Wednesday, August 01, 2018

Masukkan Perjuangan Ulama, Bukan Komunis

Masukkan Perjuangan Ulama, Bukan Komunis


“SEJARAH ditulis oleh pemenang” ujar sang filosof, tetapi saya beranggapan tugas sarjana Muslim ialah meluruskan sejarah, kerana sejarah itu tidak pernah berbohong di langit yang paling sakral.

Siapa pun tak mampu padam sejarah ulama dalam perjuangan membebaskan tanah leluhur ini. Perjuangan kemerdekaan di setiap inci bumi umat islam adalah dipelopori oleh alim ulamak walaupun sejarah ini cuba dipadamkan oleh kelompok Sekular Pragmatis yang memerintah umat islam.
Dalam negara tercinta ini juga, sejarah perjuangan ulama dalam menentang penjajahan tidak didokumentasikan dengan baik sehingga pernah dituduh bahawa ulamak tidak memperjuangkan kemerdekaan.
Di tanah air kita yang tercinta ini, denai sejarah telah merakamkan perjuangan suci para ulama membentengi aqidah umat Islam semenjak kita menerima pengaruh Islam pada abad ke-13.
Ulama kita yang berkubu di pusat-pusat pengajian Islam telah memancarkan kekuatan kepada umat Islam bagi berdepan dengan “ghazwatul fikri” penjajah Barat.
Dalam cerminan sejarah ini, tersuluh kehebatan Tuan Guru Hj Hassan bin Munas (Tok Janggut) yang bangkit bermandi darah di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1915.
Di Terengganu pula, ulamak tersohor Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong telah memimpin kebangkitan ummah, menentang kemaraan penjajah British yang cuba memijak kemuliaan Syariat Islam.
Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong atau nama lengkapnya Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid, beliaulah yang banyak memberi corak agama dalam pemberontakkan agama Terengganu ini.
Sejak dari kebangkitan 1922, lalu kebangkitan 1925 dan seterusnya pemberontakan 1928, penglibatan jelas sekali apabila tokoh-tokoh tempatan dari Kuala Berang datang menemuinya untuk mendapatkan nasihat mengenai bagaimana sepatutnya diambil tindakan.
Malah namanya turut tercatat dalam surat-surat kerahan agar berkumpul di Kuala Berang dan Telemong sebelum tercetusnya pemberontakan ini. Sebab itulah sebagai hukumannya, beliau dibuang negeri ke Makkah, dengan harapan agar penentangan terhadap British tidak lagi wujud di Terengganu.
Abdul Rahman Limbong telah berguru kepada banyak tokoh agama tetapi paling istimewa sekali ialah daripada Tok Ku Paloh, di mana beliau turut menjadi khadam di rumah tuan gurunya itu.
Kemudiannya beliau mengajar di suraunya di Jonggok Tong, Beladau, dan dengan kematian Tok Ku Paloh, beliau meengajar di surau Sayyid Saggaf. Di samping itu beliau juga mengajar di tempa-tempat lain, iaitu di mana sahaja beliau singgah dalam pengembaraannya.
Dalam pengajaran ini, di antara teks-teks yang digunakan ialah kitab-kitab tasawwuf karangan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, sepertiSiyar al-Salikin dan Hikayat al-Salikin serta karya Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari iaitu al-Durr al-Nafis.
Pada dekad 1920’an pula berlaku ‘revolusi mental’ yang digerakkan oleh ulama-ulama muda yang dapat pendidikan tinggi di Universiti al-Azhar di Mesir. Syed Sheikh Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Abas Mohd Taha, adalah sebaris nama-nama yang berjasa besar meniupkan api perjuangan untuk pengislahan diri Bangsa Melayu yang serba terperuk akibat penjajahan dan kesalahfahaman terhadap Islam yang syumul.
Mereka mendapat tentangan sengit daripada penjajah British yang cuba menunggangi Istana (melalui pihak berkuasa agama negeri-negeri) untuk menyekat arus kesedaran yang digerakkan oleh ulama-ulama muda yang progresif ini.
Perjuangan menuntut kemerdekaan juga bertambah rancak dengan kepulangan Dr Burhanurddin al-Helmi dari pengajiannya di India. Beliau merupakan tokoh tersohor yang mendapat pengalaman antarabangsa dalam perjuangan menentang imperialis Barat.
Sejarah juga tidak dapat memadamkan jasa gerakan Hizbul Muslimin dalam perjuangan kemerdekaan. Ditubuhkan pada Mac 1948 di Gunung Semanggol, Perak dan dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir.
