Sunday, July 29, 2018

Palestin, Negara Haram Israel. Umat Islam Dicabar. Apa Sikap K'jaan PH? -Presiden PAS



ZIONIS merampas Tanah Suci Palestin, bumi para Anbia A.S yang wajib dipertahankan oleh umat Islam yang beriman kepada semuanya. Di sana terletaknya Bait Al-Maqdis, di atasnya juga Masjid Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam.

Tiba-tiba ditubuhnya negara haram Israel dengan cara merompak di siang hari, alasan sejarahnya yang sesat daripada ajaran para Rasul A.S, bahkan kaum Yahudi itu membunuh sebahagian para Rasul dan ulama yang soleh. 

Kini menunjukkan keangkuhannya, mengisytiharkan ke seluruh dunia, bahawa bumi Palestin hanya kepunyaan bangsa Yahudi, bangsa lain tidak berhak menjadi rakyat, dan diikuti menceroboh secara beramai-ramai ke dalam Masjid Al-Aqsa dengan kawalan pasukan keselamatannya yang bersenjata.

Cita-cita Zionis dicatat di Knesset (Parlimen Israel) bahawa inilah negara asal bangsa Yahudi. Sempadannya dari Sungai Nil di Mesir sehingga Sungai Furat (Uprate) di Iraq, dari pantai laut di utaranya sehingga Yanbu’ di Selatan Madinah Munawwarah (bermakna Madinah juga termasuk dalam jangkauan negaranya yang agung) yang diimpikan memimpin dunia, kononnya mengulangi sejarah kerajaan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman A.S walaupun mereka tidak beramal dengan kitab suci Taurat seperti Rasul itu.
Media yang dikuasainya di seluruh pelosok dunia dengan kecanggihannya meredah langit terbuka tanpa sempadan, tidak dapat disembunyikannya, tersebarnya kefahaman fanatik Yahudi yang lebih kejam daripada amalan aparteid dan nazi, kerana menganggap bahawa semua bangsa bukan Yahudi adalah Goyem (manusia bertaraf rendah atau hina).
Penguasaan kaum Yahudi terhadap ekonomi dunia dengan rakus dan mempengaruhi negara-negara kuasa besar yang melindunginya, menjadikan Israel lebih ganas daripada Nazi yang dikutuknya. Kini menunjukkan kekuatannya dengan lebih angkuh, berlesenkan boleh memiliki senjata pemusnah yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa yang lemah laksana sarang labah-labah. Sehingga berjaya menyelamatkan dirinya daripada dikutuk, melalui hanya kenyataan oleh PBB dan Majlis Keselamatannya dengan kuasa veto yang dimiliki negara kuasa besar yang dipengaruhinya melalui para pemimpin yang dipilih di negara besar itu.
