamalah dlm mengerjakan taqwa dan kebaikan``.
- Bekerjasama dgn umno yg menindas rakyat umum itu taqwa dan kebaikan?
- Bekerjasama dgn umno yg membohongi / menipu rakyat itu taqwa dan kebaikan?
- Bekerjasama dgn umno yg menentang Kerajaan sahMalaysia PH pilihan rakyat tu taqwa kebaikan?
Ini sekelumit bukti terbaru Presiden Pas memperdagangkan ayat Allah utk meraih sokongan politik HAMpas! afala yatafaqqarun?
Boloh punya anoy 10:06
DeleteLu kasi potong itu ayat jali sekelat.
Lu check balik. Boloh selupa khinzir.
Komen org kafir memg ambik sekerat2 dah kafir apa nak pelik. Yg pelik adalah bila yg islam sanggup jadi barua kafir.
DeleteLu ni dh le khinxir..kapir pl..hadi awang kapir??
DeleteAnon 10.06,,mp marang berucap dgn baik sekali. Dia bercakap dgn bersandarkan ayat2 quran,,dia tidak memperdagangkan quran,,,hang tu yg memperdagangkan kebodohan hang utk memperdaya pencacai dap.
ReplyDelete10.06 bukan macai dap tapi org kafir dalam tentera merah dap. Perjuang mereka sama macam yahudu.
DeleteUcapan hadi awang cukup sempurna cuma masaalahnya, dia sendiri tidak pratikkan di negeri yg dia perintah. Aku harap di sidang parlimen di bawah kerajaan baru ni, hadi awang dan lebai2 yg menjadi MP tetap berkecuali....kahkahkah...alaaa...dulu bole je berkecuali time BN perintah. X dosa pun. Tersengeh mcm kerang busuk dlm dewan. Lagi pun takan lansung xde kebaikan yg PH buat dlm tempoh 3 bulan ni. Kankankan...mcm alasan lebai bila berkecuali atau menyokong bajet Najib tu ari, kan lebai kata bkn seme dlm bajet tu x elok maka lebai sokong la...kahkahkah...nate sungguh...kahkahkah...susah bila jadi barua najib rosmah ni. X paksa hangguk hangguk sampai lupa dah sape bagi rezeki...
ReplyDeleteBunbinban tentera merah dap mereka kafir yg tugas mereka menyerang islam terutama pas dan tuan guru haji abdul hadi awang.
Delete