Gerakan ini dengan jelas menyatakan matlamatnya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan asing dan menegakkan Darul Islam. Hizbul Muslimin telah diberi perhatian ketat oleh pihak risikan British kerana potensi mereka mampu menggugah kesedaran rakyat untuk memperjuangkan kemerdekaan :
“The development of this movement should be very closely watched, for its preachs nationalism as the religious duty of all the believers, and Islam has always been a militant creed.
“There can be no doubt that its propanganda is made to appeal to the young Malay intellectuals and progressives, since it strives to give scriptual authority to their efforts to modernize their society and economy and to their undoubtedly aspirations towards national independent.
“In the present relatively lethargic state of Umno, it may well draw away of the younger and more progressive minds.
“Its promoters have had bad political record, and it may well be that in the current crisis any extension of its activities will force goverment to consider the question of outlawing the party. Wheather Hizbul Muslimin moves to the right or to the left in step with its true paent, the Masjoemi (MASYUMI-penulis), it remains a menace to the British authority.”
PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951 oleh para alim ulama dan guru-guru agama juga dengan tegas memperjuangkan kemerdekaan namun cuba dipadamkan sejarah citra dan nuansa ini dalam catatan sejarah.
Sebahagian daripada pimpinannya telah mendekam dalam penjara British seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Khatijah Sidek (pernah menjadi calon PAS di Dungun) dan lain-lainnya.
Perjuangan kemerdekaan oleh PAS dilihat sebagai tanggungjawab aqidah seperti yang diungkapkan oleh Prof Dr Zulkifli Mohamad :
“Salah besar hukumnya bagi orang Islam duduk di bawah penjajahan asing oleh orang yang tidak seagama dengannya. Sebab itu umat Islam adalah diwajibkan oleh Tuhan-nya memperjuangkan kemerdekaan bagi melepaskan dirinya dari ikatan penjajahan oleh orang-orang yang tidak seyakinan dengannya. Dan bagi PAS sebagai parti politik Islam bukan sahaja merupakan kewajipan politik semata-mata tetapi lebih dari itu merupakan perintah agama, perintah Tuhan yang mesti dijunjung dan dilaksanakan.”
PAS memainkan peranan yang besar menyedarkan masyarakat untuk menuntut kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan tanah leluhur ini berpandukan Syariat Islam.
Ramai tokoh besarnya mendekam di penjara kolonial seperti Dr Burhanuddin al-Helmi, juga alumni Hizbul Muslimin demi melihat Deenul Islam tertegak di atas Tanah Melayu ini.
Usaha untuk menulis kembali sejarah tanah air dengan memasukkan jasa kelompok Komunis adalah pengkhianatan pada perjuangan umat Islam mengusir penjajah.
Perjuangan mereka bukan bertujuan memerdekakan Tanah Melayu tetapi untuk mewujudkan wilayah ke-19 Republik Komunis China.
Setelah gagal dalam Rundingan Baling pada tahun 1955, PKM terus melancarkan pemberontakan di Malaya, Malaya dimerdekakan British pada tahun 1957, namun PKM terus melancarkan serangan bersenjata sehingga mengorbankan ribuan nyawa anak watan.
Bukan kepalang jenayah Komunis pada negara ini, harta benda yang dimusnahkan, anggota keselamatan yang cedera dan terkorban, bahkan menjarakkan hubungan antara kaum Melayu dan Cina dalam tempoh yang panjang.
Perjuangan bersenjata PKM hanya tamat pada pada tahun 1989 setelah ideologi Komunisme mengalami kegagalan di seluruh belahan dunia. Buat anak-anak muda kail sejengkal, anda tidak mengenali sejarah Komunis dan cabang ideologi mereka.
Di rantau ini juga mereka menumpahkan kezaliman sehingga membunuh ratusan ribu nyawa di Indonesia, Kemboja, Vietnam dan lain-lain wilayah.
Keinginan menulis sejarah baru ini bagi saya adalah keterujaan merengkuh kuasa Malaysia baru yang seakan pernah melanda Indonesia pasca Reformasi Mei 1998, awas semua rakyat bermaruah akan reinkarnasi Komunisme di tanah air tercinta ini!
(Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pengerusi LESTARI) – HARAKAHDAILY 31/7/2018

25 comments:

ted manoff said...