Negara Arab yang paling berjiran dengan Palestin dan bertanggungjawab mempertahankannya di atas nama agama dan bangsanya pula, paling mengecewakan, apabila lebih mementingkan harta dan takhtannya. Kini menunjukkan kesediaan membuka pintu hubungan dengan negara haram Israel itu. Ada yang telah dilakukan dan ada pula secara bersembunyi kerana takutkan rakyatnya, bukan kepada Allah dan umat Islam.
Terkini pula ada kalangan negara yang mendukung tawaran paling mahal di zaman ini, untuk menubuhkan negara baru bagi rakyat Palestin, di kawasan yang lain di luar Palestin, dengan tawaran harta peruntukan bantuan yang lumayan dan menyerah sepenuhnya bumi Palestin termasuk Bait Al-Maqdis dan Masjid Aqsanya kepada Zionis tanpa gangguan. Cadangan yang ditawarkan ini bagi menyambut keputusan Knesset Israel yang menegaskan, hanya bangsa Yahudi sahaja yang berhak diberi kerakyatan, bermakna bangsa Arab Palestin boleh dihalau bila-bila masa.
Kini umat Islam secara khusus dan masyarakat antarabangsa umumnya juga dicabar oleh Zionis yang berpengaruh itu, sehingga meninggalkan kewajipan hak asasi manusia dan moral kemanusiaan, bahkan kewajipan persaudaraan aqidah Islam bagi penganut Islam.
Sikap yang hina di hadapan bangsa Yahudi yang sangat kecil jumlahnya, disebabkan kehilangan jati diri kemanusiaan dan agama umat Islam, sehingga tidak mampu bertindak terhadap kezaliman dan keganasan Zionis itu, bahkan lebih malangnya apabila dapat dicaturkan oleh Israel dan sekutunya, diaturnya pengkalan tentera negara sahabat Israel di atas bumi Arab, bagi menyelamatkan Israel yang kecil itu.
Dahulunya dua sahaja negara umat Islam mengiktiraf dan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara haram Israel secara rasmi, iaitu Turki di bawah kuasa Kamal Atarturk dan Iran di bawah kuasa raja Shah Reda Bahlawi, serta semua negara bukan Islam khususnya bertaraf kuasa besar. Kini sudah banyak negara Arab dan negara umat Islam mengadakan hubungan diplomatik dengan negara haram itu.
Kita sedang menyaksikan semua negara Arab dan Islam yang tidak ada hubungan dengan negara haram Israel itu atau tidak mengiktirafnya dikacau dan diganggu dengan berbagai cara.
Iran yang menjatuhkan Shah dan kerajaan ketika itu sangat mesra Israel selepas bertukar nama kepada Republik Islam Iran, membatalkan pengiktirafan terhadap negara Israel dan menutup kedutaannya di Tehran, terus diganggu dengan mencetuskan Perang Teluk yang pertama dan kesannya berlarutan sehingga kini.
Selepasnya Turki yang baru sahaja menunjukkan sikapnya yang tidak mesra Israel, walaupun belum lagi memutuskan hubungan diplomatiknya juga telah diganggu, melalui rampasan kuasa tetapi gagal. 

