KAWAN saya, seorang pakar terkenal dalam bidangnya, memilih untuk mengundi PH baru-baru ini. Saya berkongsi pandangan dengannya lebih sejam.
Alasan utamanya adalah alasan utama pengundi PH iaitu demi jatuhkan DS Najib. Beliau menambah, bagaimana PH nak memerintah, kita kira kemudian. Yang utama, negara dah teruk akibat Najib. Semuanya adalah demi rakyat bawahan yang sedang hidup merana. Saya khusyukkan diri mendengar kawan yang dihormati berhujah penuh yakin. Saya hanya berseloroh, "Ingatkan dah jadi DAP.." Dia ketawa menafikan. Dia tahu saya tahu dia kuat semangat Melayunya.
Beliau mengkritik beberapa perkara mengenai PAS. Saya bersetuju dan berkongsi beberapa kritikannya adalah benar. Itu juga konsen saya dalam membina PAS.
Dia 'push' supaya PAS lebih menonjolkan tokoh-tokoh profesional dan jangan terlalu ustaz sangat. Baru dapat bersaing memenangi hati rakyat.
Hehe 'boring' bab ni. Saya buat serius tanya dia dua soalan supaya dia lebih serius masa menjawab. Soalan satu, siapa Menteri Besar paling wara' dalam Malaysia? Dia merenung 6 saat, kemudian menjawab, "Dato Mad Yakob kita." Saya mengiyakan. Saya tanya soalan kedua, siapa Menteri Besar paling profesional kepakarannya dalam Malaysia? Dia merenung 7 saat, lalu menjawab, "Menteri Besar Terengganu."
Saya berkata, "Nah, itu baru dua negeri PAS memerintah." Hampir saya berkata kepadanya bahawa jika PAS berjaya memenangi negeri Kedah baru-baru ini, maka calon MBnya adalah Pesuruhjaya PAS Kedah, seorang pemilik ijazah PhD.
Silalah buat perbandingan jika mahu. Tujuan saya, agar dia tersentak sedar bahawa golongan profesional dalam PAS adalah unggul. Jika Terengganu yang rakyatnya berlatar agama yang kuat boleh menerima seorang pakar kejuruteraan aeroangkasa sebagai MB, bukankah lebih nyata bahawa PAS pasti mengemukakan calon yang sedemikian juga levelnya sebagai MB di semua negeri?
Apalah dogma bahawa PAS meminggirkan semua golongan demi penguasaan golongan ustaz? Ironinya, saya bersimpati pula dengan keluhan beberapa ustaz 'belah sana' yang mula rasa terpinggir tidak didengari akibat jamahnya terlalu dikuasai golongan profesional. Kata mereka, pertimbangan agama sudah semakin menipis.
Begitulah perjuangan. Susah senang berpahala tiada ruginya..
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
AJK PAS Pusat
3 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 3/7/2018
11 comments:
wahai penipu pemfitnah!
pemimpin otak senget dah jadi Perdana Menteri. presiden dan semua mb pas dah pergi sembah orang tua nyanyuk tu. ko bila lagi?
ana tahu dah jadi bahan bukti dilongdong. ada can lah melancong...
tunggu pdrm siasat agen cia ko la...
terpaksa la angkat bakul sendiri. ada ka patut TMB cakap sengaja slow kan pembangunan. bertabah la rakyat kelantan.. biar kita susah asal TMB naik range rovers diskaun
Ikan, ikan.. kering sangat idea..
banyak isu dalam dunia ni,lu sibuk pasal .'TMB naik range rovers diskaun'.
ha ha ha
rasuah le konon,buktikan pegi repot. buat dosa kering aja. Duduk lagi bawah tempurung barua 'anti Islam! ha ha ha. Makin bodoh dan hina.
Pan khianat pas. Kemudian wala kat dap. Wala tu lg, jd jgn hairan mereka kutuk pas. Kalau bantu pas, x wala kat dap. Politik mereka pan sempit, fitnah tanpa bahan sokongan yg boleh dibawa mahkamah
Friends Of BN..kahkahkah...weiii...ko tengok Ex MB Selangor Azmin. Tengok dia urus selangor camne. Kemudia kompare dgn Mat Yaakob MB Kelantan. Sape yg minta kat NAjib nak bayo gaji kakitangan....kahkahkah...tu baru satu contoh belum lagi yg lain2...bagi contoh lain kang, mau naik cagu kat kepala otak tu. Tapi aku respek kat Nik Abduh, sbb dia agen CIA woooo....org lain takat agen coway ngan cukoo je...kahkahkah...ana tau...kahkahkah...tak lama dah weiii...dunia sedang memerhati...kahkahkah..
bunbinban budak nangoi,
July 4, 2018 at 11:38 AM
baru cakap sikit 2 perkara kamu fitnah.
1. 'Sape yg minta kat NAjib nak bayo gaji kakitangan...' Sila buktikan dengan kenyataan bertulis, atau repot polis.
2.' Nik Abduh, sbb dia agen CIA' Sila buktikan.
Hujah budak mentah, 'budak kanyaq', 'nangoi' ha ha ha. cerdik sikit le. bagi hujah!
.
Ha ha dan ha . Kt Perak, PAS 3 kerusi BN 27 kerusi, BN king maker. Kt Kedah PAS 15, BN 3 kerusi , BN jugak King maker . Dh mcm anjing dgn bayang-bayang jadinya
Pas tetap perjuangkan islam rakyat dah tahu sapa yg betul2 mendokong islam. Kamu 2:14PM pun tahu tapi terpulang pada kamu nak pilih jalam islam atau tunduk pada dap.
X abis abis dgn isu DAP. Nk ketawa jap. Ha ha ha Dan ha
Apakah isu yg akan Nik Abduh bentangkan utk sesi parlimen akan dtg . Ataukah akan kekal sbg pasu bunga. Cer teka
Mamat ni la yg kutuk airmani nik aziz. Hina airmani jdkan abg dia
Post a Comment