Sembang psl apa nii tuan ibnu..

Anonymous said...

kawad islam mcmana ye

Anonymous said...

riduan ni dh byk kantoi kunun bela islam.. sebb cepat melatah.. kaji dulu kawan nnti malu sindiri . buat masa ni lbh baik jawap ala najib... tak tau

Anonymous said...

Ko yg x tau malu

Anonymous said...

PKM ADALAH PENGGANAS BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN.

Pada 4 Januari 1943, ramai orang Melayu telah mati dibunuh dengan kejam oleh pengganas-pengganas komunis di Gua Musang. Pengganas komunis telah membakar banyak rumah penduduk termasuk kuarters kereta api dan balai polis dan merosakkan semua harta benda penduduk di Gua Musang. Nik Mah Nik Soh yang sedang sarat mengandung telah mati dibunuh dengan kejam oleh komunis. Kubur Allahyarham Nik Mah berada di tengah-tengah masjid hadapan mimbar di Gua Musang.

Parti Komunis Malaya (PKM @ CPM @ MCP) yang terdiri dari kaum China sebagai ahli majoriti telah menubuhkan Tentera MPAJA atau Bintang Tiga yang dilatih oleh tentera British untuk menentang tentera Jepun di Persekutuan Tanah Melayu @ Malaya dalam Perang Dunia Kedua.

Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menubuhkan sebuah negara Republik Komunis Malaya di Tanah Melayu hampir tercapai apabila Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Ke2 pada 15 Ogos 1945 di mana PKM melalui MPAJA @ Bintang Tiga telah menguasai Tanah Melayu selama 14 hari dalam tahun 1945.

Dalam tempoh 14 hari tersebut, pengganas-pengganas komunis yang zalim, kejam dan sadis ini telah keluar dari hutan dan Merompak hasil tuaian, tanaman dan ternakan penduduk kampong, menculik dan merogol wanita muda tidak kira anak dara, janda atau isteri orang Melayu, menyiksa dan membunuh orang-orang Melayu Islam dan penghulu dan ulama Islam dan memusnahkan kampung Melayu dengan membakar rumah-rumah kaum Melayu Islam dan menghina agama Islam, ulama Islam dll dan mencemari masjid dll seperti melarang kaum Melayu Islam bersolat berjemaah dengan alasan membuang masa.

Modus operandi pembunuhan yang dilakukan oleh Bintang Tiga adalah dengan membawa orang-orang Melayu ke tepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka dipukul dengan kayu, besi atau belakang cangkul dan ditanam ke dalam lubang yang sudah siap digali. atau ditanam hidup-hidup atau ditembak ditepi lubang dalam keadaan berlutut atau digantung.

Kemudian PKM melalui pengganas-pengganas komunis telah meneruskan keganasan mereka dalam 1948 yang menyebabkan Darurat Tanah Melayu diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 sehingga tahun 1960 di mana pengganas-pengganas komunis telah mencederakan, menyiksa dan membunuh ramai orang awam, polis dan tentera dan memusnah infrastruktur, ladang dll.

Pada waktu pagi 25 hb March 1950, pasukan Platun 12 Kompeni D Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja dengan kekuatan 25 anggota tentera diketuai oleh Leftenan Muda Hassan Bin Yassin, Koperal Jamaludin Bin Mohamad, empat Lans Koperal, dan 19 prebet telah diserang hendap oleh 250 pengganas komunis PKM dari arah bukit yang terletak di seberang Sungai Semur. Akibatnya 17 orang anggota tentera telah gugur dan enam cedera parah dan dua lagi cedera ringan. Walaubagaimanapun, tentera Melayu berjaya berjaya membunuh seramai 29 pengganas komunis PKM di samping mencederakan ramai yang lain dalam pertempuran di Sunagi Semur tersebut. Agi Idup Agi Ngelaban !

PKM menyifatkan serang hendap di Sungai Semur , Gua Musang sebagai kejayaan PKM (walaupun 29 pengganas komunis telah berjaya dibunuh oleh platun 12, 3 RAMD dalam pertempuran di Sungai Semur). Kompeni komunis Ke-7, Rejimen Ke-12 TENTERA PEMBEBASAN NASIONAL MALAYA (TPNM @ PKM) telah telah mendapat surat pujian dari Markas Agung (TPNM).