Semua negara Arab tanpa mengira ideologi sekiranya menolak polisi ke arah mengiktiraf Israel seperti Yaman, Sudan, Syria, Libya, Algeria, Tunisia dan lain lain, sebaik sahaja sahaja menunjukkan sikap negatif terhadap Israel diganggu dan dihuru-harakan dengan alasan menentang keganasan dan kezaliman yang berlaku dijadikan peluangnya, dengan slogan mendukung demokrasi atau membela Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan lain-lain. Sehingga ada yang berjaya dicetuskan perang saudara dalam negeri masing-masing dengan bantuan negara-negara besar yang mengambil kesempatan mencuba senjata dan berniaga senjata itu dan menguasai kawasan untuk kepentingan masing-masing.
Semua kekacauan itu adalah meringankan bebanan negara haram Israel menjaga keselamatan dan keamanannya. Lebih baculnya apabila ada dalam kalangan negara Arab yang berjiran itu menganggap Israel adalah teman ekonomi dan politik yang terbaik dibandingkan Turki yang dilabelkan mengembalikan semula kerajaan Uthmaniyyah yang dianggap penjajah dan Iran pula dikatakan mahu mendirikan negara besar Syiah. Pada halnya di zaman Syah dahulu pun mazhabnya Syiah juga, bezanya Syiah yang mesra Israel. Alasannya kerana mempertahankan kebangsaan Arab dan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Adapun negara Qatar yang kecil dikepung dan dibuli kerana mengubah pendekatan bersama Turki dan Iran, walaupun Mazhab Qatar itu Sunni dan Salafi Wahabi. Kini dikepung dan dipulau dengan alasan membantu pengganas.
Apa yang paling menarik pula sikap mereka mengikut kenyataan Amerika dan sekutunya yang terus menyokong dan melindungi negara haram Israel. Malangnya disokong pula oleh para ulama yang dilesenkan muktabarnya dengan fatwa yang menghalalkan hubungan dengan Israel. Semua yang mengkritik fatwa yang dirasmikan itu diambil tindakan dipenjara, ditahan di rumah, dan digam, tidak diizinkan berkhutbah, berkuliah dan menulis atau terpaksa berhijrah meninggalkan tanah air dan keluarga tercinta.
Semua kumpulan yang gagah berani menghalakan senjatanya ke arah negara haram Israel, walaupun hanya layang-layang berapi dan batu dianggap pengganas, lebih-lebih lagi yang mengisytiharkan jihad dan jenama Islamnya, terus dianggap paling pengganas atau pelampau.
Adapun negara haram Israel dianggap betul dan adil menggunakan apa sahaja senjatanya, tetap dihalalkan, walaupun senjata pemusnah dan beracun yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa, kerana dikatakan dalilnya menjaga keselamatan dan keamanan Israel.
Mangsanya tanpa mengira Sunni seperti Hamas dan Tanzim Jihad dan juga Syiah seperti Hizbullah dan Ansarullah, walaupun diketahui bahawa rakyat Palestin majoritinya Ahli Sunnah bermazhab Syafie, bukannya Syiah. Sikap fatwa mesra Israel ini kerana mentarjihkan mazhab yang berkiblat ke arah White House di Washington, kerana Kaabah di Makkah hanya layak menjadi kiblat bagi ibadat solat sahaja.
Terpulang kepada umat di bawah dan rakyat awam menilai, apakah jenisnya Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang diperjuangkan itu dan apakah jenis kebangsaan Arabnya yang dipertahankan?
Adapun rakyat Palestin terus dikecewakan tanpa bantuan dan pertolongan yang cukup. Di kelilingnya kekayaan jirannya yang melimpah ruah, tetapi lebih banyak dilaburkan di Amerika Syarikat dan Eropah, termasuk pelaburan hanya berseronok tanpa sempadan halal dan haram, atau untuk membeli senjata bagi berperang saudara dalam negara sendiri, kerana berbeza mazhab, atau berlainan kebangsaan, kabilah dan ideologi politik sekularnya.
Apa yang berlaku adalah ujian Allah terhadap umat Islam. Walaupun Allah berjanji bahawa akan tiba ajal bagi negara haram Israel dan pejuangnya, di mana bumi Palestin pasti menjadi kubur kaum Zionis itu, namun rakyat Palestin tidak boleh dikalahkan walaupun dikecewakan. Umat Islam terus berkewajipan menjadi hamba Allah yang menunaikan janjinya, bukannya menunggu janji Allah tanpa amalan dan jihad, laksana pungguk merindukan bulan.
Sabda Rasulullah S.A.W:
لَا تزَال طَائِفَة من أمتِي ظَاهِرين على الْحق لَا يضرهم من خذلهم، قيل: وَأَيْنَ هم يَا رَسُول الله؟ قَالَ: بِبَيْت الْمُقَدّس، أَو أكناف بَيت الْمُقَدّس
“Masih ada di kalangan umatku kumpulan yang muncul menyatakan dan menegakkan kebenaran, yang tidak boleh dihapuskan oleh orang-orang yang mengecewakan mereka. Lalu para sahabat bertanya: Di manakah mereka, wahai Rasulullah? Sabdanya: Di Bait Al-Maqdis atau di pelosok Bait Al-Maqdis”
Percayalah bahawa perjuangan rakyat Palestin yang berteraskan iman tidak mungkin dipadamkan. Percayalah juga bahawa takhta dan harta yang mengecewakan rakyat Palestin akan tumbang dan ditelan zaman.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 15 Zulkaedah 1439 / 28 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 28/7/2018