Pengisytiharan Darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11,000 orang telah terkorban.

Selepas Darurat diisytiharkan tamat tahun 1960 yang bererti PKM gagal menguasai Persekutuan Tanah Melayu, gerila-gerila Komunis berundur masuk ke kawasan Selatan Thailand.

Anonymous said...

Sambungan dari komen August 1, 2018 at 12:28 AM:

Dalam tahun 1968, Parti Komunis Malaya sekali lagi mengulangi konflik bersenjata untuk merampas Persekutuan Tanah Melayu dengan menggunakan kekerasan selepas PKM membuat persediaan selama 8 tahun dan pemberontakan ini dilakukan serentak dengan pemberontakan yang dijalankan di Kalimantan oleh Parti Komunis Kalimantan Utara (SCO @ CCP). Tempoh kempen keganasan bersenjata PKM dan CCP ialah dari 1960 - 1989.

Parti Komunis Malaya melancarkan serangan-serangan ke atas unit-unit tentera darat dan polis daripada seberang sempadan Thailand dan Kalimantan dengan tujuan memporak-perandakan keselamatan negara umtuk mengugatkan keyakinan rakyat kepada keupayaan pasukan keselamatan menangani ancaman daripada anasir komunis.

Pasukan Penggempur PKM Keenam yang diketuai oleh seorang wanita, iaitu Komander Loh Poh Yin yang menjalankan kegiatan keganasan di kawasan tengah Semenanjung Malaysia di sekitar Batang Berjuntai, Kuala Kubu Bharu, Raub dan Bukit Fraser telah melakukan serang hendap serang hendap ke atas anggota-anggota tentera berhampiran Kem Puncak Emas di Raub, Pahang dan Poh Yin telah membunuh seorang anggota tentera dan membelah dada serta perut lalu mengeluarkan jantung dan isi di dalamnya dan merampas senjata automatik milik anggota tentera itu.

PKM dan CCP telah menjalankan operasi pembunuhan ketua-ketua pasukan keselamatan dan pemimpin berpengaruh dan di antara mangsa PKM ialah Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri Perak.

Maka terbuktilah PKM dan CCP adalah pertubuhan pengganas yang sangat kejam, zalim dan sadis kerana PKM dan CCP telah melakukan pelbagai jenayah kejam, sadis dan zalim ke atas orang awam terutamanya kaum Melayu Islam, tentera dan polis dan memusnahkan kampung-kampung Melayu Islam, ladang, infrastruktur dan menghina Islam dan mencemari masjid dll dan menculik dan merogol perempuan-perempuan Melayu Islam dll.

Kita merasa amat dukacita, terhina dan marah jika terdapat pemimpin parti politik dan barua-barua komunis mendakwa kononnya Parti Komunis Malaya (PKM) adalah pejuang kemerdekaan negara ini kerana gelaran pejuang kemerdekaan untuk PKM adalah di antara pembohongan yang terbesar yang menafikan fakta-fakta sejarah dan penghinaan ke atas penderitaan rakyat negara dan pengorbanan tentera , polis dll. Penyokong-penyokong PKM ini sepatutnya dihalau balik ke negara China Komunis.

Kita juga bimbang pemimpin-pemimpin, ahli dan penyokong PKM mungkin cuba menguasai negara ini melalui perjuangan politik proksi-proksi mereka setelah PKM gagal merampas negara ini melalui kempen keganasan bersenjata.

Written by a humble ex-2nd Lt
ATM

Anonymous said...

Kita tidak terkejut jike barua-barua dedak roket menyokong PKM dan pengganas komunis kerana barua-barua dedak roket juga menentang dan menghina Islam dan umat Islam. Bapa komunis borek anak komunis rintik !

Anonymous said...

ini yg ph nk ingatkn bahaya komunis yg najib hampir gadai negara hari tu.

jgn bodohkn rakyat kunun ph nk pro komunis pulak. yg berkawan dgn parti komunis china adalah puak yg berkuasa dulu.

Anonymous said...

Ulama ulama ulama..buat semak je..xpyah le..berat buku sejarah je

Anonymous said...

Tgn pegang telor

Anonymous said...

mungkin orng pas berkecil hati ulamaq mereka tidak dipanggil
umpamanya ulamak hadi yg kata rm2juta terima dari duit curi okay,sebab nak kalahkan dap
ulamaq nik abduh agen cia
ulamak mohtar senik pahlawan al-maunah
ulamaq mursidul am yg ada kete porshe untuk anak
ulama tontowi,boleh share bila dia duduk sorang di bilik hotel kat german
ulamak khairuddin yg minta kwsp untuk bini ka2,ka3
ulamak taki yg hebat diperhimpunan kebangkitan ummah-merz mata belalang ada simpan lagi..

Anonymous said...

Banyak pihak yg terlibat dengan gerakan memerdekakan malaysia dari penjajahan...

Ulamak memang ade terlibat tapi bukan ulamak Pas...pas adalah serpihan umno selepas merdeka..

Ulamak Pas hari ni golongan yg cintakan kemewahan dgn gunakan islam sebagai alat untuk meraih sokongan...kaki putarbelit..bekerjasama dan sokong perompak tapi tak mengaku...

Anonymous said...

Kita jugak tidak terkejut barua2 jho lo dan lobai pas sokong najib bawak cina kominis masuk malaysia...pinjam duit cina kominis ratus billion yg berisiko ekonomi negara di kawal oleh cina kominis..

Anonymous said...

Dap hina lobai Pas yg turut bedal wang haram najib...lobai pas perkuda islam..

Anonymous said...

Umno dan mca ade kerjasama dgn parti kominis cina....pas kerjasama dan sokong umno...pas pon dekat dgn kominis..

Anonymous said...

Kalo tak ade penulis nak tulis sejarah lobai pas boleh tulis...buat buku sejarah perjuangan ulamak...

Penulis lain perlu ambik masa mengkaji dan mendapatkan fakta sahih...

Arwah hj abdul rahman limbong diketahui seorang wali Allah...lebih tinggi dari ulamak...

Anonymous said...

Naik kereta mewah ke Parlimen, PH gesa kerajaan siasat kekayaan pembangkang

Khairil Ashraf
ShareTweetPinMail

Lim Lip Eng berkata kebanyakan ahli parlimen pembangkang datang ke Parlimen dengan kereta mewah sekali dengan drebar.

KUALA LUMPUR: Lim Lip Eng (PH-Kepong) hari ini menggesa kerajaan bersama-sama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat kekayaan Ahli Parlimen pembangkang.

Lim berkata, kerajaan perlu menyiasat sama ada cukai pendapatan mereka dibayar setimpal dengan kekayaan mereka.


“Kita nampak tiap-tiap hari kebanyakan ahli parlimen pembangkang datang ke Parlimen dengan kereta-kereta yang cukup mewah sekali dengan drebar, dengan pengiring.

“Kalau tidak, saya minta tindakan yang tegas diambil,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Agong di Dewan Rakyat.

Sebelum ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua anggota pentadbiran termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik dikehendaki mengisytihar harta masing-masing kepada perdana menteri.


Dr Mahathir ketika mengumumkan langkah itu berkata maklumat yang diterimanya tidak akan disembunyikan, sebaliknya akan turut disampaikan kepada agensi bertanggungjawab berkenan pencegahan rasuah.

Anonymous said...

Blogger

Sabtu, 9 Jun 2018
MOKHTAR SENIK SINDIR GUAN ENG YANG MENGHORMATI AZAN ?

Apa lah masalah lebai sekor ni. Kenapa la hati dia ni busuk sgt? Kalau pmimpin Dap tak hormat azan, dia kutuk. Bila Guan Eng berhenti seketika sidang akhbarnya apabila mendengar suara azan, dia bawa cerita Yahudi baca Al Quran pulak. Kot ye pun, salah ke yahudi baca Al Quran? Org mcm Mokhtar Senik ni la busukkan nama Pas.

Mungkin rasa dendam dan sakit hati sewaktu kalah teruk di dalam PRU 14 baru2 ini di Perlis menyebabkan dia jadi meroyan begini. Dia ingat cukup hanya bermodalkan serban dan jubah saja maka rakyat akan mengundi beliau. Rakyat Pahang kenal lama Mokhtar Senik ini, sebab itu dia dicampakkan dari Pahang ke Perlis, negeri sempadan Siam tempat popular dia dulu.

Anonymous said...