Komen Weblog Ibnu HasyimIslam tidak akan hapus, walaupun dikatakan serangan terburuk Gaza sejak 2014.. Islam terus diserang dari berbagai arah oleh para musuhnya, di pojokkan oleh media, para ulama di jadikan tertuduh.  Ya, Islam seakan terlihat kalah, Islam tidak kalah tapi, masih banyaknya muslim yang lengah, tidak peduli dengan keadaan agamanya, keadaan umat.

Kelengahan inilah yang di manfaatkan para pembenci Islam untuk menjadikan cahaya Islam semakin redup. Tapi camkan ini, sekuat dan sekeras apapun para musuh Islam untuk memadamkan cahaya islam, Allah SWT justru menyempurnakan cahayaNya dan Allah SWT akan menggagalkan rencana keji mereka.

  • “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya". QS. Ash Shaff : 8
Meskipun Islam saat ini tidak berkuasa seperti dulu ketika dalam kekuasaan Rosulullah SAW dan para khulafaur rasyidin, namun Allah SWT telah berjanji Islam akan berjaya dan akan menang. Firmannya yang otentik dalam QS. An Nuur (24) : 55

  • “Dan Allah Telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia Telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang Telah diridhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik”.
Ini adalah janji Allah kepada Rosul-Nya SAW Dia akan menjadikan umat ini sebgaai khlaifah dimuka bumi, iaitu menjadi pemimpin umat manusia dan penguasa mereka. Ditangan merekalah negeri-negeri akan menjadi baik. Umat manusia tunduk kepada mereka. Dan Dia benar-benar akan merubah (keadaan) mereka setelah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa, menjadi hakim ditengah manusia.

Allah SWT melaksanakan janji ini, segala puji dan karunia hanyalah milik-Nya. Dalam kitabash-Shahih diriwayatkan Rosulullah SWT bersabada:

  • “Sesungguhnya Allah subhanahu wa ta’ala telah membentangkan bumi kepadaku sehingga aku dapat melihat belahan timur dan baratnya. Dan sesungguhnya kekuasaan umatku akan menacapai belahan bumi yang telah dibenatangkan kepadaku itu.” (Tafsir Ibnu Katsir 6.1, juz 18, hal 95, pdf)

Percayalah dan yakinlah akan janji Allah SWT Janji-Nya bukan janji palsu ataupun abal-abal, janji-Nya pasti akan terlaksana. Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

  • “Dan barangsiapa mengambil Allah, rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, Maka Sesungguhnya pengikut (agama) Allah Itulah yang pasti menang”. QS. Al Maidah : 56

Tidak ada salahnya kita melihat perkataan, Kardinal Simon (orang kedua setelah Paus di Vatikan) mengatakan:

  • ”Andai umat Islam bersatu padu di seluruh dunia dan menyatukan seluruh aspirasinya, saling membantu melepaskan diri  dari cengkraman Eropah (Kristen/Yahudi/Israel) lalu mereka berkiblat dan mematuhi segala syariatnya (Islam), maka mereka akan mamapu bangkit dan mengalahkan kita (Kristen/Yahudi/Israel).Dan wajiblah bagi kita (Kristen/Yahudi/Israel) untuk menyusun program demi memecah belah, menghalangi kebangkitan mereka”. (Majalah As Salam edisi kedua, September 2002). 

26 comments:

  1. Kalau Islam tidak akan halus, kenapa nak salahkan orang ini orang itu.

    Yang salah ialah orang dan parti yang jual agama. Parti akan tenggelam dan pemimpin nya merapu-rapi.

    Orang yang berlatar agama ditolak ... penyamun dan pengkhianat di pertahankan !

    Hadi ... tolong jangan membebel ..

    ReplyDelete
  2. Tuan ibnu..rasa menyirap darah bila tgk muka hadi nii..rasa nk pijak jert si munafik nii..nk ckp soal palestin konon tapi dia sendiri tk buat apa pun..setakat kawin 5 bolehlah..arab sendiri pun huru hara ni kan plk hadi awang..kahkahkah..arab sendiri tak bersatu berperang sesama sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gabong dgn dap ok kut. Sebb kafir terbaik. Kalau lebai dan pas, kena kondem je. Penuh cacing dalam otak ted.

      Delete
    2. Pala Hutoh ko Manoff...Pala Hutoh...PH PH PH.

      Delete
  3. Rita Rudaini Terkejut Ramai Lelaki Muda Ajak Kahwin. Lobai pas jgn lupa.ni peluang baik kawin retis

    ReplyDelete
  4. Pas kan pejuAng islam....bila nak hantar pejuang bebaskan palestin?...takkan nak bertempik saja masa perhimpunan...

    ReplyDelete
  5. Israel tengok muka arab muka islam gelak saja...cakap jer pejuang islam...pejuang tembolok cakap berdegar2...raja2 arab hidup mewah...arab saudi pon ade hubungan dgn israel...mesir takut usrael...Pas plak yg tunjuk berani...

    Kelantan tak maju2 nak cerita lawan israel...majukan kelantan dulu...biar banyak duit boleh buat senjata lawan israel...asyik bertempik royalti minyak jer..

    Stakat pendirian saje israel tak takut pon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pejuang islam Pas pejuang tai koo cing...menyalak lebih2..

      Delete
    2. Betui. Israel tengok muka arab, nak tergelak jer. Sama macam dap tengok kat lebai tghh dan pas, nak tergelak jer.

      Delete
  6. Kalau negara arab bergabung,takkan mampu lawan israel..hanya iran saja boleh imbangi kuasa israel dari segi ketenteraan..donald trum lawat arab dan berkata pada pemimpin arab bahawa syiah ancaman utama..lihat peranan amerika disini utk melagakan syiah dn sunni..pemimpin arab nii bkn tahu berfikir yg america nii jadi batuapi seperti tuan ibnu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana nak kekal newah raja arab dan pemimpin arab sanggup jadi kuli kapir..

      Delete
    2. Kat sini yang power batu api, kejora dan ted manoff

      Delete
  7. https://youtu.be/fS19RN9ZwGA

    Jawaban tun mengenai manifesto PH di parlimen yg di hebohkan oleh umno dan Pas....terbaik..

    ReplyDelete
  8. Sg Kandis: Lokman yakin boleh menang dengan adanya sokongan PAS

    Faiz Zainudin | July 29, 2018
    Calon BN itu berkata, dengan adanya sokongan PAS, ditambah undi daripada rakyat yang menyokong BN pada PRU 9 Mei lalu dan segelintir penyokong PKR, beliau boleh memenangi PRK Sungai Kandis.

    Lokman Noor Adam bersalaman dengan penyokong PAS setibanya di ceramah Bangkit Selangor anjuran parti Islam itu di Kota Raja, malam tadi.

    SHAH ALAM: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam yakin boleh memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, selepas PAS menyeru ahlinya menyokong parti itu secara terbuka.

    Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, keyakinan itu berdasarkan sokongan PAS, ditambah undi daripada rakyat yang menyokong BN pada pilihan raya umum 9 Mei lalu dan segelintir penyokong PKR.

    “Ada orang PKR dah janji nak undi BN, kalau dapat sokongan penuh penyokong PAS, 13% hingga 14% (sokongan) dari PKR dan kekal dapat sokongan (rakyat kepada) BN pada pilihan raya umum lalu, kita yakin menang.

    “Saya harap sokongan terbuka pimpinan malam ini dapat diterjemah dalam pilihan raya kecil nanti kerana dalam PAS ini, mereka berpegang kepada walak dan biasanya bila sudah ada keputusan diambil pucuk pimpinan, ahli akan patuh,” katanya selepas mendengar ceramah Bangkit Selangor di Markas PAS Kota Raja, malam tadi.

    Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan menerusi ceramah malam tadi, secara terbuka menyeru ahli PAS menolak Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Sungai Kandis kerana gabungan itu tidak mengamalkan dasar pemerintahan Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu umno harapkan Pas tanding 3 penjuru sipaya umno menang dengan pecahkan undi pembangkang...

      Sekarang umno perintah Pas jangan tanding supaya umno.menang...Pas takut dgn umno..

      Dgn umno pon takut mcm mana lobai Pas nak lawan israel?...
      Eksyen jer lebih2...

      Delete
    2. ASTAGHFIRULLAH ! DASYATNYA KETURUNAN RAJA SAUDI ?

      Semangat yahudi punca King Faisal menyokong Sisi membedal Islam

      1 - Ini adalah kerana asal usul Raja Saudi adalah Yahudi dari Bani Al-Masalikh. Moyang mereka bernama Mordakhai bin Ibrahim bin Monshe berasal dari Bani Al Masalikh hidup sekitar 851 H dari suku kaum Anza. Terlibat di dalam perniagaan gandum dan Jagung dari Iraq.

      2 - Beliau sememangnya bercita-cita untuk kembali dan menguasai di bumi Najd. Di awalnya beliau terpaksa berhadapan dengan Syaik Shaleh Salman Abdullah Al- Tamimi seorang Ulama yang berdakwah di sekitar Najd, Yaman dan Hijaz. Beliau menukarkan namanya kepada Markhan bin Ibrahim Musa.

      3 - Ditempat tinggal beliau, Al-Qatef, beliau menguatkan kedudukkan beliau dengan cerita2 palsu tentang kehebatan kaum Yahudi . Beliau mempergunakan kaum Arab Badwi lalu mengangkat beliau menjadi ketua/Raja. Beliau di tentang oleh kabilah Bani Khaled dan melarikan diri ke Al Arid(Riyadh) mencari perlindungan.

      4 - Beliau di beri perlindungan di Riyadh oleh sebuah keluarga, namun keluarga tersebut dibunuh beliau. Beliau membuat cerita keluarga tersebut dibunuh pencuri dan rumah dan tanah tersebut telh dibeli beliau. Disitulah beliau menubuhkan pasukan perang untuk membunuh Shaik Shaleh Salman Abdullah Al-Thamimi yg akhirnya dibunuh di sebuah masjid di Al-Zhafi.

      5 - Di Riyadh inilah beliau mengamalkan poligami dengan menikahi puluhan gadis dan melahirkan banyak anak yang diberikan nama-nama Arab. Salah seorang anak Mordakhai bernama Al-Maqaran (didalam yahudi di panggil Mack-Ren). Al Maqaran mempunyai anak bernama Muhammad dan Sa’ud. Melalui keturunan Saud inilah berasalnya Dinasti Saud.

      6 - Dinasti Saud menganggap semua penduduk Najd menghina Tuhan . Darah mereka halal, harta benda mereka dirampas dan kaum wanita dijadikan hamba. Tidak ada seorang muslim pun di kira benar kecuali pengikiut ajaran Muhammad bin Abdul Wahab (keturunan Yahudi Turki). Mereka yang menentang akan di bunuh.

      7 - Doktrin Wahabi memberikan kuasa kepada Keluarga Saudi untuk menghancurkan perkampungan dan penduduknya, termasuk anak-anak dan memperkosa wanitanya, menusuk perut wanita hamil, memotong tangan anak-anak, kemudian membakarnya. Selanjutnya mereka diberikan kewenangan dengan ajarannya yang kejam (brutal doctrin ) untuk merampas semua harta kekayaan milik orang yang dianggapnya telah menyimpang dari ajaran agama karena tidak mengikuti ajaran Wahabi.

      8 - Seorang munafik bernama Muhammad Amin Al-Tamimi – Direktor Perpustakaan Kontemporari Kerajaan Saudi menyusun garis keturunan (Family Tree) untuk keluarga Saudi ini kepada Nabi Muhammad SAW. Sebagai imbalan pekerjaannnya itu, ia menerima imbalan sebesar 35.000 (Tiga Puluh Lima Ribu) Pound Mesir dari Duta Besar Saudi Arabia di Kairo pada tahun 1362 H atau 1943 M. Nama Duta Besar Saudi Arabia KETIKA itu adalah Ibrahim Al-Fadel.

      9 - Keluarga Yahudi yang jahat dan mengerikan ini melakukan segala jenis kekejaman atas nama agama palsu mereka (Wahhabi) yang sebenarnya diciptakan oleh seorang Yahudi untuk menaburkan benih-benih keganasan di dalam hati penduduk.

      Delete
    3. 10 - Pada tahun 1163 H, Dinasti Yahudi ini menggantikan nama keluarga mereka dengan nama al Saud, seolah-olah seluruh wilayah itu milik pribadi mereka, dan penduduknya sebagai bujang atau budak mereka, bekerja keras siang dan malam untuk kesenangan tuannya, yaitu Keluarga Saudi.

      11 - Raja Faisal Al-Saud tidak mampu menyanggah bahwa keluarganya adalah keluarga Yahudi ketika memberitahukan kepada The Washington Post pada 17 September 1969, dengan menyatakan bahwa: “Kami, Keluarga Saudi adalah keluarga Yahudi. Kami sepenuhnya tidak setuju dengan setiap penguasa Arab atau Islam yang memperlihatkan permusuhannya kepada Yahudi, sebaliknya kita harus tinggal bersama mereka dengan damai. Negeri kami, Saudi Arabia merupakan sumber awal Yahudi dan nenek-moyangnya, dari sana menyebar ke seluruh dunia”.

      12 - Oleh itu bukanlah perkara aneh atau ganjil Kerajaan Saudi sekarang menghalang kebangkitan IKHWAN MUSLIMIN Di MESIR. Begitu juga tiada apa yang anehnya kerajaan Arab Saudi boleh berkongsi kekayaan dengan USA untuk membantai kebangkitan muslim seluruh dunia dengan bersembunyi disebalik PBB dan OIC.
      http://www.defence.pk/forums/world-affairs/22127-saudi-arabia-jewish-bloodline-jewish-state.html#ixzz2cOIrSnze
      http://anakmuaallaf.blogspot.com/2013/08/benarkah-cerita-king-faisal-yang.html
      Maaf jika ada fakta yang tidak tepat namun bukan blogger sengajakan cuma diharap ramai blogger yg tahu fakta sila sampaikan .

      Delete
  9. https://soscili.my/kenapa-amerika-syarikat-dan-arab-saudi-kamceng-sangat/

    4 SEBAB KENAPA AMERIKA DAN ARAB SAUDI SANGAT KAMCENG

    ReplyDelete
  10. Ibnu....cuba tulis mcm Kejora....he he he

    ReplyDelete
  11. Terbaikk bro kejora..terdiam tuan ibnu..👍👌

    ReplyDelete
  12. umat islam jgn tertipu berkali2 dgn sandiwara us israel dan syiah.

    bacalah sejarah syiah yg byk khianati umat islam dn sekongkol dgn musuh islam tp berjaya cipta imej membela islam.

    akn kluar dajjal dr isfahan iran.. bukan tel aviv.. akn turun imam mahdi di masjid putih damsyik syria dn buksn di teheran.

    iran mungkin ancaman pd barat dr segi kekuatan dn strategik. ini hnya kata2 analisa perang.

    iran ancaman pd us bukan bermkna iran tu betul dan pejuang islam. klu iran kalahkan us 2-0 dlm perlawanan bola..adakah kita nk takbir terasa islam menang.

    ini hasil doktrin syiah zionist yg mncipta dlm fikiran umat bahawa iran adalah negara islam pejuang islam. asalkn iran perang mulut dgn us dn israel...maka iran akn diangkat sebagai hero islam. maka bersekali dgn syiah disanjung umat.

    tuan2... silalah kaji byk sikit pasal syiah. kenali mereka dn ajaran mereka. dgr ceramah2 ust yg mngkaji syiah tnpa parti politik. buka fikiran. tuan2 akn dapati betapa celakanya ajatan syiah ini dn kezaliman mereka melebihi israel.

    kes terbaru mereka masih zalim disyria dn iraq. perang syria mnyebabkn ulamak dunni sedunia memutuskn utk menamatkn usaha takrib dgn syiah. hnya hadi awang dgn sifat degil dn tknk terima kebenaran masih melaysn syiah.

    syiah agama lain buksn mazhab islam.

    sesekali berlaku prmanasan isu palestin dn fokus umat islam ditarik ke isu ini.. kezaliman syiah yg didokong us di iraq dn syria tidak bermusim.. berterusan tp umat ditipu supaya hnya fokus isu palestin

    sedangkn negar palestin sendiri pun ada mngutip derma utk bntu umat islam syria yg dizalimi syiah.

    seorg panglima perang hamas pernah mngatakan... bagaimana mungkin puak yg membenci mengkafir org (saidina omar rdh) yg membebaskn baitulmaqdis akn membantu umat islam utk membebaskn baitulmaqdis kali ke dua.

    sesungguhnya khomeini adalah syaitan belaan kufar utk mnjahanamkn islam. amat tidak logik khomeini dilindungi kuasa kufar perancis utk mnjadi pejuang islam.

    dn hj hadi hnya melalak tentang idu palestin. isu kezaliman syiah tkkan hadi bersuara malah sependapat dgn imran hussein yg mnganggap pejuang jihad syria sebagai jihad amerika.

    dlman syria sgt complicated lbh baik kita berhati2 mnyokong grup mana pun. takut ada yg isis dll.

    tp memberi bantuan pelarian islam syria adalh yg terbaik kta blh lakukn. selain doa munajat. jgn dok doa ahzab kt kerajssn selangor je.

    hadi hnya jd hero isu palestin tp mnyokong syiah dlm isu syria. sekurang2nya husam musa ada tubuh nho bantu umat islam syria... hj hadi ade?

    ibnu tnya sikap ph terhadap palestin atau hadi. hadi adalah pejuang senget sebelah. membenci us dn israel tp menyayangi syiah walhal semua mereka adalah sama saudara kembar mcm pas umno. luar nmpk musuh dlaman bercinta rupanya.

    sikap terhadap palesin. kita mesti sentiasa sokong mereka yg dizalimidn buat apa yg mampu. sama la juga pas yg berserban dn sgt islam pun. dok berjuang kt depan mikrofon je pun. tk ke mananya. hantar pejuang ke medan nnti hj hadi pecat keahlian pulak.

    habis berucap berdegar2... penat.. tidorlsh hadi...untung2 dpt mimpi nabi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syiah paling berani lwn zionis,mereka sanggup mati lwn israel.sedangkn wahabi dn sunni sibuk bermewah2,penakut. Jgn fitnah syiah.

      Delete
    2. ye betul.. itulah imej doktrin yg syiah zionis nk terap dlm fikiran umat. tengok syiah berani lawan israel... maka marilah kita sokong syiah.

      tp heran.. kenapa iran musuh bahaya bg us tp yg dihancurkn adalah iraq yg memusuhi iran dn us. iraq musuh bersama iran us.

      sbb us tau iran syiah perlu dikekalkn utk jd halangan pd islam sebenar.

      berani saja tidak cukup dlm islam..yg penting mesti ikut sunnah nabi saw dn bijaksana.

      cuba tnya bila masa syiah bntu islam jihad di iraq afghan chechnya dll.. malah merekalah yg dpt pujisn us kerana bg jalan us tawan iraq dn afghan.

      sebelum tksub pd syiah kajilah ajaran mereka. jgn terpesona dgn imej mereka hero lawan us.

      amat malang berani jihad tp akidah sudah rosak. isis lbh baik akidah mereka dpd syiah tp sabda nabi saw mereka anjing neraka.

      Delete
    3. anon 8:46...

      u ckp jgn fitnah syiah. itulah modalnya. beratus ribu umat islam syria dibunuh kejam dgn semangat syiah masih fitnah ke.

      yg penting pergi kaji kitab2 ajaran syiah... takkn us yg karang kitab utk syiah. tgn2 rabai2 syiahlah yg menulis.

      kita bkn nk memerangi syiah kecuali kita diperangi..tp perlu hati2 dn mesti kenali mereka betul2.

      Delete
  13. Syiah adalah satu ancaman. Takkan tghh setuju dengan syiah. Tapi sabu memang setuju.tghh dilantik sebagai timbalan president persatuan ulamak dunia. ASWJ sedunia menentang syiah, termasuk di malaysia. Asal usul syiah pun dibawa oleh yahudi dgn tujuan melemahkan Islam di zaman sahabat. Sekarang syiah pulak ada di malaysia dan dap pulak didapati dapat sokongan zionist termasuk dana. Ramasami pun satu ancaman juga kerana ajk terorist tamil ellam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syiah suka masuk dlm parti atau pertubuhan islam sebb org islam yg semngat nk berjuang agama mudah disuntik ajaran syiah... syiah berani lawan us. maka berduyun2 sokong syiah sebb terpesona.

      selama mana mat sabu bekerja atas kepentingan negara malaysia dn tiada bukti memberi keuntungan pd syiah... kita tkde masalah.

      beza mat sabu dgn hj hadi... mat sabu bkn ulamak... syiah lbh suka pengaruhi ulamak sbb ramai pengikut.

      logiknya hj hadi lbh digemari syiah dpd mat sabu.

      cuma kita harap sesiapa pun..taubatlah dn ketepikn syiah. kita dh ada ajaran benar knapa nk tukar ke syiah.

      klu syiah berani bkn kerana syiahnya. kita penakut bkn kerana sunni nya kita tp penakut dr asal lg.

      syiah dibela us tu sbb berani. sampai bila pun iran takkn diserang us. percayalah.

      ramasamy juga harus diambil tindakan. pengganas tiada kaitan dgn parti. cuma dia cuba mnyusup dlm parti tertentu.

      Delete