UMNO langsung tidak kecil hati
Parti komponen BN iaitu MCA, MIC kurang bantu kempen PRK DUN Sungai Kandis
Suhana Md. Yusop, Mohd. Yunus Yakkub Dan Ahmad Shaherman Shamsuri
26 Julai 2018 3:00 AM
Najib (tengah) dan Lokman (kiri) berbual dengan pasangan warga
Najib (tengah) dan Lokman (kiri) berbual dengan pasangan warga emas, Saroni Sohari (dua dari kiri) dan Markonah Siow (dua dari kanan) ketika berkempen di Kampung Sungai Kandis semalam.

SHAH ALAM – UMNO tidak berkecil hati dengan kurang­nya penglibatan parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC pada kempen calon BN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedua-dua parti itu telah melalui suatu keada­an sukar yang mana pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) baru-baru ini, MCA cuma memenangi satu kerusi Parlimen sementara MIC memenangi dua kerusi Parlimen.

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri tersebut berkata, UMNO memahami bahawa dalam keadaan sedemikian, kedua-dua parti itu terpaksa bermuhasabah diri untuk melihat apa kelemahan ma­sing-masing bagi memulihkan semula semangat serta kepimpinan mereka.

Umno masih ade sahabat setia yg rela berkorban..PAS sahabat setia dunia akhirat...Najib berjaya ikat kesetiaan lobai Pas..

Anonymous said...

“Malulah pada ustaz Umno,” kata netizen kepada ustaz PAS
BORHAN AHMADJanuary 7, 2016 4:57 am 0
Tindakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik memuat naik foto dua unit kereta mewah miliknya yang dipanggil ‘kuda’ di Facebook beliau mengundang kritikan umum termasuk membandingkan sikap pemimpin kontroversi itu dengan golongan agama di pihak Umno.



“Geng-geng ustaz Umno pun tak buat camtu. Tak malu dengan kami yang hina ni takpa la. Malu la sikit dengan ustaz Umno. Depa (Umno) tak buat camtu pun. Relax je la. Chill. Tak payah post orang tau la kereta semua kena servis. Motor Kriss pun kita servis. Semua tau tu,” kata Koba Beckquer.

Lobai nak bagi tau kete mewah tu sedekah dari najib..
Kalo nak beli sendiri sampai.mampos tak mampu...

Anonymous said...

Sebelum ini PKM tak ujud. Mereka berjuang bersama dengan pejuang-pejuang lain tetapi mereka lari ke hutan dan menguna taktik serangan gerila.. serang hendap.. PKM ujud hasil propaganda penjajah dan mereka yang asalnya bukan komunis di tuduh berfahaman komunis.
Penjajah mempersoalkan dari mana pejuang dalam hutan ini dapat senjata dan akhir nya pejuang kemerdekaan menjadikan mereka musuh.

Pejuang ulama kurang kisah nya atau tidak di sebut penglibatan mereka kerana kebanyakan nya berjuang secara bersendirian dan lebih tertumpu pada kampung sekitar kawasan mereka sahaja..

maka ujud lah PAS.. dan sehingga sekarang hanya ada seorang ulama sahaja yang berkuasa kerana ilmu nya tinggi dan tak boleh di persoalkan... pun bersendirian..


sayednoordin said...

Apabila hampir menyambut hari kemerdekaan... Isu isu keganasan dan komunis sering diulang...ini untuk apa..

Puaka Rimba said...

Apabila membicarakan berkenaan sejarah, bukan sahaja sejarah komunis yg perlu diketahui oleh anak bangsa termasuk sejarah ulama-ulama yg bangkit menentang penjajah, tetapi perlu juga diperingatkan anak bangsa, perjuangan sia-sia yg dicetuskan Ulama Otak Udang Politik Kongkang sehingga menyebabkan kematian . Contohnya..Peristiwa Memali. Biar anak bangsa disedarkan bahawa ,berhati-hati dengan POLITIK ISLAM CARI MAKAN. He

Anonymous said...

i sukalah tgk najib ceramah guna mikrofon buruk..tkde pentas cantik... selekeh je... kt sg kandis.

Anonymous said...

Sayang Tokong punya pasal Komunis oun dah jadi Hero.

Pembontot tetap setia membontot Tokong walaupun disua taik kemulut.

Ello Barua... Sejarah tak boleh dinafikan hanya dgn kata2 mengampu Tokong...

Tembak lagi Ibnu Hasyim.... biar Barua meroyan menceceh... baru kita/pengundi nampak kecenderungan Barua..


Wa suka lihat maki hamun Barua.. Ini juga akan jadi Sejarah untuk dinilai..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails